Agensi ABIM

Iftar For The Needy Untuk Umat Islam Rohingya Di Arakan

30 Jun 2016, Arakan:- Majlis berbuka puasa di Arakan telah berjaya dilaksanakan dengan menyantuni masyarakat Muslim Rohingya. Selain daripada majlis ini, pek-pek makanan bagi keluarga juga merupakan salah satu acara dalam Program Iftar for the Needy di Arakan. Alhandulillah, walaupun mempunya pelbagai kekangan, GPM dengan bantuan rakan pelaksana di lapangan dan para penyumbang budiman daripada Malaysia telah berjaya memberikan senyuman dan menyemarakkan semangat persaudaraan di antara Muslim tanpa mengira garis sempadan. Semoga amalan baik ini mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.

Read 247 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM & MLLFS Raikan Kehadiran Pelarian Syria Ke Malaysia

PUTRAJAYA, 20 Mei -- Alhamdulillah, bersama barakah hari Jumaat, Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz mewakili ABIM dan Malaysian Life Line For Syria (MLLFS), dalam pertemuan bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Putrajaya.

Kumpulan kedua sebanyak 100 pelarian Syria daripada 24 keluarga dari kem pelarian Lembah Bekka, Lubnan akan dibawa masuk ke Malaysia pada 28 Mei ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka adalah antara 300 pelarian Syria dijangka masuk ke negara ini pada tahun ini. Beliau berkata kumpulan kedua itu dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara Subang, Selangor dengan menaiki pesawat khas pada pukul 10 pagi.

Beliau berkata lima pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia akan berlepas ke Beirut pada minggu ini untuk melakukan proses tapisan keselamatan dan kesihatan sebelum membawa mereka masuk Malaysia. "Hanya mereka yang mempunyai rekod bersih akan dibawa masuk. Mereka akan ditempatkan di penempatan sementara di Setia Alam, Shah Alam," katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Lubnan di Malaysia, Ali Daher dan pelancaran Tabung Kemanusiaan Migran Syria di pejabatnya di sini hari ini.

Dengan proses tapisan, Ahmad Zahid berkata hanya kumpulan profesional dan pelajar akan dibawa masuk dengan visa bekerja dan visa pelajar akan dikeluarkan kepada golongan ini. Beliau berkata migran yang tidak mempunyai pasport antarabangsa tidak diberikan pasport Malaysia tetapi sebaliknya hanya disediakan dokumen perjalanan kecemasan. Pada tahun lepas, kumpulan pertama lapan individu daripada dua keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang menetap di Malaysia, tiba pada Disember lalu.

Pada Oktober tahun lepas, Malaysia menyatakan komitmen untuk membuka pintu negara ini kepada 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian. Sementara itu, Ahmad Zahid meminta rakyat dan syarikat Malaysia menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan atau keperluan lain seperti makanan, perabot dan peralatan elektrik kepada migran Syria yang menempat sementara di negara ini.

Dalam pada itu, Tabung Kemanusiaan Migran Syria dilancarkan dengan kerjasama sembilan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Malaysian Life Line for Syria, Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Syria Care Malaysia, Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), IMAM Response and Relief Team (IMARET), Muslim Care, Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia (PERSIDAM), dan Yayasan Restu. Gabungan NGO ini akan menguruskan hal ehwal pendidikan, kesihatan dan kebajikan bagi peserta Program Penempatan Sementara Pelarian Syria.

Read 437 times
Rate this item
(0 votes)
Altimet Dan Adam AF2 Meriahkan Konsert Amal Syria Di Port Dickson

1hb Mei 2016, Port Dickson: Bersama persembahan mantap dan bermakna daripada Bunkface, Altimet dan Adam AF; Konsert Amal Malam Sinar Syria berlangsung dengan penuh meriah serta lancar. Dianjurkan di Restoran King's Char Kuey Tiaw, turut hadir dalam program ini ialah Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim serta pimpinan ABIM, pimpinan Majlis Belia Malaysia serta Komittee Pemuda Islam Indonesia.

Konsert ini diadakan dengan tujuan mengumpul dana; bagi Kempen Ramadhan AlHabeeb 3.0 bagi membantu saudara kita di Syria yang memerlukan. Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada pihak restoran, para sukarelawan Malaysian Life Line for Syria (MLLFS) serta semua penderma serta rakyat Malaysia yang budiman.

Read 269 times
Rate this item
(0 votes)
Malaysia Life Line For Syria Tawar Perkhidmatan Rawatan Percuma Untuk Seribu Orang Pelarian Syria

10hb April 2016: Alhamdulillah, hari ini dijalankan sebuah program besar anjuran Malaysian Life Line for Syria, iaitu Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma untuk para pelarian Syria yang tinggal di Malaysia. Kurang lebih 1000 orang pelarian daripada puluhan keluarga pelarian Syria; hadir dalam program kali ini. Dengan kekuatan hampir 200 orang anggota jawatankuasa penganjur; termasuk para doktor, aktivis serta sukarelawan Malaysian Life Line for Syria; semoga banyak manfaatnya program ini. Dianjurkan di Sekretariat ABIM Pusat, Taman Cemerlang Gombak; turut serta dalam program ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Life Line for Syria; Saudara Syahrir Azfar Saleh.

Read 316 times
Rate this item
(0 votes)

Mangsa Kebakaran Di Tawau Terima Bantuan Featured

Apr 18, 2016
Hit: 353
Written by
Mangsa Kebakaran Di Tawau Terima Bantuan

Satu majlis penyerahan bantuan telah berjaya dilaksanakan oleh Datuk Taufik Abu Bakar Titingan dan dari wakil-wakil yang lain kepada mangsa kebakaran di Masjid Habib Abdul Rahman,penempatan sementara mangsa. Bantuan dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri Sabah, Zakat Sabah, Pasaraya Giant Tawau, Angkatan Tentera Malaysia, pertubuhan, persatuan, syarikat swasta, organisasi dan lain-lain lagi. Termasuk juga bantuan dari Global Peace Mission (GPM) Malaysia, ABIM Sabah, Titingan Clan & Infaq Prihatin Sabah yang berupa bantuan: -selimut 325 helai -tuala mandi 380 helai -pakaian terpakai 3 Tan -biskut 380 pek -sabun cuci 380 pek -air minuman -tuala wanita -makanan mentah Kesemua barang bantuan disatukan untuk dikoordinasi oleh pihak agihan agar sampai ke setiap keluarga mangsa. Khemah bantuan akan didirikan disuatu kawasan untuk penempatan baru sementara buat mangsa.

Read 353 times
Rate this item
(0 votes)
HAMKA Adalah Daie Yang Memperjuangkan Bahasa Melayu

1. Hamka itu tokoh pelbagai bidang yang mempunyai karya tulisnya. Ini lambang ketokohan kerana ada karya tulisnya. 2. Hamka memenuhi segala pra syarat ilmuwan yang mempunyai legasi tersendiri. Saya banyak kagumi orang tapi jarang tokoh yang saya telesuri jejaknya hingga ke Malinjau. Pantun yang membuat saya terkenang iaitu: Kalau anda memakan pinang Jangan lupa sirih yang hijau Jika anda datang ke Padang Jangan lupa singgah ke Malinjau 3. Pak Hamka juga tokoh yang mengungkap sejarah islam di rantau ini. Banyak karya sejarah Islam hingga ke India sahaja tidak sampai ke alam Melayu. Tetapi Hamka menulis sejarah islam lengkap hingga sampai ke alam Melayu. Jika ada sarjana terkemudian yang mengakui demikian ia adalah pahlawan kesiangan kerana ada yang dahulu iaitu Hamka. 4. Hamka menggunakan bahan2 tempatan dan warisan silam. Beliau ulama yang tahu menghargai warisan kepunjanggan Melayu. Beliau dapat mengangkat sejarah dan peranan orang kecil. Misalnya buku beliau dari perbendaharaan lama yang mana dia angkat peranan orang kecil dari rakyat biasa. 5. Hamka punya wawasan membentuk legasi dan cerita yang dia ungkap kaitan dengan budaya pulau. Beliau membawa mesej pemersatu kepelbagaian pulau dan budaya dengan mempromosikan kebangsaan Muslimin dengan mengangkat wira sahabat dan Nabi Saw. 6. Beliau seorang pejuang bahasa yang komited memelihara kemurnian bahasa. Perbincangan soal bahasa Indonesia iaitu yang timbul atas perkiraan politik. Hamka amat memelihara kemelayuan bahasa Melayu itu. Beliau pernah protes kata2 Sanskrit dalam bahasa Melayu seperti balangsungkawa dan telah ada Takziah. Beliau meninggalkan perjuangan pertahankan tradisi kebahasaan. 7. Bahasa Indonesia dimulai dengan sumpah pemuda tetapi kini disumpahi pemuda. 8. Tafsir besar alam Melayu oleh Hamka. Hamka terpanggil untuk menulis tafsir ini kerana untuk bantu pendakwah2 yang tak boleh bahasa Arab tetapi mampu berdakwah. Tafsir ini ada unsur2 Melayu yang kental di dalamnya. Ia punyai muatan kemelayuan. Contoh tentang faraid beliau kaitkan dengan pusaka tinggi dalam minangkabau sebagai contohnya. Dalam surah al insan beliau mengatakan kata kafuura adalah kata Melayu yang diarabkan. Ini soal ijtihadi yang mana beliau sanggup bertanggungjawab untuk ijtihad itu. Ini keberanian beliau. 9. Komitmen beliau juga kepada penyatuan umat dalam perjuangannya. Beliau mengkritik aliran kaum tua dan muda. Beliau kata berhentilah maka cukup aliran kaum Muslimin sahaja.

Read 283 times
Rate this item
(0 votes)
Pertubuhan Belia Syria Gigih Bantu Mangsa Konflik Di Negara Tersebut

20hb Mac 2016 (Ahad): Alhamdulillah, pimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Malaysian Life Line for Syria (MLLFS) telah menerima kunjungan sahabat pimpinan NGO Syrian Muslim Youth (HIMMA). Selain bertukar pandangan serta pengalaman, turut dibincangkan berkenaan kerjasama strategik bagi membantu rakyat Syria yang memerlukan. Mereka merakamkan jutaan terima kasih buat seluruh rakyat Malaysia yang budiman; kerana sudi membantu rakyat serta pelarian Syria. Turut hadir, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden ABIM.

Read 224 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Peserta Young ABIM Camp
Alhamdulillah, Young ABIM Camp (YAC) kembali, dengan konsep santai. Bertemakan ‘Ibrah Seorang ...
Mengapa Pencerahan
Saya merujuk kepada kritikan sesetengah pihak yang mempertikai usaha baik golongan yang membawa ...
Wanita: Permaisuri
Menjadi wanita pada hari ini adalah lebih bertuah berbanding wanita pada zaman jahiliyah. Pada ...
Membugar Al-Fikr al
Oleh Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Antara premis penting ...
Setengah Abad Dewan
26hb Februari 2017 (Ahad): Alhamdulilah, bertempat di Kompleks Haji Pondok Gede, Jakarta, Rakernas ...
ABIM Sedia Bantu Atasi
PETALING JAYA: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkata peningkatan jumlah orang yang datang ...
Exco Penerangan ABIM
18hb Disember 2016 (Ahad): Alhamdulillah, bersesuaian dengan agenda Kebangkitan Islam Jilid 2 yang ...
Penerangan Cakna Syria
7hb Januari 2017 (Sabtu): Alhamdulillah, semalam Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim ...

ABIM Negeri

Peserta Young ABIM Camp
Alhamdulillah, Young ABIM Camp (YAC) kembali, dengan konsep santai. Bertemakan ‘Ibrah Seorang ...
Mengapa Pencerahan
Saya merujuk kepada kritikan sesetengah pihak yang mempertikai usaha baik golongan yang membawa ...
Wanita: Permaisuri
Menjadi wanita pada hari ini adalah lebih bertuah berbanding wanita pada zaman jahiliyah. Pada ...
Membugar Al-Fikr al
Oleh Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Antara premis penting ...
Setengah Abad Dewan
26hb Februari 2017 (Ahad): Alhamdulilah, bertempat di Kompleks Haji Pondok Gede, Jakarta, Rakernas ...
ABIM Sedia Bantu Atasi
PETALING JAYA: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkata peningkatan jumlah orang yang datang ...
Exco Penerangan ABIM
18hb Disember 2016 (Ahad): Alhamdulillah, bersesuaian dengan agenda Kebangkitan Islam Jilid 2 yang ...
Penerangan Cakna Syria
7hb Januari 2017 (Sabtu): Alhamdulillah, semalam Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim ...