ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

ABIM anjur Sidang Media mengenai Nasib Etnik Islam Uyghur

Jul 10, 2014 Hit: 1704 Written by 
ABIM anjur Sidang Media mengenai Nasib Etnik Islam Uyghur

10 Julai 2014, Kuala Lumpur:  ABIM telah mengadakan satu ‘Sidang Media Khas Solidariti ABIM’ dan ‘Penerangan Mengenai Situasi Terkini Umat Islam Uyghur di Xinjiang, China’. Sesi penerangan telah disampaikan oleh wakil umat Islam Uyghur sendiri; iaitu Saudara Seyit Tumturk, (Presiden Persatuan Kebudayaan dan Solidariti Turkistan Timur - East Turkestan Culture And Solidarity Association). Beliau juga merupakan Naib Presiden, Kongres Uyghur Dunia (World Uyghur Congress).

Pada ketika ini, umat Islam di wilayah tersebut yang majoritinya terdiri daripada etnik Uyghur menghadapi pelbagai cabaran untuk menjalani amalan mereka sebagai seorang Islam. Terkini, umat Islam di Xinjiang telah dilarang untuk menjalani ibadah puasa ketika bulan Ramadhan.

Kejadian ini merupakan sebahagian daripada rentetan tragedi kemanusiaan yang dialami umat Islam di Xinjiang semenjak sekian lama. Pada 2009 contohnya, 184 umat Islam dari etnik Uyghur telah dibunuh dengan kejam ekoran dari satu rusuhan kaum yang berpunca daripada prejudis dan syak wasangka etnik China Han ke atas etnik Uyghur. Di samping itu, proses penghakisan budaya dan agama turut dilakukan secara sistematik ke atas Etnik Uyghur.

Proses ini berjalan secara intensif semenjak peristiwa ‘Tragedi 911’ (11hb September 2001). Antara proses tersebut meliputi larangan memakai tudung serta menutup aurat (dalam kalangan golongan wanita) serta larangan mengamalkan adat istiadat dan ritual sebagai seorang Muslim terutama sekali dalam kalangan kanak-kanak. ABIM melahirkan keprihatinan terhadap perintah larangan berpuasa yang dikenakan terhadap umat Islam dari etnik Uyghur di daerah Xinjiang, China.

Larangan berpuasa berkenaan dikeluarkan sebagai justifikasi bagi memelihara kesihatan dan produktiviti kerja sementara kakitangan kerajaan dan kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun dilarang untuk hadir ke masjid untuk mendirikan solat jemaah selain larangan memakai tudung dan menyimpan janggut.

Naib Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim, berkata larangan dan sekatan terhadap kebebasan asasi untuk mengamalkan agama Islam di kalangan masyarakat Uyghur adalah tidak munasabah dan bercanggah dengan hak asasi mereka. “Sebagai tanda solidariti, ABIM dengan kerjasama Kongres Uyghur Sedunia sebagai badan induk etnik Uyghur di peringkat global akan mula menggerakkan kempen penerangan kepada umat Islam di Malaysia terhadap sejarah dan perkembangan terkini ektnik berkenaan.

“ABIM yakin hanya melalui kempen penerangan dan informasi yang tepat terhadap masalah penderitaan Uyghur sahaja membolehkan rakyat Malaysia dan komuniti antarabangsa akan dapat membantu nasib etnik ini dengan lebih berkesan,” katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

Katanya, kempen berkenaan akan bermula hari ini dengan kerjasama beberapa pertubuhan lain selain siri penerangan yang akan dilakukan di masjid dan surau.

ABIM melalui Global Peace Mission Malaysia (GPM) turut melancarkan ‘Tabung Prihatin Uyghur’ bagi membantu etnik ini.

Sumbangan boleh disalurkan atas nama:

Global Peace Mission di Bank Islam (14-023-01-002922-4); atau

Global Peace Mission di Maybank (5642-2161-1602).

Last modified on Thursday, 10 July 2014 15:53
Read 1704 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Gerakkan Tabung
3 hb September 2020 (Khamis): Alhamdulillah, telah diadakan sesi sidang media khas anjuran ABIM dan ...
Malaysia Untuk Generasi
  Tanggal 31 Ogos 2020 amat signifikan buat rakyat dalam meraikan hari kebangsaan tanah air. ...
Tahniah Tan Sri Dato'
  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan, ...
Lima Dekad Penubuhan
  Lima Dekad Penubuhan ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memasuki dekad yang ...
ABIM Edar Pelitup Muka
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat perihatin dengan penguatkuasaan ...
Pulau Pinang adalah
  Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan Islam di Tanah Melayu! Itu adalah kesimpulan ...
Keistimewaan Hari-Hari
  Oleh: Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Saudara muslimku, kita akan bertemu dengan bulan ...

ABIM Negeri

ABIM Gerakkan Tabung
3 hb September 2020 (Khamis): Alhamdulillah, telah diadakan sesi sidang media khas anjuran ABIM dan ...
Malaysia Untuk Generasi
  Tanggal 31 Ogos 2020 amat signifikan buat rakyat dalam meraikan hari kebangsaan tanah air. ...
Tahniah Tan Sri Dato'
  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan, ...
Lima Dekad Penubuhan
  Lima Dekad Penubuhan ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memasuki dekad yang ...
ABIM Edar Pelitup Muka
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat perihatin dengan penguatkuasaan ...
Pulau Pinang adalah
  Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan Islam di Tanah Melayu! Itu adalah kesimpulan ...
Keistimewaan Hari-Hari
  Oleh: Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Saudara muslimku, kita akan bertemu dengan bulan ...
Reconversion of Hagia
DMC Firewall is a Joomla Security extension!