ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

ABIM Terus Agih Sumbangan Kepada Rakyat Malaysia Yang Memerlukan. Featured

Jul 07, 2020 Hit: 404 Written by 
ABIM Terus Agih Sumbangan Kepada Rakyat Malaysia Yang Memerlukan.

 

 

 

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada setiap lapisan rakyat Malaysia yang prihatin di atas sumbangan menjayakan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) sempena Ramadan 1441H (tahun 2020) yang lalu. 

KSSB merujuk kepada simbolik sekampit beras menggambarkan keperluan makanan asasi yang perlu ada sekurang-kurangnya menampung kehidupan asas khususnya dalam kalangan mereka memerlukan.

 

Penyampaian sumbangan yang disalurkan daripada masyarakat telah dibuat seawal seminggu sebelum Ramadan. Proses penyampaian sumbangan dilaksanakan dalam KSSB tahun ini mensasarkan golongan yang terjejas pendapatan ekonominya akibat daripada penularan wabak Covid 19.  

 

Setakat 1 Julai keperluan makanan asas telah disampaikan kepada 14,051 penerima ataupun keluarga di seluruh negara. Sumbangan akan disampaikan dalam bentuk sekampit beras  dan pek barang keperluan asas dapur seperti gula, minyak masa, susu, tepung  dan bahan-bahan makanan lain bernilai RM 80 untuk setiap penerima.

sumbangan kssb ppr

Jaringan ABIM Negeri, daerah serta agensi telah menjalinkan kerjasama pihak berkuasa yang ditetapkan utama untuk membolehkan penyampaian sumbangan tetap dilaksanakan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan untuk membendung berleluasanya Covid 19. 

bantuan rela

Proses sumbangan juga dilakukan dengan mematuhi SOP seperti penjarakan sosial yang selamat, penggunaan hand sanitizer serta saringan kesihatan dalam kalangan petugas yang akan menyampaikan sumbangan.  

ABIM ingi  mengucapkan jutaan terima kasih di atas ruang serta kepercayaan yang diberikan pihak berkuasa yang membolehkan sumbangan-sumbangan ini disampaikan kepada penerima yang memerlukan.  

sumbangan kssb pps

ABIM mengalu-alukan sumbangan daripada masyarakat untuk menjayakan kempen KSSB sebagai tanda keprihatinan buat golongan asnaf, fakir dan mereka yang memerlukan.  ABIM mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk wang ringgit menerusi akaun:

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA: Bank Islam (1402 3010 0305 52)

BUTIRAN = KSSB.

.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui atas talian di pautan:

https://www.billplz.com/kssb2020

Untuk makluman lanjut boleh dibuat dengan menghubungi :

* Farhan (017-5583251)

* Badriah (012-6211545)

poster kssb

Last modified on Thursday, 30 July 2020 05:31
Read 404 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...
Pendidikan Asas Lindungi
  22hb September 2020 (Selasa): Alhamdulillah, Naib Presiden ABIM (HELWA), Sdri. Fatin Nur ...
Kedamaian Asas Masa
 Laporan Ringkas Oleh : Thai Ming Yeow, Felo Penyelidik, Majlis Belia Malaysia (MBM) 28 ...
ABIM Adalah Gerakan Aksi
  16 September, Sentul:- Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal ...
ABIM Sabah Kemukakan
  18 September 2020, Kota Kinabalu:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah ...
ABIM Gerakkan Tabung
3 hb September 2020 (Khamis): Alhamdulillah, telah diadakan sesi sidang media khas anjuran ABIM dan ...

ABIM Negeri

Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...
Pendidikan Asas Lindungi
  22hb September 2020 (Selasa): Alhamdulillah, Naib Presiden ABIM (HELWA), Sdri. Fatin Nur ...
Kedamaian Asas Masa
 Laporan Ringkas Oleh : Thai Ming Yeow, Felo Penyelidik, Majlis Belia Malaysia (MBM) 28 ...
ABIM Adalah Gerakan Aksi
  16 September, Sentul:- Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal ...
ABIM Sabah Kemukakan
  18 September 2020, Kota Kinabalu:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah ...
ABIM Gerakkan Tabung
3 hb September 2020 (Khamis): Alhamdulillah, telah diadakan sesi sidang media khas anjuran ABIM dan ...
DMC Firewall is a Joomla Security extension!