ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

KSSB Terus Bantu Rakyat Malaysia Yang Terjejas Akibat Covid-19 Featured

Jun 22, 2020 Hit: 59 Written by 
KSSB Terus Bantu Rakyat Malaysia Yang Terjejas Akibat Covid-19

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan tetap meneruskan Kempen Seorang Sekampit beras (KSSB) walaupun sesudah bulan Ramadan. KSSB pada tahun ini secara khusus mensasarkan penyampaian sumbangan kepada kelompok masyarakat yang terjejas sumber pendapatannya akibat merebaknya Covid 19.

KSSB merujuk kepada simbolik sekampit beras menggambarkan keperluan makanan asasi yang perlu ada sekurang-kurangnya menampung kehidupan asas khususnya dalam kalangan mereka memerlukan. Sumbangan beras ini juga diiringi pek barang keperluan asas dapur seperti gula, minyak masa, susu, tepung dan bahan-bahan makanan lain.

sumbangan kssb ppr

ABIM memutuskan untuk meneruskan melanjutkan program ini kerana masih menerima maklum balas masih ada kelompok masyarakat yang memerlukan bantuan sementara menantikan kitaran ekonomi negara pulih.

Setakat 23 Mei 2020 keperluan makanan asas telah disampaikan kepada kira-kira 14,205 penerima di seluruh negara. Jumlah penerima meningkat dibandingkan dengan purata sumbangan penerima di antara 5,000 sehingga 6,000 penerima di antara tahun 2011 dan 2017. 

Slide6

Untuk makluman sumbangan untuk tahun ini disampaikan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan.  Jaringan ABIM Negeri, daerah serta agensi telah menjalinkan kerjasama pihak berkuasa yang ditetapkan utama untuk membolehkan penyampaian sumbangan tetap dilaksanakan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan untuk membendung berleluasanya Covid 19.

bantuan rela

Proses sumbangan juga dilakukan dengan mematuhi SOP seperti penjarakan sosial yang selamat, penggunaan hand sanitizer serta saringan kesihatan dalam kalangan petugas yang akan menyampaikan sumbangan.

ABIM ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas ruang serta kepercayaan yang diberikan pihak berkuasa yang membolehkan sumbangan-sumbangan ini disampaikan kepada penerima yang memerlukan.

ABIM mengalu-alukan sumbangan daripada masyarakat untuk menjayakan kempen KSSB sebagai tanda keprihatinan buat golongan asnaf, fakir dan mereka yang memerlukan. ABIM mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk wang ringgit menerusi akaun:

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA: Bank Islam (1402 3010 0305 52)

BUTIRAN = KSSB.

.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui atas talian di pautan:

https://www.billplz.com/kssb2020

Untuk makluman lanjut boleh dibuat dengan menghubungi :

 

* Farhan (017-5583251)

 

* Badriah (012-6211545)

poster kssb

Last modified on Monday, 22 June 2020 05:54
Read 59 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

KSSB Terus Bantu Rakyat
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan tetap meneruskan Kempen Seorang Sekampit beras (KSSB) ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
COVID-19: ABIM Seru Umat
SERUAN MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakātuh. Di saat ...
Manusia, Kekayaan dan
Oleh:-  Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...
Jadilah Wanita Istimewa
   Oleh: Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...

ABIM Negeri

KSSB Terus Bantu Rakyat
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan tetap meneruskan Kempen Seorang Sekampit beras (KSSB) ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
COVID-19: ABIM Seru Umat
SERUAN MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakātuh. Di saat ...
Manusia, Kekayaan dan
Oleh:-  Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...
Jadilah Wanita Istimewa
   Oleh: Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...
Year 2020: Charting the
DMC Firewall is a Joomla Security extension!