ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Manusia, Kekayaan dan Kebenaran: Nota Ringkas Tafsir Surah Al-Qalam Ayat 17 Sehingga 25. Featured

Mar 16, 2020 Hit: 723 Written by 
Manusia, Kekayaan dan Kebenaran: Nota Ringkas Tafsir Surah Al-Qalam Ayat 17 Sehingga 25.

Oleh:-  Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, Multi-Budaya),

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Surah Al-Qalam: (17 Sehingga 25)

A017

Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi; -

A018

Serta mereka tidak menyebut pengecualian.

A019

Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur.

A020

Lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya.

A021

Kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain -

A022

(Setengahnya berkata): "Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya".

A023

Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya):

A024

"Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu".

A025

Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu.

Nota Ringkas: Manusia, Kekayaan dan Kebenaran

Baru-baru saya berkesempatan mengikut perbincangan surah al Qalam mulai ayat 17 sehingga 25. Sangat menarik apabila golongan ashabul jannah dalam kisah ini adalah sama dengan yang diceritakan dalam surah al Kahfi tentang dua orang pemilik kebun.

kebun.
Kekayaan Dalam Surah Al-Qalam (17-25) Digambarkan Dalam Bentuk Hasil Kebun (Gambar Hiasan)

Ashabul jannah adalah pemilik-pemilik kebun yang kaya, yang menyangka berkuasa penuh terhadap semua usaha, hasil dan kekayaan mereka, berhasrat untuk tidak berkongsi dengan masyarakat terbanyak yang miskin akibat sifat bakhil. Akhirnya di malam hari sewaktu mereka tidur, sekelip mata Allah memusnahkan kebun dan kekayaan mereka sehingga kelihatan gelap gelita kebun-kebun mereka.
.
Yang menarik lagi, surah Qalam mengisahkan orang baik yang tahu kebenaran tentang kenabian Muhammad saw, namun akibat kepentingan jawatan, harta dan kemahsyuran, sanggup untuk menolak kebenaran dan bersama para musyrikin.
.
Begitulah ciri-ciri golongan manusia yang hidup di dunia yang pasti wujud di setiap zaman dan masa. Sepertibyang sering dinyatakan, Allah telah menyediakan balasan bagi setiap yang kita lakukan. Pasti.
.
Semoga kita mengambil iktibar dan terhindar dari menzalimi diri kita sendiri. Amin.

Last modified on Monday, 16 March 2020 09:53
Read 723 times
Rate this item
(1 Vote)

Berita ABIM

Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...
Pendidikan Asas Lindungi
  22hb September 2020 (Selasa): Alhamdulillah, Naib Presiden ABIM (HELWA), Sdri. Fatin Nur ...
Kedamaian Asas Masa
 Laporan Ringkas Oleh : Thai Ming Yeow, Felo Penyelidik, Majlis Belia Malaysia (MBM) 28 ...
ABIM Adalah Gerakan Aksi
  16 September, Sentul:- Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal ...
ABIM Sabah Kemukakan
  18 September 2020, Kota Kinabalu:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah ...
ABIM Gerakkan Tabung
3 hb September 2020 (Khamis): Alhamdulillah, telah diadakan sesi sidang media khas anjuran ABIM dan ...
Malaysia Untuk Generasi
  Tanggal 31 Ogos 2020 amat signifikan buat rakyat dalam meraikan hari kebangsaan tanah air. ...
Tahniah Tan Sri Dato'
  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan, ...

ABIM Negeri

Our website is protected by DMC Firewall!