ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Jadilah Wanita Istimewa Yang Sederhana, Bijaksana Dan Berjasa Featured

Mar 09, 2020 Hit: 243 Written by 
Jadilah Wanita Istimewa Yang Sederhana, Bijaksana Dan Berjasa

 

 Oleh: Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, Multi-Budaya),

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Wanita.

Menjadi wanita khususnya wanita Muslim tidaklah susah, namun tidaklah mudah. Kerana wanita sentiasa dilindungi dan dihormati, diangkat dan dipelihara seluruh diri dan kehormatannya.

Namun, susah apabila hak dan tanggungjawab wanita tidak difahami oleh lelaki dan juga wanita sendiri. Perasaan yang 'lebih' daripada wanita dalam banyak hal menjadikan keseimbangan dalam kehidupan terpesong dan berat sebelah.

Wanita sering dilihat berusaha sedaya upaya dalam banyak hal, menjadi yang terbaik, terhebat dll. Hakikatnya seorang individu bernama wanita diciptakan dengan segala kehebatan dan kekuatan, bersama keistimewaan dan potensi yang tersendiri. Setiap wanita adalah istimewa atas semua kelebihan dan kekurangan dirinya sendiri.

hari wanita abim

Wanita juga sering terkesan dengan tekanan dan persekitaran, dengan pelbagai persepsi dan mitos tentang wanita. Hakikatnya wanita bebas memilih dan menentukan kehidupannya selagi berpandukan ajaran al Quran dan Sunnah.

Wanita mempunyai peranan yang signifikan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Kesejahteraan dan kekuatan wanita adalah cerminan kesejahteraan dan kekuatan keluarga, masyarakat dan negara. Hargai dan lindungi wanita dalam lingkungan anda.

Jadilah wanita yang menghargai diri anda sebagai wanita.


Jadilah wanita yang saling membangun dan menyokong sesama wanita.


Jadilah wanita berilmu yang faham dan tahu nilai dan maruah seorang wanita.


Jadilah wanita yang berani menyatakan pendirian.

fatin nur majdina nordin


Tidak perlu menjadi wanita serba perkasa, tapi jadilah wanita sederhana yang bijaksana dan berjasa

Selamat Hari Wanita Sedunia daripada HELWA ABIM Malaysia untuk semua mereka yang bergelar wanita
.
Hari wanita bukan sekadar hari memberi ucapan, tetapi hari merai, mengiktiraf, menghargai, dan menyokong seluruh usaha, idea, pendapat dan kedudukan seorang wanita dalam setiap tempat dan masa
.
Kerana seorang wanita menghargai dan bersyukur atas setiap perkara kecil dalam hidupnya.
.
Tahniah dan syabas kepada seluruh keluarga SALWA-HELWA-HEWI yang telah menjayakan pelbagai program bagi meraikan hari berbahagia ini. Saya suka pada ungkapan kelemahan wanita sebenarnya adalah kekuatan bagi wanita.

8 Mac 2020
Meraikan wanita biasa, sederhana dan hebat yang hakikatnya punyai kelebihan dan kekuatan sendiri.

Last modified on Monday, 09 March 2020 10:39
Read 243 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Edar Pelitup Muka
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat perihatin dengan penguatkuasaan ...
Pulau Pinang adalah
  Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan Islam di Tanah Melayu! Itu adalah kesimpulan ...
Keistimewaan Hari-Hari
  Oleh: Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Saudara muslimku, kita akan bertemu dengan bulan ...
Sejarah Taski Dan Pasti:
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...

ABIM Negeri

ABIM Edar Pelitup Muka
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat perihatin dengan penguatkuasaan ...
Pulau Pinang adalah
  Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan Islam di Tanah Melayu! Itu adalah kesimpulan ...
Keistimewaan Hari-Hari
  Oleh: Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Saudara muslimku, kita akan bertemu dengan bulan ...
Reconversion of Hagia
Sejarah Taski Dan Pasti:
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
Our website is protected by DMC Firewall!