ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

ABIM Gesa Dasar Lebih Ketat Buat Pemandu Mabuk Featured

Jan 24, 2020 Hit: 138 Written by 

                                     

qq 

KENYATAAN MEDIA
24 Januari 2020 / 28 Jamadil Awal 1441 H


ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)


ABIM GESA DASAR LEBIH KETAT BUAT PEMANDU MABUK



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada kes kemalangan baru-baru ini yang didakwa berpunca dari kesalahan pemandu di bawah pengaruh alkohol yang menyebabkan kematian Allahyarham Muhammad Zulfakkar Borhan.

ABIM memandang serius kes-kes kemalangan akibat daripada kesalahan di bawah pengaruh minuman memabukkan yang sudah pasti menggugat kesejahteraan pengguna jalan raya lain. Menerusi laporan berita semasa, seolah-olah kes-kes sebegini semakin meruncing dan memerlukan satu tindakan penyelesaian yang tuntas.

Justeru, bagi memelihara keselamatan seluruh pengguna jalan raya, ABIM menegaskan bahawa sudah tiba masanya pihak berkuasa bertindak untuk mengetatkan lagi hukuman ke atas pemandu yang dinyatakan.
Ini termasuk dengan meminda Seksyen 45 A Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan meletakkan hukuman hilang kelayakan memandu seumur hidup sebagai pendidikan supaya tiada lagi yang memandu ketika berada di bawah pengaruh alkohol.

ABIM melihat langkah-langkah untuk menyelesaikan isu ini perlu diutamakan dan diketengahkan terlebih dahulu sebagai satu usaha bersepadu Kementerian Pengangkutan untuk memastikan keselamatan jalan raya terjamin.

Ini kerana langkah-langkah sebegini bukan satu perkara yang baharu di negara luar. Mengambil contoh dasar “zero tolerance” buat pemandu mabuk yang dikuatkuasakan di wilayah New South Wales, Australia pada Mei 2019, menyatakan mana-mana pemandu yang didapati mabuk akan ditarik lesen memandu serta-merta.  

Selain itu, sekiranya perbandingan dibuat antara peruntukan hukuman berkenaan kes sebegini menurut undang-undang jalan raya di Malaysia dan Undang-undang di Singapura (Singapore Road Traffic Act), kita dapat melihat beberapa peruntukan hukuman di dalam akta di negara jiran adalah lebih berat berbanding dengan Malaysia. Ini termasuk peruntukan dalam Seksyen 67 dan 67A Singapore Road Traffic Act.

Dalam perkembangan berkaitan, ABIM juga akan bersama-sama Friendship Group of Inter Religious Services (FGIS) untuk meneruskan program kesedaran berkaitan 'Drugs, Alcohol, Relationship, Time-management & Smoking' (DARTS) di mana salah satu fokus utama adalah untuk membendung masalah alkohol dalam kalangan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

Muhammad Faisal Abdul Aziz
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Last modified on Sunday, 26 January 2020 08:29
Read 138 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Sebagai Gerakan
  Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakātuh. Alhamdulillah, walaupun pergerakan agak ...
Covid-19: Lima Puluh NGO
Kenyataan Bersama 50 Buah Badan-Badan Masyarakat Madani (CSO)20 Mac 2020 / 25 Rejab 1441 HGESAAN ...
COVID 19: ABIM Gesa
KENYATAAN MEDIAANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)16 MAC 2020 / 21 REJAB 1441 H COVID 19 : ABIM ...
Virus Korona: Muhasabah
VIRUS KORONA: MUHASABAH DAN SIKAP MUSLIM Oleh: Shaykh Dr. ‘Abd al-Razzāq bin ‘Abd al-Muḥsin ...

ABIM Negeri

ABIM Sebagai Gerakan
  Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakātuh. Alhamdulillah, walaupun pergerakan agak ...
Covid-19: Lima Puluh NGO
Kenyataan Bersama 50 Buah Badan-Badan Masyarakat Madani (CSO)20 Mac 2020 / 25 Rejab 1441 HGESAAN ...
COVID 19: ABIM Gesa
KENYATAAN MEDIAANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)16 MAC 2020 / 21 REJAB 1441 H COVID 19 : ABIM ...
Virus Korona: Muhasabah
VIRUS KORONA: MUHASABAH DAN SIKAP MUSLIM Oleh: Shaykh Dr. ‘Abd al-Razzāq bin ‘Abd al-Muḥsin ...
Seimbang Untuk Sejahtera
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd