ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Hentikan Polemik Pongal Featured

Jan 21, 2020 Hit: 146 Written by 

 

FGIS ABIM Teater

 

Sumber Gambar:- The Star

ABIM SERU WARGA AMALAN BUDAYA MENERIMA, MENGHORMATI, DAN BERDIALOG

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyatakan keprihatinan kami terhadap isu yang melingkari kefahaman masyarakat berkaitan perayaan dan kebudayaan kebangsaan yang menjadi polemik seperti isu perayaan Pongal, isu tanglung dan Tahun Baru Cina, polemik Jawi, dan isu keutamaan Bahasa Melayu dalam acara rasmi.

Kami merujuk kepada maklum balas masyarakat terhadap surat pekeliling yang diedarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 13 Januari 2020 berhubung garis panduan kepada warga sekolah beragama Islam berhubung perayaan Pesta Pongal.

Pekeliling tersebut adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Panel Pakar Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kali ke-100 pada 8 dan 9 April tahun lalu.

Pekeliling itu turut menggariskan beberapa syarat daripada JAKIM seandainya orang Islam perlu hadir Pesta Pongal dengan alasan tertentu.

Dalam perkembangan sama, ABIM merujuk tulisan Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah berkaitan isu "Muslim Menyertai Pesta Pongal yang telah diterbitkan pada 29 Januari 2019.

Polemik lain yang berkaitan penyertaan Muslim dengan perayaan agama lain atau yang terkait seperti isu penghiasan tanglung di sekolah sempena Tahun Baharu Cina dan sebagainya, adalah juga dirujuk.

ABIM berpendirian bahawa isu ini adalah suatu perkara yang tidak perlu diperpanjang atas kesedaran bahawa garis panduan yang berkaitan dengannya adalah jelas dan mesti dihormati, khasnya bagi masyarakat beragama Islam, dan juga institusi awam.

Walaupun begitu, tanpa menafikan kepentingan saling mengenali dan memahami dalam konteks silang-budaya dan multi-budaya di Malaysia, ABIM bersetuju bahawa kecaknaan tentang kebudayaan masyarakat berbilang kaum wajar diketengahkan kepada warga seluruhnya bagi memanifestasikan semangat "taayyush" (co-existence) .

Sebagaimana disarankan pihak otoriti termasuk saranan JAKIM dan Mufti Wilayah Persekutuan, sekiranya seseorang Muslim perlu menghadiri acara berkaitan program keagamaan, maka wajarlah untuk mematuhi garis panduan khasnya dengan tidak melibatkan diri dalam sebarang upacara berbentuk ritual keagamaan.

Khususnya dalam kalangan pemimpin, menghadiri undangan sebagai tanda penghormatan kepada warga yang dipimpin adalah suatu yang tidak terelakkan. Sifat toleransi antara pemimpin dan rakyat ini akan menjadi satu simbol penyatuan yang utuh dalam membangun sebuah negara yang aman dan harmoni. Namun begitu, batas-batas agama adalah wajar untuk tidak dilangkaui.

ABIM menegaskan bahawa warga Malaysia perlu sentiasa menghargai kepelbagaian yang merupakan suatu "sunnatullah" dan juga realiti yang perlu kita santuni dan tanggapi sebaiknya, namun perlu menjaga sensitiviti tertentu khasnya dalam aspek keagamaan.

Dalam masa yang sama, ABIM meyakini bahawa institusi awam khususnya institusi pendidikan wajar dan wajib menjadi ruang sosialisasi untuk memupuk perpaduan dan semangat cintakan negara dalam kalangan warganegara sejak di bangku sekolah lagi.

ABIM sekali lagi menegaskan bahawa perpaduan dalam kalangan warga adalah suatu yang tidak ternilai dan perlu dicermati sebaiknya. Budaya penerimaan, penghormatan dan dialog dalam kalangan warga adalah penting dan perlu dibudayakan, berbanding terus-menerus membangkitkan polemik yang tidak berkesudahan dan merugikan.

ABIM merupakan pendukung kepada usaha perpaduan, dengan berpegang teguh kepada tiga asas sebagaimana digariskan dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK):

1) berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini;

2) unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima;

dan

3) Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN

Mohammad Fazril bin Mohd Saleh
Setiausaha Agung
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Last modified on Tuesday, 21 January 2020 04:48
Read 146 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Gesa Dasar Lebih
                            ...
Solidariti Untuk Umat
*ABIM Gesa Tolak Sebarang Usaha Normalisasi Kekejaman Terhadap Etnik Uighur*   Pada 31 Mei ...
Malaysia Baharu
Sudah lebih setahun berlalu semenjak tercetusnya detik keramat 9 Mei 2018 yang merobah tampuk ...

ABIM Negeri

Year 2020: Charting the
ABIM Gesa Dasar Lebih
                            ...
Hentikan Polemik Pongal
Bengkel Tadabbur Perluas
Solidariti Untuk Umat
*ABIM Gesa Tolak Sebarang Usaha Normalisasi Kekejaman Terhadap Etnik Uighur*   Pada 31 Mei ...
Malaysia Baharu
Sudah lebih setahun berlalu semenjak tercetusnya detik keramat 9 Mei 2018 yang merobah tampuk ...
Apresiasi Naib Presiden
Our website is protected by DMC Firewall!