ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Solidariti Rakyat Malaysia Untuk Palestin : Memorandum Untuk ABIM Kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Featured

Nov 30, 2019 Hit: 63 Written by 
 
75636117 10221429482826025 4314002354832670720 n
 
29 November 2019 
 
Tuan Yang Terutama António Guterres  
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu     
 
Melalui:         
Yang Berbahagia Mr. Stefan Priesner                       
Koordinator Residen 
Pertubuhan Bangsa Bersatu PBB di Malaysia, 
Aras10, Menara  PjH, No 2, Jalan Tun Abdul Razak                       
Precinct 2, 62100 Putrajaya, Malaysia.

 
 
Tuan Setiausaha Agung,   PERKARA: MEMORANDUM SOKONGAN
 
  Pada tanggal 29 November ini, iaitu peringatan Hari Antarabangsa Solidariti bersama Warga Palestin, sebagaimana digazetkan melalui  Resolusi 32/40B oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), kami Angakatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama-sama Badan Masyarakat Madani (CSOs) lain di Malaysia mengisytiharkan pendirian dan sikap kami kepada dunia bahawa kami tetap teguh mendukung perjuangan warga Palestin dalam menegakkan keadilan dan membebaskan diri dan Tanah Air mereka daripada penjajahan rejim Zionis Israel.
 

Kami juga menyatakan sokongan penuh kami terhadap komitmen pihak Tuan dalam mengambil langkah-langkah yang efektif dalam usaha mengembalikan keamanan di Palestin berikutan tragedi penjajahan dan penindasan oleh rejim Zionis Israel ke atas kawasan mereka sejak tahun 1948. 
 
Dalam pada itu, pihak kami juga menggesa tindakan yang signifikan diambil oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) khasnya dalam konteks advokasi terhadap siri-siri tindakan zalim dan kejam oleh rejim, jenayah perang yang mereka lakukan, serta pemindahan dan pemaksaan terancang oleh Angkatan Keselamatan Israel terhadap warga Palestin. Ini dapat dilakukan melalui Jawatankuasa khas PBB “Committee on the Exercise of the Inalienable Rights of the Palestinian People”. 
 
Walau bagaimanapun, melihat kepada tindakan penindasan oleh rejim terhadap warga Palestin yang tidak berkesudahan, kami ingin menggariskan keprihatinan kami atas tragedi kemanusiaan abad moden ini:
 
1. Rejim Israel secara sedar dan berterusan melakukan tindakan pencabulan hak asasi ke atas warga Palestin termasuklah sekatan ke atas pergerakan manusia dan barangbarang untuk keluar dan masuk ke Gaza, dan memfasilitasi pemindahan haram warga Israel ke petempatan di Tebing Barat.
 
2. Selama tujuh dekad penjajahan sistematik Zionis Israel terhadap Palestin, pergolakan di Asia Barat belum pernah surut. Saban tahun angka kematian jiwa dan kemusnahan harta benda meningkat dan perundingan demi perundingan menemui jalan buntu. 

 
Oleh yang demikian, mewakili komuniti antarabangsa, kami memohon secara tegas Pertubuhan Bangsa Bersatu untuk mendukung perjuangan kebenaran dan keadilan Palestin melalui:
 
a. Menguatkuasakan Resolusi 2334: Bab VII Piagam PBB menetapkan, Majlis Keselamatan PBB mengemban tanggungjawab untuk memelihara keamanan dan keselamatan sejagat, justeru bertanggungjawab mengambil tindakan keras yang setimpal ke atas rejim Israel bertepatan dengan Resolusi 2334 Majlis Keselamatan PBB yang disepakati pada 23 Disember 2016. 
 
b. Mengheret Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa: Resolusi 2334 mengesahkan bahawa pembinaan penempatan dalam wilayah Palestin termasuk di Jerusalem Timur sebagai tidak sah dan keengganan Israel patuh kepada perundangan ini menonjolkan sikap biadab kerana telah mencabuli hukum antarabangsa. Resolusi ini cukup untuk menjadi suatu landasan bagi mendapatkan keizinan berotoriti pihak pendakwaan daripada Dewan Pra-Pengadilan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), selari dengan Artikel 15 (1) Satut Rom.
 
c. Tindakan lebih tegas dalam mempraktikkan resolusi PBB: Tindakan lebih tegas perlu dilakukan dalam mempraktikkan resolusi yang telah dicapai dalam kesepakatan Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu. Laporan oleh jawatankuasa khas UN Special Committee to Investigate Israeli Practices Affecting the Human Rights of the Palestinian People and Other Arabs of the Occupied Territories dan the Committee on the Exercise of the Inalienable Rights of the Palestinian People sebenarnya sudah mampu menjustifikasikan tindakan teguran keras terhadap Israel dan buang keanggotaan dari Pertubuhan Bangsa Bersatu.
 
d. Mempertahankan Hak Warga Palestin: PBB perlu tegas dalam mempertahankan hak warga Palestin khasnya hak beribadah secara aman dan bebas di Masjid al-Aqsa tanpa sebarang gangguan dan ancaman daripada rejim Israel. Juga, untuk memelihara lokasi-lokasi penting dan bersejarah di dalam wilayah Palestin daripada tindakan kemusnahan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak rejim Zionis.
 
e. Mendokong dan Membantu Misi Kemanusiaan: Warga dunia perlu terus menyokong dan menyumbang kepada kelompok aktivis tulen-berwibawa seperti Global Peace Mission yang menggadai nyawa menyampaikan bantuan warga dunia kepada masyarakat Palestin.
  
Tuan Setiausaha Agung,
 
Kami menggesa seluruh warga dunia untuk sama-sama mengecam keras tindakan biadab dan tidak bertamadun oleh rejim Israel yang jelas bertentangan dengan asas dan landasan hak asasi manusia dan keadilan. Kami juga menyeru seluruh warga Malaysia untuk terus bekerjasama dengan pihak PBB dalam konteks isu Palestin ini dan berusaha secara bersama untuk mencari solusi berkait isu ini. Kami berharap kedua-dua pihak menyemangati prinsip sama.
 
 
  “Menegakkan Kebenaran dan Keadilan”
 
 
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)
 
Disokong oleh:
 
 
Majlis Belia Malaysia (MBM) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT)
Last modified on Tuesday, 03 December 2019 04:10
Read 63 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Malaysia Baharu
Sudah lebih setahun berlalu semenjak tercetusnya detik keramat 9 Mei 2018 yang merobah tampuk ...
 *Meneladani Nabi
   *MENELADANI NABI MUHAMMAD ṢALLALLĀHU ‘ALAYHI WA SALLAM SEBAGAI TERAS MEREALISASIKAN ...

ABIM Negeri

Malaysia Baharu
Sudah lebih setahun berlalu semenjak tercetusnya detik keramat 9 Mei 2018 yang merobah tampuk ...
Apresiasi Naib Presiden
Hormati Sensitiviti :
Solidariti Rakyat
ABIM Kecam Keganasan
Masyarakat Antarabangsa
 *Meneladani Nabi
   *MENELADANI NABI MUHAMMAD ṢALLALLĀHU ‘ALAYHI WA SALLAM SEBAGAI TERAS MEREALISASIKAN ...
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd