ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

 *Meneladani Nabi Muhammad Ṣ.A.W Sebagai Asas Kepimpinan Lestari* Featured

Nov 12, 2019 Hit: 95 Written by 
 *Meneladani Nabi Muhammad Ṣ.A.W Sebagai Asas Kepimpinan Lestari*
 
 *MENELADANI NABI MUHAMMAD ṢALLALLĀHU ‘ALAYHI WA SALLAM SEBAGAI TERAS MEREALISASIKAN SDG 2030*
Seperti yang kita maklum, kelahiran Nabi Muhammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam adalah rahmat Allah Subhanahu wa-ta’ala yang terbesar bukan sahaja kepada manusia, bahkan kepada alam keseluruhannya. Rahmat ini merangkumi semua aspek dalam kehidupan kita selaku makhluk-Nya. 
Menambahbaik kualiti hidup, membangunkan semula watak manusia, mendokong kesaksamaan maruah manusia adalah antara falsafah utama di sebalik ayat Al-Quran yang dinukilkan dalam Surah Al-Anbiya : 107 “Dan tidak Kami utuskan engkau wahai Muhammad, melainkan untuk memberi rahmat buat seluruh alam.”
Kegigihan, pengorbanan serta disiplin yang dipamerkan oleh Rasulullah ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam wajar dimaknai untuk membentuk sebuah negara maju dengan masyarakat yang bertamadun.
Justeru, tidak boleh tidak, kita mesti menzahirkan rasa cinta kita kepada kekasih Allah Subhanahu wa-ta’ala, ini bukan sahaja pada bulan kelahiran Baginda ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, bahkan pada setiap saat dan detik waktu. Selaku umat yang komited, kita juga perlu mengikuti sunnah Baginda ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam dalam segenap aspek kehidupan kita.
Rasa zahir cinta termasuklah menerusi usaha kita meneladani Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam sebagai suri tauladan sepanjang zaman.
Jika diteliti mekanisme yang telah dibawa oleh Nabi untuk membawa transformasi masyarakat jahiliyah kepada satu Tamadun yang dipimpin golongan yang digelar Allah Subhanahu wa-ta’ala sebagai Khayra Ummah, ia adalah asas kepada matlamat antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diberikan nama Sustainable Development Goals (SDG) 2030 atau Matlamat Pembangunan Mapan 2030.
Dalam hadis riwayat Tirmizi, ucapan dasar Nabi Muhammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam (kata-kata pertama Baginda) ketika tiba di Madinah adalah: “Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikan makan, sambunglah silaturrahim, solatlah di waktu malam ketika manusia tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat.”
Kata-kata Baginda dengan jelas membawa empat misi utama dalam pemerintahan di Madinah iaitu keselamatan rakyat, kebajikan ekonomi untuk membasmi kemiskinan, mengeratkan perpaduan rakyat, dan pembangunan spiritual masyarakat.
Prinsip-prinsip ini telah meliputi rangka utama SDG iaitu sifar kemiskinan, sifar kelaparan, hak yang adil saksama sebagai tunjang perpaduan, keamanan dalam kehidupan, serta pembangunan spiritual untuk membentuk watak yang berintegriti dan seterusnya membawa kepada institusi yang bertanggungjawab. 
Selain itu, penekanan terhadap Pendidikan untuk mengeluarkan masyarakat dari kegelapan jahiliyah yang melahirkan kesaksamaan hak wanita dalam masyarakat, warga yang menghormati seluruh makhluk termasuk Alam sekitar dan seterusnya membina kualiti hidup masyarakat terangkum dalam matlamat masyarakat antarabangsa sebagai indikator pembangunan yang bersifat mapan.
Justeru, menerusi keberhasilan Nabi Muhammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam membina satu masyarakat madani yang ideal berdasarkan paksi-paksi yang mampan tersebut, menjadi tanggung jawab ABIM sebagai Gerakan Islam untuk komited untuk bersama masyarakat antarabangsa dalam menggerakkan dan merealisasikan matlamat mampan SDG dalam menuju satu misi besar ABIM iaitu Membina dan Memimpin satu Tamadun Khayra Ummah.
Salam Maulidur Rasul 1441 H buat sekalian umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Semoga kecintaan kita kepada Baginda ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam tidak luntur, malah bertambah mekar dengan kesedaran untuk menyambung perjuangan yang diasaskan Baginda.
Selawat dan salam atas junjungan besar Rasul ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam. Sollu ‘alan Nabi!
*Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz,*
*Presiden,*
*Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).*
Last modified on Tuesday, 03 December 2019 04:04
Read 95 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Malaysia Baharu
Sudah lebih setahun berlalu semenjak tercetusnya detik keramat 9 Mei 2018 yang merobah tampuk ...
 *Meneladani Nabi
   *MENELADANI NABI MUHAMMAD ṢALLALLĀHU ‘ALAYHI WA SALLAM SEBAGAI TERAS MEREALISASIKAN ...

ABIM Negeri

Malaysia Baharu
Sudah lebih setahun berlalu semenjak tercetusnya detik keramat 9 Mei 2018 yang merobah tampuk ...
Apresiasi Naib Presiden
Hormati Sensitiviti :
Solidariti Rakyat
ABIM Kecam Keganasan
Masyarakat Antarabangsa
 *Meneladani Nabi
   *MENELADANI NABI MUHAMMAD ṢALLALLĀHU ‘ALAYHI WA SALLAM SEBAGAI TERAS MEREALISASIKAN ...
Our website is protected by DMC Firewall!