ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Wanita Bekerjaya Perlukan Sistem Sokongan (Support Group) Untuk Keluarga Featured

Mar 07, 2019 Hit: 64 Written by 
Wanita Bekerjaya Perlukan Sistem Sokongan (Support Group) Untuk Keluarga

Disediakan oleh;- Raja Nurul Balqis bt Raja Md Arif Ketua Helwa,

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Wilayah Persekutuan.

Statistik menunjukkan Penyertaan wanita di Malaysia dalam sektor pekerjaan meningkat kepada 54.3 peratus. Pada tahun 2017, lebih 700,000 wanita bekerja dalam pelbagai sektor sekali gus menyumbang 0.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Peningkatan ini jelas menunjukkan wanita ingin bersama memacu pembangunan negara tanpa mengesampingkan peranan mereka sebagai isteri dan ibu dalam keluarga.

Dalam keadaan sedemikian sudah sampai masanya masyarakat sama-sama membina sebuah model sistem sokongan untuk dilaksanakan, bermula secara berkelompok yang berskala kecil di dalam wilayah pengaruh masing-masing.

Model sistem sokongan tersebut sangat penting bagi meringankan beban khususnya dalam kalangan keluarga muda, di mana kedua ibu bapa mempunyai komitmen karier yang perlu dipenuhi.

Model sistem sokongan ini boleh dikenalpasti bukan sahaja dalam kalangan keluarga terdekat, bahkan membabitkan jiran, rakan karib, mahukan rakan persatuan serta pertubuhan komuniti.

Pembinaan model sokongan boleh dimulakan daripada kumpulan kecil dalam ruang pengaruh kita. Bertitik daripada situ sesi-sesi pertemuan berkala seperti usrah serta ziarah perlu diadakan secara konsisten untuk membina kepercayaan.

Kepercayaan tersebut akan membentuk 'extended family' yang tidak mempunyai pertalian darah namun, masih dari kalangan mereka yang dikenali dan dipercayai.

Daripada model sokongan tersebut, sesebuah masyarakat atau sesebuah badan komuniti boleh membangunkan pusat asuhan kanak-kanak untuk dimanfaatkan oleh ibu bapa yang memerlukan.

Yang paling penting, sekiranya pusat ini diwujudkan pemantauan dan sokongan kerajaan amat diperlukan untuk menyediakan ruang pelatihan dan dokumentasi perundangan dalam bentuk lesen.

Mengambil maklum peranan LPPKN dalam merangka modul seperti PEKA khusus sebagai latihan dan kesedaran keselamatan kanak-kanak yang diajarkan di tadika-tadika dan pusat asuhan kanak-kanak, HELWA ABIM Wilayah Persekutuan menyambut baik usaha yang dilakukan pihak berwajib dan diharapkan penambahbaikan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa.

Last modified on Thursday, 07 March 2019 10:30
Read 64 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Bunga Raya-Fern Leaf
Ummu Noura Ummu Sofea It was not pre-arranged. It was a coincidence. My very intention ...
Hibiscus-Fern Leaf
At the solidarity event organized by Abim Pusat & FGIS - Friendship Group to express support to ...
New Zealand sangat
KUALA LUMPUR - “New Zealand sangat sedih,” kata Pesuruhjaya Tinggi New Zealand, Hunter Nottage ...
Masyarakat Madani &
“Masyarakat Madani yang kita bayangkan diasaskan di atas prinsip akhlak dan pemerintahan berasaskan ...
Kesaksamaan Fikiran dan
Perutusan Hari Wanita Antarabangsa 8 Mac 2019 Oleh Nor Azura Kamarudin Sohami Naib Presiden ...
Wanita Bekerjaya
Disediakan oleh;- Raja Nurul Balqis bt Raja Md Arif Ketua Helwa, Angkatan Belia Islam Malaysia ...
Generasi Muda Mahu Suara
Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim, menegaskan generasi mahukan suara mereka didengari. Beliau ...
[Video]:-Reformasi
Reformasi Sistem Pilihanraya Manfaat Untuk Generasi Muda  Ucapan Perasmian & Pelancaran Buku ...

ABIM Negeri