ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Hormati Perpaduan, Keharmonian Dan Jangan Persenda Sensitiviti Agama, Masyarakat Featured

Mar 01, 2019 Hit: 287 Written by 
Hormati Perpaduan, Keharmonian Dan Jangan Persenda Sensitiviti Agama, Masyarakat

Kestabilan dan keharmonian beragama yang dicapai pada hari ini amat mudah untuk diruntuhkan, tetapi bakal mengambil masa yang lama untuk dibina semula.

RAKYAT Malaysia digesa agar menghormati dan mengekalkan perpaduan dan keharmonian antara kaum serta agama di negara ini.

Selain itu, pemimpin-pemimpin politik pula dibidas kerana mempersenda atau mempermain sensitiviti agama dan masyarakat. Gesaan itu disebut oleh Setiausaha Agung ABIM, Faisal Abdul Aziz ketika merujuk kepada kes terbaru penghinaan Nabi Muhammad SAW yang dilakukan oleh pemegang akaun Facebook Foo Sing Wai dan Sally Yen seperti seperti yang dilaporkan.

Walaupun kes penghinaan Nabi Muhammad SAW ini telah diambil tindakan oleh pihak berkuasa dan dakwaan telah dibuat di mahkamah, ABIM berpendapat, isu penghinaan kaum atau agama seharusnya tidak berlaku lagi “Hal ini demikian kerana, pada tahun 2010 contohnya, telah berlaku kes penghinaan dalam laman sosial Facebook.

“ABIM telah mengingatkan kes-kes seperti ini boleh merobek keharmonian hubungan antara kaum dan perselisihan faham yang merugikan kestabilan masyarakat majmuk,” jelas Faisal dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini (1 Mac).

Dalam masa yang sama, ABIM menyarankan seluruh umat Islam di Malaysia agar berhenti menyebarkan atau membuat perkongsian karikatur penghinaan tersebut dalam media sosial kerana ia tidak membantu meredakan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Sebaliknya, yang lebih baik adalah seluruh umat Islam di Malaysia menunjukkan keperibadian yang lebih baik sesuai dengan tuntutan sunah,” kata Faisal lagi.

Justeru, sekali lagi ABIM menggesa agar semua pihak berhenti daripada melakukan provokasi melampau yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama. Beliau berkata, kestabilan dan keharmonian beragama yang dicapai pada hari ini amat mudah untuk diruntuhkan, tetapi bakal mengambil masa yang lama untuk dibina semula.

Sementara itu, Faisal membidas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Puchong, Mohamed Satim Diman yang mengaitkan kematian wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) di Selangor sebagai amaran daripada Allah kepada PH. Katanya, ABIM beranggapan kenyataan sedemikian adalah satu kenyataan yang bersifat mempersenda dan mempermainkan agama bagi memuaskan kepentingan politik.

“Kenyataan tersebut juga dilihat langsung tidak sensitif terhadap ahli keluarga empat orang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor iaitu Allahyarham Dr Shaharuddin Badaruddin, Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor, Allahyarham Mat Suhaimi Shafiei, dan mendiang Ng Tien Chee yang telah meninggal dunia baru-baru ini.

“Sesungguhnya, soal takdir, ajal dan maut tidak wajar diperlekeh dan direndah-rendahkan. Tindakan seperti ini bukan sahaja biadab kepada waris, bahkan kepada Tuhan, seolah-olah wakil Tuhan menurunkan hukum,” tegas Faisal.

Justeru, ABIM menggesa pemimpin terbabit untuk menarik semula kenyataan tersebut serta memohon maaf kepada ahli-ahli keluarga ADUN yang dipersenda dan kepada seluruh rakyat Malaysia, seterusnya bertaubat memohon keampunan Allah SWT.

“ABIM juga menuntut semua pihak sentiasa menjaga batasan sensitiviti masyarakat termasuk agama yang tidak seharusnya mudah diperolok, dipersenda dan ditunggang hanya semata-mata untuk meraih sokongan politik,” tambahnya. Sumber: http://bebasnews.my

Read 287 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Badar:- Jihad Pertama di
Ust. Hj. Mohammad Syafiq bin Ismail –Exco Penyelidikan ABIM Sabah- Allah (Islam) merupakan agama ...
Jelajah KSSB Ramadhan
Pagi hingga tengahari tadi bersama dengan pimpinan Abim Negeri Sembilan, sahabat-sahabat MBD Daerah ...
Kempen Seorang Sekampit
Kempen Seorang Sekampit beras (KSSB) dilancarkan ke seluruh negeri di Malaysia bagi membantu mereka ...
P.E.R.U.B.A.H.A.N
ramailah yang membincangkan tentang P.E.R.U.B.A.H.A.N. Saya belajar dari Dr Zainab Alwani, untuk ...
Menangani Gelombang
Oleh:- Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) “We cannot get away ...
Feminisme Talbiah :
Disediakan oleh Raja Nurul Balqis Raja Mohd Ariff Wanita Dalam Karya. Pernah dengar teori ...
Bahasa Jiwa Bangsa! Para
3 hb April 2019: Allhamdulillah, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz telah ...
Kisah Subra & ABIM
Tersenyum kami sejak Subra datang ke ABIM. Saja nak kongsikan kisah Subra dan macam mana Subra ...

ABIM Negeri

Badar:- Jihad Pertama di
Ust. Hj. Mohammad Syafiq bin Ismail –Exco Penyelidikan ABIM Sabah- Allah (Islam) merupakan agama ...
Jelajah KSSB Ramadhan
Pagi hingga tengahari tadi bersama dengan pimpinan Abim Negeri Sembilan, sahabat-sahabat MBD Daerah ...
Kempen Seorang Sekampit
Kempen Seorang Sekampit beras (KSSB) dilancarkan ke seluruh negeri di Malaysia bagi membantu mereka ...
P.E.R.U.B.A.H.A.N
ramailah yang membincangkan tentang P.E.R.U.B.A.H.A.N. Saya belajar dari Dr Zainab Alwani, untuk ...
Menangani Gelombang
Oleh:- Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) “We cannot get away ...
Feminisme Talbiah :
Disediakan oleh Raja Nurul Balqis Raja Mohd Ariff Wanita Dalam Karya. Pernah dengar teori ...
Bahasa Jiwa Bangsa! Para
3 hb April 2019: Allhamdulillah, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz telah ...
Kisah Subra & ABIM
Tersenyum kami sejak Subra datang ke ABIM. Saja nak kongsikan kisah Subra dan macam mana Subra ...