ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

ABIM Pandang Serius Kenyataan Sekolah Aliran Kebangsaan Telah Berubah Menjadi Sekolah Agama Featured

Dec 24, 2018 Hit: 114 Written by 
ABIM Pandang Serius Kenyataan Sekolah Aliran Kebangsaan Telah Berubah Menjadi Sekolah Agama

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat liputan media yang melaporkan kenyataan Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyatakan menyatakan bahawa sekolah aliran kebangsaan telah berubah menjadi sekolah agama.

ABIM juga memandang berat kenyataan susulan yang dilaporkan mengatakan murid sekolah hanya belajar tentang agama Islam dan tidak mempelajari yang lain, yang menyebabkan lepasan pelajar tidak menguasai mata pelajaran yang berguna untuk mendapatkan pekerjaan.

Merujuk kepada liputan serta laporan tersebut; ABIM ingin menegaskan tiga fakta asas seperti berikut:

a). Mata pelajaran Pendidikan Islam (PI) (bagi murid beragama Islam) dan Pendidikan Moral (bagi murid bukan beragama Islam) adalah salah satu mata pelajaran teras yang wajib diikuti oleh semua murid selain mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, selaras dengan Akta Pendidikan 1996.

b). Masa yang digunakan untuk PI hanyalah 96 jam setahun daripada 752 jam keseluruhan mata pelajaran, iaitu kurang daripada 13% setahun.

c. Murid sekolah kebangsaan (SK) menggunakan 160 jam setahun untuk mempelajari Bahasa Inggeris (BI), iaitu 22% daripada keseluruhan mata pelajaran, manakala murid sekolah jenis kebangsaan (SJK) menggunakan 80 jam setahun, iaitu 11% daripada keseluruhan mata pelajaran.

ABIM tidak menafikan keperluan kajian semula kurikulum yang mana perlu mengambil kira perubahan di peringkat global seperti penguasaan kemahiran tertentu dalam menghadapi Revolusi Perindustrian keempat.

Walau bagaimanapun, kenyataan yang mengatakan bahawa sekolah kebangsaan telah bertukar menjadi “sekolah agama” hanya akan mencetuskan kekeliruan yang boleh menutup ruang kepada sebarang solusi di atas sebarang persoalan berkaitan yang diketengahkan.

Tambahan dalam keadaan yang menyaksikan permintaan untuk memasuki aliran pendidikan bersepadu seperti yang ditawarkan MRSM dan SMKA Ulul Albab, SBPI, SAM (Negeri), dan lain-lain tawaran pendidikan bersepadu saban tahun yang semakin meningkat.

ABIM berpandangan untuk memenuhi keperluan ekonomi serta pasaran kerja yang dinamik, kita memperkukuhkan pendekatan pedagogi merentas kurikulum yang memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran yang dinilai tinggi dalam sektor pekerjaan, seperti kemahiran berfikir secara kreatif dan kritikal, kemahiran berkolaboratif, kemahiran penyelesaian masalah secara kompleks, kemahiran mengurus emosi, kemahiran bersosial dan sepertinya.

Pembinaan watak dan kemahiran ini menuntut kepada hikmah dan penerapan nilai-nilai yang selari dengan pendidikan Islam yang sifatnya universal. Untuk merungkai persoalan mengenai dinamika pendidikan Islam di negara ini, ABIM ingin merujuk kepada pandangan YBhg Dato Prof Siddiq Fadzil, Tokoh Maal Hijrah 1440H peringkat kebangsaan, yang mencadangkan agar Pendidikan Islam di Malaysia dikaji semula agar dilihat sesuai dengan pengamalan Islam dalam kerangka masyarakat Malaysia yang bersifat realiti kemajmukan dengan kepelbagaian kaum dan agama, seperti penyepaduan Fiqh Wataniah, Fiqh Taayush, menambah interaksi dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama, dan sepertinya. Asas kajian semula kurikulum dan dasar pendidikan secara keseluruhan perlu melihat kepentingan dalam pendidikan membentuk watak bangsa Malaysia.

MOHAMAD RAIMI AB RAHIM Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Last modified on Wednesday, 26 December 2018 09:54
Read 114 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Backs Syed Saddiq's
KUALA LUMPUR: The Malaysian Islamic Youth Movement (ABIM) lauded the strong position opted by Syed ...
ABIM calls for mutual
ABIM calls for mutual respect and tolerance to avoid being trapped in racial prejudice. KUALA ...
ABIM Gesa Kaji Potongan
[Kenyataan Media ABIM] 6hb November 2018 Bersamaan 28 Safar 1440 H ISU PTPTN: ABIM GESA ...
Penjenayah Perang Israel
[Kenyataan Media] ABIM DESAK MASYARAKAT ANTARABANGSA KECAM SERANGAN ISRAEL KE ATAS PESERTA ...
Dato' Dr Siddiq bin
Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah di atas perlantikan YBhg. ...

ABIM Negeri

ABIM Backs Syed Saddiq's
KUALA LUMPUR: The Malaysian Islamic Youth Movement (ABIM) lauded the strong position opted by Syed ...
ABIM calls for mutual
ABIM calls for mutual respect and tolerance to avoid being trapped in racial prejudice. KUALA ...
ABIM Gesa Kaji Potongan
[Kenyataan Media ABIM] 6hb November 2018 Bersamaan 28 Safar 1440 H ISU PTPTN: ABIM GESA ...
Penjenayah Perang Israel
[Kenyataan Media] ABIM DESAK MASYARAKAT ANTARABANGSA KECAM SERANGAN ISRAEL KE ATAS PESERTA ...
Dato' Dr Siddiq bin
Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah di atas perlantikan YBhg. ...