ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

ABIM Tetap Komited Dengan Dakwah Featured

Oct 24, 2018 Hit: 226 Written by 
ABIM Tetap Komited Dengan Dakwah

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) komited melaksanakan misi pencerahan dan pendidikan kepada umat Islam di negara ini dalam usaha meleraikan sebarang kekeliruan yang timbul. Presidennya, Mohamad Raimi Ab Rahim, berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu optimis menjalankan kerja dakwah selaras dengan moto perjuanggannya 'Menegakkan Kebenaran Dan Keadilan'.

Katanya, semangat meneruskan perjuangan itu tercetus hasil idealisme, keberanian dan harapan generasi muda yang mahukan masa hadapan lebih gemilang. "Sejak awal penubuhan, ABIM sentiasa meletakkan perjuangan membela nasib rakyat sebagai landasan dan walaupun kini sudah menjadi Malaysia Baharu, agenda membela rakyat tetap sama.

"Malah, dalam pembentukan Malaysia Baharu, ABIM turut memberikan sumbangan tersendiri termasuk mempersiapkan pemikiran rakyat untuk menerima arus perubahan," katanya. Beliau berkata demikiran dalam ucapan dasar 'Malaysia Baharu: Mengangkat Asprasi Rakyat, Memartabarkan Amanah Umat' sempena Muktamar Sanawi Kali Ke-47 di Universiti sains Islam Malaysia (USIM) di sini, semalam.

Pendemokrasian rakyat Mengulas lanjut, Mohamad Raimi berkata dalam era Malaysia Baharu, ABIM serta penggeraknya tidak akan lalai daripada meneruskan agenda mencerdaskan dan pendemokrasian rakyat. Katanya, mereka memanfaatkan ruang dan peluang yang wujud dalam usaha memperjuangkan agenda pendidikan, demokrasi, kewarganegaraan, kebebasan, keadilan,hak asasi, dan kedaulatan undang-undang.

"Walaupun selalunya pendirian yang diketengahkan tidak disenangi segelintir pihak, ANIM tetap berpegang pada idealisme 'Reformasi-Islahiy' dalam memperjuangkan isu rakyat," katanya. Mengenai Malaysia Baharu katanya, ABIM menggariskan lima agenda utama supaya dapat direalisasikan dengan lebih kondusif.

Katanya lima agenda itu adalah pengukuhan jati diri bangsa Malaysia, reformasi kefahaman Islam yang sempurna dengan membugar al-Fikr al-Maqasidy, mengarusperdakanakan aliran wasatiyah, menjunjung kedaulatan rakyat memberdayakan kekuatan umat dan mengupayakan generasi muda pemimpin perubahan.

Read 226 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Backs Syed Saddiq's
KUALA LUMPUR: The Malaysian Islamic Youth Movement (ABIM) lauded the strong position opted by Syed ...
ABIM calls for mutual
ABIM calls for mutual respect and tolerance to avoid being trapped in racial prejudice. KUALA ...
ABIM Gesa Kaji Potongan
[Kenyataan Media ABIM] 6hb November 2018 Bersamaan 28 Safar 1440 H ISU PTPTN: ABIM GESA ...
Penjenayah Perang Israel
[Kenyataan Media] ABIM DESAK MASYARAKAT ANTARABANGSA KECAM SERANGAN ISRAEL KE ATAS PESERTA ...
Dato' Dr Siddiq bin
Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah di atas perlantikan YBhg. ...

ABIM Negeri

ABIM Backs Syed Saddiq's
KUALA LUMPUR: The Malaysian Islamic Youth Movement (ABIM) lauded the strong position opted by Syed ...
ABIM calls for mutual
ABIM calls for mutual respect and tolerance to avoid being trapped in racial prejudice. KUALA ...
ABIM Gesa Kaji Potongan
[Kenyataan Media ABIM] 6hb November 2018 Bersamaan 28 Safar 1440 H ISU PTPTN: ABIM GESA ...
Penjenayah Perang Israel
[Kenyataan Media] ABIM DESAK MASYARAKAT ANTARABANGSA KECAM SERANGAN ISRAEL KE ATAS PESERTA ...
Dato' Dr Siddiq bin
Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah di atas perlantikan YBhg. ...