ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Kemelut Nilai Politik Sejagat: Demokrasi vs Kleptokrasi Featured

Sep 21, 2018 Hit: 208 Written by 
Kemelut Nilai Politik Sejagat: Demokrasi vs Kleptokrasi

Oleh Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden ABIM

Dengan merudumnya amalan dan institusi demokrasi di pelbagai belahan dunia seperti yang diamati oleh Larry Diamond (2015) dan Francis Fukuyama (2014), satu dinamika baru telah muncul dalam politik dunia. Seiring dengan semaraknya trend Populisme Baru dan kebangkitan Nasionalisme Baru pada skala global, dunia turut menyaksikan berkembangnya amalan kleptokrasi yang dilihat sebagai ancaman besar kepada demokrasi dan pemusnah pembangunan negara.

Istilah ‘kleptocracy’ yang mula diperkenalkan dalam literatur politik seawal tahun 1819 oleh Leigh Hunt dan dipopularkan oleh Stanislav Andreski sekitar tahun 1960an merujuk kepada rule by thieves – pemerintahan para maling yang merujuk kepada sebuah bentuk pemerintahan yang merompak hasil kekayaan negara untuk memperkaya diri sendiri dan kelompok tertentu.

Kamus Cambridge mendefinasikan ‘kleptocracy’ sebagai: ‘a society whose leaders make themselves rich and powerful by stealing from the rest of the people.’ Justeru, kleptokrasi ialah keadaan di mana sesebuah masyarakat itu dipimpin oleh kelompok yang memperkayakan diri dan memperkukuhkan cengkaman kekuasaannya, hasil khazanah kekayaan negara yang dicuri dari tangan sekalian rakyat.

Maka, pemimpin kleptokrat ini selayaknya digelar pencuri seperti yang didefinasikan oleh Kamus Oxford English Dictionary sebagai “A thief in a position of political power; a greedy or corrupt politician.” Pengarang Why Nation Fails, Daron Acemoglu dan James Robinson telah menyenaraikan seawal tahun 2004 generasi kleptokrat di negara membangun, termasuklah pemimpin Congo/Zaire, Mobutu Sese Seko, Rafael Trujillo (Dominican Republic), Duvaliers (Haiti), Somozas (Nicaragua), Idi Amin (Uganda) dan Charles Taylor (Liberia).

Sementelahan, Ferdinand Marcos dan Mohammad Soeharto pula sering dirujuk sebagai simbol pemimpin kleptokrat di Asia Tenggara pada penghujung abad lalu. Namun, pendedahan kontroversi Karen Dawisha mengenai amalan kleptokrasi di Russia sepanjang pemerintahan Vladimir Putin dalam karyanya Putin’s Kleptocracy: Who Owns Russia telah membuka mata banyak pihak, tentang ancaman bentuk baru kleptorasi yang beliau istilahkan sebagai ‘kleptocratic authoritarianism’ terhadap ekonomi, kebebasan dan institusi demokratik sesebuah negara.

Putin dan rangkaian oligarki pasca-Kesatuan Soviet seperti Arkady Rotenberg, Yuri Kavalchuk, Gennady Timchenko dan Roman Abramovich, ujar Dawisha, telah melahirkan satu persengkongkolan kelompok elit penguasa dan elit ekonomi yang merompak khazanah kekayaan sumber asli Russia, dengan menguasai dan menghakmilikperibadikan asset negara tersebut, seperti syarikat minyak Gazprom dan Rosneft. Ternyata, seperti ujar Ben Judah (2016), berbeda dengan autoritarianisme abad 20 yang berpaksikan ideologi dan amalan kuku besi melalui pemerahan keringat rakyat, ciri penting, jika tidak terpenting bagi autoritarianisme abad 21 ialah kekayaan luar biasa - excessive wealth.

Ketangkasan teknologi era globalisasi dan perkembangan industri kewangan persisir pantai, telah mempermudahkan modus operandi kleptokrat, yang memanfaat sepenuhnya era keemasan penggubahan wang haram – the golden age of money laundering; “…Contemporary authoritarians are mostly kleptocrats.This means corruption is not a feature of their regimes, but rather the invariable nature of their rule. An unforeseen consequence of globalization is that it has never been easier to be a kleptocrat.

Corruption is used to create power bases, cement regimes, forge political alliances, and eliminate foes. Amassing extraordinary levels of wealth, as both a tool and a pleasure of power, was considerably riskier in a world of segregated, more independent national financial systems. Corrupt bureaucrats today can steal immense fortunes and then launder them immediately into offshore funds, from which they can then easily sequester these assets in the West.”

Ternyata Vladimir Putin tidak bersendirian dalam rangkaian pemimpin negara yang dipimpin oleh kleptokrat. Dalam laporan bertajuk ‘The Kleptocracy Curse: Rethinking Containment’ oleh Hudson Institute (2016), Presiden Azerbaijan, Ilham Alivey, Presiden Equatorial Guinea,Teodoro Obiang dan Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev telah dikenalpasti sebagai sebahagian rangkaian kleptokrat kontemporari.

Melalui korupsi dan penyelewengan khazanah negara yang dijustifikasi melalui penyalagunaan kuasa, sang kleptokrat kemudiaannya melaburkan hasil rompakan tersebut melalui pembelian aset dan pelaburan, menggunakan akaun persisir pantai sebagai proksi, dalam bentuk anonymous shell company. Wang dan aset tersebut kemudiannya digubah dan ‘disucikan’, untuk dipulangkan kembali dalam bentuk keuntungan untuk dimanfaatkan oleh kleptokrat, untuk mengukuhkan cengkaman kekuasaan dalam negara melalui rasuah, pembelian undi, pemberian ‘subsidi’ dan memperkaya diri, kerabat dan apparatus.

Melalui dana gelap ini, para kleptokrat akan menguasai institusi-institusi penting yang sepatutnya menjadi pengawal kepada amalan demokratik dan menegak keadilan, lantas merubahnya menjadi institusi dan intrumen bagi menjustifikasikan amalan kleptokrasi dan meneruskan tampuk pemerintahan. Tatkala ekonomi negara semakin parah dan jurang kemiskinan terus meningkat, kelompok elit penguasa dan elit ekonomi kleptokrat terus menambah aset kekayaan di luar negara dan semakin ghairah berbelanja mewah.

Dalam konteks ini, amalan kleptorasi akan sentiasa memaksimumkan risiko kerugian sesebuah Negara, sementelahan memaksimumkan keuntungan peribadi para kleptokrat. Inilah trend dan sindrom kleptorasi yang melanda negara-negara seperti Rusia, China, Kazakhstan dan lain-lain.

Menurut Kleptocracy Initiative, kleptokrasi dijangka terus bersemarak, kerana para kleptokrat dan wannabe kleptocrats, bernafsu besar di seluruh dunia. Mereka sedang dijangkiti addiction – sejenis kecanduan dan ketagihan untuk terus memanfaatkan industri gelap offshore, bagi meragut khazanah kekayaan negara, yang akan menyelamatkan mereka, hatta apabila sudah tidak lagi memegang jawatan kelak. Inilah punca yang menyumbang kepada kesenjangan kekayaan golongan 1%.

Last modified on Friday, 21 September 2018 10:18
Read 208 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Memahami Konteks Hak
"Memahami Konteks Hak Asasi Dalam Mendepani Cabaran Malaysia Baharu" Disampaikan oleh : Sdra. ...
Kemelut Nilai Politik
Oleh Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden ABIM Dengan merudumnya amalan dan institusi demokrasi di ...
Karya Dr Hisham Al-Talib
Alhamdulillah, bertempat di Dewan Senat, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, ...
TPM Lancarkan Terjemahan
7hb September 2018 (Jumaat) : Alhamdulillah, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Wanita dan ...
Dermaga & Tunas
Tahun 2018 bermula 4 September 2018, akan disertai oleh 50 buah sekolah Menengah dan rendah di ...
ABIM Kecam Penghapusan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa kerajaan Malaysia menegaskan pendirian serta ...
Mahasiswa dan Kepedulian
9hb Ogos 2018 (Khamis): Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim telah ...
“Developing A Whole of
1hb Ogos 2018 (Rabu): Alhamdulillah, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz, Setiausaha Agung ABIM telah ...

ABIM Negeri

Memahami Konteks Hak
"Memahami Konteks Hak Asasi Dalam Mendepani Cabaran Malaysia Baharu" Disampaikan oleh : Sdra. ...
Kemelut Nilai Politik
Oleh Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden ABIM Dengan merudumnya amalan dan institusi demokrasi di ...
Karya Dr Hisham Al-Talib
Alhamdulillah, bertempat di Dewan Senat, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, ...
TPM Lancarkan Terjemahan
7hb September 2018 (Jumaat) : Alhamdulillah, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Wanita dan ...
Dermaga & Tunas
Tahun 2018 bermula 4 September 2018, akan disertai oleh 50 buah sekolah Menengah dan rendah di ...
ABIM Kecam Penghapusan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa kerajaan Malaysia menegaskan pendirian serta ...
Mahasiswa dan Kepedulian
9hb Ogos 2018 (Khamis): Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim telah ...
“Developing A Whole of
1hb Ogos 2018 (Rabu): Alhamdulillah, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz, Setiausaha Agung ABIM telah ...