ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

ABIM Kecam Penghapusan Etnik Rohingya; Gesa Kerakyatan Sebagai Warganegara Myanmar Dikembalikan Featured

Aug 29, 2018 Hit: 526 Written by 
ABIM Kecam Penghapusan Etnik Rohingya; Gesa Kerakyatan Sebagai Warganegara Myanmar Dikembalikan

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa kerajaan Malaysia menegaskan pendirian serta mengambil langkah kehadapan untuk menangani krisis kemanusiaan ke atas etnik Rohingya berdasarkan dapatan *Report of the Independent International Fact-Finding Mission on Myanmar* yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Laporan mengesahkan berlakunya pencabulan hak asasi manusia ke atas etnik Rohingya di Rakhine secara khususnya.

Dapatan ini secara langsung mempertanggungjawabkan pihak berkuasa Myanmar ataupun dikenali sebagai Tatmadaw ke atas penghapusan etnik yang dilakukan dengan kejam dan sistematik. Apa yang lebih menyayatkan hati, laporan tersebut turut mendedahkan berlakunya penyeksaan dan penghambaan seksual ke atas wanita Rohingya yang mana jelas melangkaui batas manusiawi yang rasional. Kekejaman tersebut berlaku di samping kejadian lain yang telah dilaporkan seperti pembunuhan, penculikan, serta pengusiran etnik Rohingya keluar daripada kampung halaman mereka.

ABIM berpandangan bahawa komitmen Malaysia dalam memperjuangkan hak asasi manusia boleh ditingkatkan dengan menggesa masyarakat antarabangsa khususnya dalam komuniti ASEAN memberikan tekanan diplomatik ke atas Myanmar, agar pihak yang bertanggungjawab dapat diadili dan kekejaman-kekejaman tersebut dapat dihentikan serta merta.

Bahkan kerajaan Malaysia perlu menyokong sebarang usaha membawa pihak serta individu yang terlibat, ke kancah pengadilan antarabangsa seperti ICC mahupun tribunal yang ditubuhkan secara khusus tanpa berbelah bahagi. Keprihatinan ke atas kekejaman yang dilakukan ke atas etnik Rohingya di Myanmar melangkaui batas geo-politik. Walaupun keberadaan Myanmar dalam ASEAN amat diperlukan serta dihormati, namun tragedi kemanusiaan yang berlaku bertentangan dengan nilai-nilai murni seperti kebebasan dan keadilan yang dijadikan asas utama untuk membentuk rantau serta komuniti ASEAN yang sejahtera.

ABIM juga berpandangan kerajaan Malaysia juga boleh memberikan tekanan ekonomi ke atas Myanmar termasuk mengurangkan perdagangan import-eksport di antara kedua-dua negara di samping mengawal kemasukan tenaga kerja asing daripada Myanmar. ABIM juga mengharapkan kerajaan Malaysia dapat memperjuangkan menerusi tekanan diplomatik agar kerajaan Myanmar mengembalikan hak etnik tersebut sebagai warganegara yang bermaruah.

Hanya dengan mengiktiraf serta mengembalikan hak kewarganegaraan etnik Rohingya sebagai rakyat Myanmar, akan membuka jalan kepada penyelesaian konflik itu secara menyeluruh dan akan membawa keamanan yang berpanjangan.

Mohamad Raimi Ab. Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Last modified on Wednesday, 29 August 2018 08:27
Read 526 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Bunga Raya-Fern Leaf
Ummu Noura Ummu Sofea It was not pre-arranged. It was a coincidence. My very intention ...
Hibiscus-Fern Leaf
At the solidarity event organized by Abim Pusat & FGIS - Friendship Group to express support to ...
New Zealand sangat
KUALA LUMPUR - “New Zealand sangat sedih,” kata Pesuruhjaya Tinggi New Zealand, Hunter Nottage ...
Masyarakat Madani &
“Masyarakat Madani yang kita bayangkan diasaskan di atas prinsip akhlak dan pemerintahan berasaskan ...
Kesaksamaan Fikiran dan
Perutusan Hari Wanita Antarabangsa 8 Mac 2019 Oleh Nor Azura Kamarudin Sohami Naib Presiden ...
Wanita Bekerjaya
Disediakan oleh;- Raja Nurul Balqis bt Raja Md Arif Ketua Helwa, Angkatan Belia Islam Malaysia ...
Generasi Muda Mahu Suara
Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim, menegaskan generasi mahukan suara mereka didengari. Beliau ...
[Video]:-Reformasi
Reformasi Sistem Pilihanraya Manfaat Untuk Generasi Muda  Ucapan Perasmian & Pelancaran Buku ...

ABIM Negeri