ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tetap Relevan Featured

May 31, 2018 Hit: 646 Written by 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tetap Relevan

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik kenyataan Kerajaan untuk menubuhkan kumpulan perbincangan yang terdiri daripada ulama’ dan ilmuwan, untuk menilai semula peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). ABIM mengharapkan peranan JAKIM dapat disegarkan; sesuai dengan fungsi badan berkenaan sebagai agensi yang menyelaras penggubalan dan penyeragaman undang-undang syarak, menyelaraskan urusan hal ehwal pentabiran dan pembangunan agama Islam.

Berdasarkan peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam sebagai Agama Persekutuan, ABIM menegaskan peranan JAKIM tetap relevan serta penting terutama sekali ke arah membentuk kefahaman Islam yang lebih menyeluruh sesuai dengan persoalan pemikiran, Fiqh serta Syariah, sosio-ekonomi dan politik pada masa akan datang.

Tanpa menafikan sumbangan serta peranan JAKIM yang cukup besar sebelum ini, ABIM merasakan badan tersebut perlu lebih kehadapan serta inklusif untuk mengangkat tema Al-Islam Rahmatun Lil 'Alamin yang bersifat lebih inklusif, dengan pelbagai pihak termasuk dengan masyarakat bukan Islam serta isu-isu sensitif. Pada masa akan datang juga, JAKIM perlu proaktif mengetengahkan perbincangan serta wacana pemikiran Islam kontemporari, untuk membentuk kefahaman yang lebih holistik dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap Islam.

ABIM serta pertubuhan-pertubuhan Islam dan para agamawan serta masyarakat -- sentiasa bersedia untuk berpartisipasi dalam proses perbincangan yang bakal diadakan kelak. Partisipasi ini adalah komitmen ABIM ke arah menggerakkan gelombang baru dakwah; dilancarkan untuk menganjak tahap keberagamaan umat, dengan bingkai Maqasid Syariah yang mengutamakan kemaslahatan rakyat dan menghindari sebarang kemudaratan.

Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Last modified on Thursday, 31 May 2018 07:17
Read 646 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

P.E.R.U.B.A.H.A.N
ramailah yang membincangkan tentang P.E.R.U.B.A.H.A.N. Saya belajar dari Dr Zainab Alwani, untuk ...
Menangani Gelombang
Oleh:- Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) “We cannot get away ...
Feminisme Talbiah :
Disediakan oleh Raja Nurul Balqis Raja Mohd Ariff Wanita Dalam Karya. Pernah dengar teori ...
Bahasa Jiwa Bangsa! Para
3 hb April 2019: Allhamdulillah, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz telah ...
Kisah Subra & ABIM
Tersenyum kami sejak Subra datang ke ABIM. Saja nak kongsikan kisah Subra dan macam mana Subra ...
Tamrin Qiyadiy
Syukur alhamdulillah, telah berlangsung Tamrin Qiyadi (Latihan Kepimpinan) Kebangsaan ABIM (TQK) ...
Bunga Raya-Fern Leaf
Ummu Noura Ummu Sofea It was not pre-arranged. It was a coincidence. My very intention ...
Hibiscus-Fern Leaf
At the solidarity event organized by Abim Pusat & FGIS - Friendship Group to express support to ...

ABIM Negeri