ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Ustaz Naim Wakili ABIM Ke Sudan; Kenang Legasi Intelektual Hassan At-Turabi Featured

Apr 05, 2017 Hit: 93 Written by 
Ustaz Naim Wakili ABIM Ke Sudan; Kenang Legasi Intelektual Hassan At-Turabi

Ucapan Penghormatan kepada Syeikh Dr. Hassan At-Turabi, di Majlis Memperingati Pemergian beliau buat kali pertama.

26hb Mac 2017 Tapak Pameran Antarabangsa, Barri, Khartoum. Ucapan Wakil ABIM-Malaysia oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Naim Mohd Noor, Timbalan Presiden ABIM.

1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan Tahniah kepada Penganjur yang memberi peluang untuk turut serta mengabdikan penghormatan kepada Syeikh At-Turabi.

2. Hubungan ABIM dengan Syeikh terbina sejak tahun 70an yang ketika itu dipimpin oleh Sdr. Anwar Ibrahim - DSAI (Semoga ALLAH SWT membebaskan beliau).

3. Hubungan ABIM dan Syeikh Turabi berkembang setelah itu dalam pelbagai sudut, sehingga Malaysia pernah menyaksikan kehadiran Syeikh Turabi sekurang-kurang tiga kali atas jemputan ABIM sendiri.

4. Kunjungan-kunjungan Syeikh itu meninggalkan kesan yang mendalam pada rakyat Malaysia, khususnya dalam pemikiran Tajdid, Politik, Diplomasi dan Fiqh semasa. Hal ini banyak membantu dalam merapatkan saf-saf Muslimin, juga dalam pemikiran tajdid dan hurriyah.

5. Hubungan ABIM-Turabi tidak terhenti di situ sahaja, malah berkembang lebih jauh dari itu ketika DSAI menjawat Menteri Kewangan dan juga TPM. Sudan ketika itu menghadapi masalah kewangan yang kritikal di awal-awal tahun Revolusi Penyelamat (1989). Seperti yang disebut oleh Pimpinan di Sudan sendiri, Kerajaan Malaysia menghantar Petronas ketika itu ke Sudan untuk mencari dan mengurus petroleum di sini. Hal ini diakui beberapa kali di hadapan kami oleh pimpinan-pimpinan di Sudan.

6. Pada tahun kembalinya Syeikh ke Rafik Al A'la (Mac 2016), Pihak Jamaah ABIM dan pihak Syeikh Turabi sedang mengatur ziarah beliau ke Malaysia, namun panggilan ALLAH SWT telah mendahului kita. Semoga ALLAH SWT merahmati Roh Almahum Syeikh; dengan rahmat-NYA yang maha luas.

7. Dari Malaysia, kami menyeru diri kami dan juga hadirin, agar kita beriltizam mengikuti jejak-jejak yang ditinggalkan oleh Syeikh sepanjang hayat beliau, agar kita tidak terkeluar dari ajaran Al-Quran dan Sunnah, dan menjadikan negara-negara kita sebagai Baldatan Toyyibatan wa Rabban Ghafura.

8. Akhir sekali, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur yang mengadakan Muktamar dan Majlis Peringatan untuk Syeikh Turabi ini. Semoga ALLAH SWT memberkati usaha mulia ini, dan menghimpunkan kita bersama Syeikh di bawah Panji Rasulullah SAW di hari yang tiada perlindunga; kecuali Perlindungan-NYA sahaja. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Last modified on Wednesday, 05 April 2017 08:32
Read 93 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Buku "Masa Depan
8 Mei 2017, Pesta Buku Kuala Lumpur 2017 (PBAKL):- Alhamdulillah. Haza Min Fadhli Rabbi. Buku "Masa ...
Wanita & Gerakan
7hb Mei 2017 (Ahad): Alhamdulillah, bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017, telah ...
ABIM Lancar Buku "Masa
1hb Mei 2017 (Isnin): Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Peluncuran Buku "Masa Depan Strategik ...
Vaksinasi MMR Untuk
ISNIN | 24 APRIL 2017 | Vaksinasi MMR Komuniti Rohingya Kuantan. Ia bertujuan mencegah dari ...
RUU 164 & Fiqh
Sesetengah kelompok menilai agama hari ini sebagai punca kepada keretaan institusi keluarga, ...
ABIM Gesa Hentikan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat penyiaran karikatur monyet menggambarkan ...
Ustaz Naim Wakili ABIM
Ucapan Penghormatan kepada Syeikh Dr. Hassan At-Turabi, di Majlis Memperingati Pemergian beliau ...
KAMAR Mula Dianjurkan Ke
1 April 2017, Kuala Terengganu; Helwa ABIM Terengganu dengan kerjasama LPPKN Negeri Terengganu ...

ABIM Negeri