ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

ABIM Sedia Bantu Atasi Ketagihan Pornografi Featured

Feb 20, 2017 Hit: 155 Written by 
ABIM Sedia Bantu Atasi Ketagihan Pornografi

PETALING JAYA: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkata peningkatan jumlah orang yang datang membina bantuan pemulihan bagi pihak keluarga mereka yang obsesi dengan pornografi, amat membimbangkan. Naib Presiden Abim Fadhlina Sidek berkata organisasi itu menerima purata 20 kes setiap bulan berhubung individu yang menghabiskan terlalu banyak masa menonton gambar dan filem pornografi.

“Kebanyakan yang bermasalah seperti itu ialah lelaki. Biasanya, isteri mereka yang akan datang minta bantuan kami. “Apa yang lebih membimbangkan ialah ada juga kes membabitkan remaja dan kanak-kanak. Kami pernah bantu seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun, itu kes membabitkan individu paling muda.

“Kes membabitkan individu paling tua ialah seorang datuk yang berusia lebih 50 tahun,” katanya. Beliau mentakrifkan “obsesi” itu sebagai penggunaan sekurang-kurangnya 15 minit sehari menonton gambar lucah. Katanya, ketaksuban terhadap pornografi boleh merosakkan individu dan keluarga mereka kerana ia cenderung menyebabkan masalah dalam perhubungan. “Bila kami ada kes, kami akan bantu individu itu menerusi kaunseling. Di Abim, kami ada pakar psikiatri, pakar perubatan dan pemimpin rohani untuk membimbing mereka,” katanya.

Fadhlina berkata beliau bimbang kerana akses kepada pornografi terlalu mudah diperoleh dan ibu bapa gagal untuk mencegah kanak-kanak memperoleh akses itu. “Kami ada rumah perlindungan untuk remaja yang hamil, menempatkan purata 15 orang pada satu masa. Bila kami tanya bagaimana mereka belajar mengenai seks, 80% mereka akan kata daripada pornografi.

“Lebih teruk lagi ialah kebanyakan mereka beritahu kami, bahan pornografi itu milik ibu bapa mereka,” katanya. Fadhlina berkata keadaan itu menunjukkan golongan muda terlalu ingin tahu mengenai seks dan sudah tiba masanya pendidikan seks diperkukuhkan. “Kita tidak sepatutnya menganggap ia sebagai topik tabu dan mengelaknya.

Bila kanak-kanak tidak dapat jawapan, mereka akan beralih ke tepat lain untuk cari jawapan dan ini termasuk pornografi,” katanya. Fadhlina berkata Abim secara giat menjalankan program pendidikan seks di seluruh negara dan peserta pada awalnya malu tetapi akan jadi lebih menerima dan menunjukkan kesungguhan untuk belajar pada sesi berikutnya. Program Abim itu termasuk topik mengenai penderaan dan gangguan seksual serta cara menangani isu itu. Kerajaan giat menyekat laman web pornografi sejak penubuhan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pada 2015, dilaporkan SKMM menyekat akses kepada lebih 1,000 laman web.

Last modified on Monday, 20 February 2017 10:10
Read 155 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

TQKA-17 Di Gua Musang
Alhamdulillah, telah berlangsung Tamrin Qiyadi Kebangsaan ABIM 2017 di Gua Musang, Kelantan pada ...
Budaya Membaca Harus
5hb September 2017 (Selasa): Alhamdulillah, Naib Presiden ABIM, Sdr. Mohd Khairul Anwar Ismail ...
Ekonomi Pesat Tumbuh,
KERAJAAN mengatakan ekonomi bertumbuh lebih daripada 5% untuk suku pertama 2017 dan situasi ini ...
ABIM Perak Komited
1hb Ogos 2017 (Selasa): Alhamdulillah, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz telah ...
ABIM & Komuniti
3hb Ogos 2017 (Khamis): Alhamdulillah, ABIM hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) ...
Menelusuri Kisah Maryam
Maryam alaihassalam, adalah seorang perawan solehah yang diangkat pengkisahannya di dalam al-Quran. ...
ABIM Gerakkan Kempen
20 Julai 2017, Kuala Lumpur:- Alhamdulillah, hari ini ABIM meneruskan momentum Kempen ...
Solidariti Untukmu, Ya
Ayahanda Buya Hamka Pernah Berpesan " sebagai umat kalau kita tidak lagi boleh membela Islam lebih ...

ABIM Negeri

Program Pendidikan
Pada 10hb hingga 12hb Ogos 2017 telah diadakan Training Of Trainer DERMAGA di Perbadanan ...
Manifesto Sekolah Masa
12 Oktober 2017, Klang , Selangor Darul Ehsan:- ABIM Selangor telah meluncurkan buku penerbitan ...
Imam Dari Australia
Kursus Intensif Imam: Bermula sejak 18 Julai 2017 sehingga 3 Ogos 2017, Abim Negeri Sembilan telah ...
ABIM Sabah Setia
Pelancaran Sambutan 35 Tahun ABIM Sabah oleh Tim. Pengerusi Syura (WAS) Negeri Sabah, En . Sunoto ...
Street Dakwah Smile ABIM
10 Jun 2017 - Program Sinar Ramadan 1438H ABIM Pahang disemarakkan dengan penganjuran Program SMILE ...