ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Presiden ABIM Tampil Sebagai Panelis Di Forum Demokrat Muslim Sedunia Featured

Nov 30, 2016 Hit: 361 Written by 
Presiden ABIM Tampil Sebagai Panelis Di Forum Demokrat Muslim Sedunia

24-25 November 2016:- Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim, telah diundang sebagai salah seorang panelis sempena persidangan antarabangsa "World Forum On Muslim Democrats" ketiga yang dianjurkan Di Sasakawa Peace Foundation, Tokyo, Jepun. Persidangan antarabangsa ini menghimpunkan para penggiat demokrasi dalam kalangan dunia Islam dengan persidangan kali ini diadakan membicarakan mengenai kepentingan menangani Islamophobia serta faham ekstremis yang mencalarkan wajah progresif Islam di pentas antarabangsa.

Muslim Demokrat merupakan satu gerakan evolusi pembaharuan politik yang semakin meraih momentum. Sejak tahun 2014, Forum Sedunia Muslim Demokrat (WFMD) yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim, B.J. Habibie, Surin Pitsuwan, Abdullah Gul, Tariq Ramadan dan pemimpin masyarakat madani telah menggariskan halatuju platform Muslim Demokrat bagi melaksanakan reformasi menyeluruh, menegakkan keadilan sosial, membanteras korupsi dan tatakelola yang baik.

Ketika mengisi slot "Capacity Building Of Civil Society In The Muslim World," Mohamad Raimi telah mengetengahkan beberapa trend terkini perkembangan gerakan masyarakat madani (Civil Society) di seluruh dunia yang semakin menagih perhatian terutama sekali ke arah menjayakan interaksi antara agama serta kaum untuk mengatasi gejala Islamophobia dan ekstremisme sejagat. Presiden ABIM juga turut berkongsi perkembangan serta pengalaman para penggiat masyarakat madani di Malaysia dalam merangsang perkembangan demokrasi dan keharmonian antara agama dan kaum di negara ini.

Presiden ABIM turut berkesempatan menemui dan berbincang perihal masa depan Asia dengan dua tokoh besar ASIA dari Thailand dan Jepun. Dr Surin Pitsuwan merupakan mantan Menteri Luar Thailand dan Setiausaha agung ASEAN. Prof Yoriko Kawaguchi pula merupakan wanita besi Jepun- mantan Menteri Alam Sekitar dan Menteri Luar Jepun. "Both are intellectually brilliant, charismatic and yet admirably humble!" seloroh Mohamad Raimi yang turut menemui para pengkaji serta penggerak masyarakat madani dari dunia Islam. Sidang ini telah dirasmikan dengan ucaptama oleh Dr Surin Pitsuwan, tokoh diplomat Muslim di peringkat antarabangsa dan ucaptama oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim (yang disampaikan menerusi surat yang dibacakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah).

Last modified on Wednesday, 30 November 2016 04:59
Read 361 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Sedia Bantu Atasi
PETALING JAYA: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkata peningkatan jumlah orang yang datang ...
Exco Penerangan ABIM
18hb Disember 2016 (Ahad): Alhamdulillah, bersesuaian dengan agenda Kebangkitan Islam Jilid 2 yang ...
Penerangan Cakna Syria
7hb Januari 2017 (Sabtu): Alhamdulillah, semalam Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim ...
Aktivis Prota Menyamar
"Bukan dilarang membuat cita-cita yang baru tetapi berfikirlah dengan wajar, yang akan datang itu ...
Mendepani Gelombang
Nukilan Oleh:- Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden ABIM 2015 / 2017 There has never been a time of ...
Sukarelawan Muda ABIM
5hb Disember 2016 (Isnin): Alhamdulillah, sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa 2016 yang disambut ...
Masyarakat Melayu Cocos
5hb Disember 2016 (Isnin): Alhamdulillah, hari ini Sekretariat ABIM Pusat menerima kunjungan hormat ...
Sempena Piala AFF Suzuki
24hb November 2016 (Khamis): Alhamdulillah, telah dijalankan Pelancaran Kempen ...

ABIM Negeri