ABIM Pusat

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tetap Relevan

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik kenyataan Kerajaan untuk menubuhkan kumpulan perbincangan yang terdiri daripada ulama’ dan ilmuwan, untuk menilai semula peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). ABIM mengharapkan peranan JAKIM dapat disegarkan; sesuai dengan fungsi badan berkenaan sebagai agensi yang menyelaras penggubalan dan penyeragaman undang-undang syarak, menyelaraskan urusan hal ehwal pentabiran dan pembangunan agama Islam.

Berdasarkan peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam sebagai Agama Persekutuan, ABIM menegaskan peranan JAKIM tetap relevan serta penting terutama sekali ke arah membentuk kefahaman Islam yang lebih menyeluruh sesuai dengan persoalan pemikiran, Fiqh serta Syariah, sosio-ekonomi dan politik pada masa akan datang.

Tanpa menafikan sumbangan serta peranan JAKIM yang cukup besar sebelum ini, ABIM merasakan badan tersebut perlu lebih kehadapan serta inklusif untuk mengangkat tema Al-Islam Rahmatun Lil 'Alamin yang bersifat lebih inklusif, dengan pelbagai pihak termasuk dengan masyarakat bukan Islam serta isu-isu sensitif. Pada masa akan datang juga, JAKIM perlu proaktif mengetengahkan perbincangan serta wacana pemikiran Islam kontemporari, untuk membentuk kefahaman yang lebih holistik dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap Islam.

ABIM serta pertubuhan-pertubuhan Islam dan para agamawan serta masyarakat -- sentiasa bersedia untuk berpartisipasi dalam proses perbincangan yang bakal diadakan kelak. Partisipasi ini adalah komitmen ABIM ke arah menggerakkan gelombang baru dakwah; dilancarkan untuk menganjak tahap keberagamaan umat, dengan bingkai Maqasid Syariah yang mengutamakan kemaslahatan rakyat dan menghindari sebarang kemudaratan.

Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Read 169 times
Rate this item
(0 votes)

Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) 2018 Featured

May 28, 2018
Hit: 186
Written by
Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) 2018
Read 186 times
Rate this item
(0 votes)

ABIM Sampaikan Sumbangan Sempena Sambutan Hari Ibu Featured

May 28, 2018
Hit: 112
Written by
ABIM Sampaikan Sumbangan Sempena Sambutan Hari Ibu

26hb Mei 2018 (Sabtu): Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah terlibat dalam penganjuran Program Nostalgia KASIH Ramadan dan Sambutan Hari Ibu Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tahun 2018. Dengan tema "Ibu Anugerah Terindah", ABIM turut menggerakkan Program World #Quran Hour di PPR Hiliran Ampang, di mana sesi bacaan Al Quran serta tadabbur Ayat 1-11 Surah An Nisa', dijalankan. Sementara itu, ABIM turut menyampaikan sumbangan kepada 20 orang ibu tunggal dan menziarahi 4 orang ibu yang terlantar sakit di PPR Hiliran Ampang tersebut. Mudah-mudahan, barangan sumbangan yang disampaikan kepada penerima meringankan beban mereka pada bulan yang penuh kesyukuran ini. Terima kasih buat semua penyumbang dan teruskan menyumbang sempena Ramadan mulia ini. #Ramadan #InfaqRamadan #ABIM ------------------------------------------- Tuan/Puan Yang Dirahmati Allah, ABIM mempelawa penyumbang yang budiman untuk turut sama menjayakan kempen infaq dan sedekah pada tahun ini. . . Sumbangan bagi Infaq Ramadhan ini akan disalurkan bagi tujuan-tujuan berikut : ?¤ Pembangunan Pendidikan dan Dakwah Kepada Non-Muslim dan Saudara Baru; ?¤ Program-program Pembangunan Sosioekonomi Keluarga para Asnaf; ?¤ Program-program Bantuan Kemanusiaan (Malaysia dan Antarabangsa); ?¤ Program-program Bimbingan Belia dan remaja Islam ; ?¤ Penerbitan buku ilmiah dan pengedaran risalah dakwah. . . Jangan lepaskan peluang berharga ini! . Sila view Page Facebook ABIM di sini: https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia/?fref=ts bagi mengikuti perkembangan kami. . . Bagaimana cara menyumbang? . Bismillah, kita mulakan : . Sumbangan atas talian boleh klik pautan berikut : >>> www.billplz.com/infaqramadhanabim >>> www.billplz.com/infaqramadhanabim >>> www.billplz.com/infaqramadhanabim . ATAU pindahan/deposit wang tunai ke akaun ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA: Bank Islam: 1402-3010-0325-27 [ Resit pengecualian cukai disediakan kepada semua penyumbang atas permintaan ] . . E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Website : www.abim.org.my . . ? MAKLUMAT PERHUBUNGAN: . No. Telefon : +60126211545 (Pn. Badriah) / +60186654256 (Pn. Aisyah) Sekretariat ABIM Pusat No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur . . Ayuh bersama menyumbang seikhlas hati, meringankan beban buat yang memerlukan, membawa amal jariah buat bekal di akhirat. . Salam tulus ikhlas dari kami, ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA Infaq Ramadhan: Dari Umat; untuk Umat.

Read 112 times
Rate this item
(0 votes)

Infaq Ramadan ABIM 2018 Featured

May 28, 2018
Hit: 283
Written by
Infaq Ramadan ABIM 2018

Bismillahirrahmaanirrahiim. Ramadan kembali bertamu, dan kami pasti ramai yang sedang pulun habis-habisan untuk meraih keberkahan dan kemuliaan pada bulan ini. Bulan yang dijanjikan Allah penuh dengan pengampunan dan pahala digandakan. . . Tuan/Puan Yang Dirahmati Allah, ABIM mempelawa penyumbang yang budiman untuk turut sama menjayakan kempen infaq dan sedekah pada tahun ini. . . Sumbangan bagi Infaq Ramadhan ini akan disalurkan bagi tujuan-tujuan berikut : . ?Pembangunan Pendidikan dan Dakwah Kepada Non-Muslim dan Saudara Baru; . ?Program-program Pembangunan Sosioekonomi Keluarga para Asnaf; . ?Program-program Bantuan Kemanusiaan (di Malaysia dan juga peringkat Antarabangsa); . ?Program-program Bimbingan Belia dan remaja Islam; . ?Penerbitan buku ilmiah dan pengedaran risalah dakwah. . . Jadilah sebahagian daripada mereka yang telah menyumbang dan bekejar-kejar pula meraih ganjaran pahala yang dijanjikan Allah berlipat kali ganda terutama pada bulan Ramadan ini. . Bagaimana cara menyumbang? . Bismillah, kita mulakan : . Sumbangan atas talian boleh klik pautan berikut : >>> www.billplz.com/infaqramadhanabim >>> www.billplz.com/infaqramadhanabim >>> www.billplz.com/infaqramadhanabim . ATAU pindahan/deposit wang tunai ke akaun ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA: . Bank Islam: 1402-3010-0325-27 . [Resit pengecualian cukai disediakan atas permintaan] . . E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Website : www.abim.org.my . . ? MAKLUMAT PERHUBUNGAN: . No. Telefon : +60126211545 (Pn. Badriah) / +60186654256 (Pn. Aisyah) . Sekretariat ABIM Pusat : No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur . Ayuh bersama menyumbang seikhlas hati, meringankan beban buat yang memerlukan, membawa amal jariah buat bekal di akhirat. . Salam tulus ikhlas dari kami, ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA Infaq Ramadhan: Dari Umat; untuk Umat.

Read 283 times
Rate this item
(1 Vote)
Pejuang Bahasa Tolak Manifesto DLP & Kembangkan Sekolah Aliran Inggeris

19hb April 2018 (Khamis): Alhamdulillah, bertempat di Dewan ABIM, Taman Cemerlang, Kuala Lumpur, telah dianjurkan Sidang Media Bantah Manifesto Dual Language Program (DLP) dan Pengembalian Sekolah Aliran Inggeris. Program DLP ini dilihat seperti menghidupkan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Dato’ Dr. Awang Sariyan, mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), menyebut bahawa kita tidak boleh terus terbelenggu dalam minda tertawan (captive mind) serta penjajahan bahasa (linguistic imperialism). Sementelah, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia menegaskan bahawa kita tidak boleh menyamakan program DLP di Malaysia dengan yang dilaksanakan di Amerika, kerana di sana, ia dijalankan dengan andaian pelajar sekolah itu belum lagi dapat memahami penjelasan ilmu sains dan matematiknya dalam bahasa bukan bahasa ibundanya.

Beliau juga menyatakan bahawa program DLP boleh menyekat perkembangan kreativiti asli (indigenous creativity) dalam kalangan para pelajar yang terlibat dalam program tersebut. Para pejuang bahasa dan pakar pendidikan kebangsaan telah berkali-kali mengemukakan saran bahawa peningkatan penguasaan bahasa Inggeris perlu digerakkan dalam kerangka dan kaedah yang strategis, bukan melalui penginggerisan sistem pendidikan negara.

Read 249 times
Rate this item
(0 votes)
Nilai & Prinsip Hidup Asas Kepada Primary Greatness

15hb April 2018: “Mereka yang mencapai kepada kejayaan yang utama (primary greatness) adalah mereka yang mempunyai nilai dan prinsip hidup yang menjadi pegangan.” Sorotan sebahagian pesanan Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden ABIM Pusat dalam Majlis Penutup PMGK Kali ke-18. Bicara soal memulakan sesuatu dengan cemerlang dan bergemerlapan seperti kata Ibn Ataillah, in sya ALLAH akan berakhir dengan cemerlang. Saban tahun, PMGK telah melahirkan ramai mahasiswa yang berperanan di menara gading yang mereka pelajari. Dengan tema “Mahasiswa BITARA: Peneraju Kebangkitan Pemuda Abad ke-21”, semoga PMGK 2018 dengan kerjasama seluruh 14 Badan Gabungan Negeri (BGN) PKPIM berjaya melahirkan para mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tapi juga sentiasa bersemangat untuk berjasa kepda umat. Tahniah kepada semua peserta yang bergraduasi hari ini dalam universiti mini ciptaan; Perkampungan Menara Gading peringkat Kebangsaan 2018 yang datang dari seluruh negara. Selamat mencorakkan kehidupan masa depan yang lebih baik mudah-mudahan. Tahniah juga kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan semua Badan Gabungan Negeri yang bersama menjayakan PMGK 18 untuk kesekian kalinya. Semoga pengalaman penganjuran yang dilalui mewujudkan keyakinan yang teguh bahawa di setiap kesulitan ada kemudahan, dan di setiap kesukaran dan jalan keluar

Read 181 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Akan Lancarkan Jelajah Daurah Usul Fiqh Ke Seluruh Sabah

11 April - Pimpinan ABIM Sabah dan Pengurusan Home Tuaran bersama-sama mengadakan kunjungan hormat kepada SS Datuk Ustaz Bungsu Aziz Bin Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Likas. Turut serta adalah Ustaz Syafiq AtTauhidi yang memaklumkan bahawa ABIM akan menerbitkan buku terjemahan Usul Fiqh bagi 4 Mazhab yang beliau telah terjemahkan dan ABIM amat berterima kasih kepada SS Mufti atas kesudian memberikan ucapan kata pengantar bagi buku tersebut. SS Mufti juga akan memberikan kerjasama untuk Abim Pusat & ABIM Sabah mengadakan jelajah daurah kitab Usul Fiqh tersebut di seluruh negeri Sabah. Malah SS Mufti amat menggalakkn lebih ramai anak muda belia untuk aktif dalam penulisan dan penterjemahan kitab-kitab turath seterusnya menyampaikan mesejnya kepada masyarakat. “Sejahterakan Malaysia Dengan Dakwah”

Read 164 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Gesa Hentikan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada projek National Register of Citizens (NRC) yang ...
Beri Peluang Pramugari
HELWA ABIM ingin menggesa pihak pengurusan Malaysian Airlines Berhad (MAB) yang merupakan syarikat ...
Peruntukan Sekolah
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada kenyataan YB Menteri Pendidikan berkaitan ...

ABIM Negeri

ABIM Gesa Hentikan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada projek National Register of Citizens (NRC) yang ...
Beri Peluang Pramugari
HELWA ABIM ingin menggesa pihak pengurusan Malaysian Airlines Berhad (MAB) yang merupakan syarikat ...
Peruntukan Sekolah
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada kenyataan YB Menteri Pendidikan berkaitan ...