ABIM Pusat

Institusi Pendidikan ABIM Perlu Melahirkan Pendakwah : Presiden

Alhamdulillah, telah berlangsung Ihtifal Majlis Ihtifal (Akademik) Kebangsaan Sekolah Rendah dan Menengah ABIM seluruh Malaysia yang berlangsung pada hari Jumaat-Ahad (16-18hb Mac 2018) di Kompleks Pendidikan Al-Hikmah, Alor Setar, Kedah. Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim telah merasmikan Majlis Penutup Ihtifal tersebut di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Melentur buluh biar dari rebungnya.

Anak-anak ini satu hari nanti akan menjadi pemimpin masyarakat dan negara, in sya Allah. Acara tahunan ini diadakan secara berselang antara bahagian akedemik dan sukan. Manakala tuan rumah pula diadakan secara bergilir antara negeri-negeri di seluruh negara. Tahun ini giliran Kedah (Alor Setar) menjadi tuan rumah. Moga membawa pengalaman membawa barakah dalam hidup semua yang terlibat.

Semoga ihtifal ini akan mengeratkan hubungan antara guru-guru, para pelajar dan ibu bapa mereka. Ihtifal ini adalah untuk meraikan komitmen kita dalam bidang pendidikan. Tahniah, anak-anak dan warga institusi pendidikan ABIM. Ayuh bangkit, terus menyerlah jauh -- dari yang biasa! ‪

----------------------------------

Read 643 times
Rate this item
(0 votes)
Sumbangan ABIM dan FGIS Diiktiraf Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

11hb Februari 2018 (Ahad): Alhamdulillah, ABIM dan FGIS menerima Anugerah Khas daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), di atas sumbangan kepada usaha-usaha memupuk perpaduan di Malaysia. Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim dan kesemua ketua badan gabungan hadir bagi menerima penghargaan secara bersama, yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan SriJoseph Kurup.

Beliau mewakili Timbalan perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang tidak dapat hadir. ABIM melalui platform YIGA (Young Interfaith Group of ABIM) akan terus konsisten dalam menggerakan agenda “Kepelbagaian Dalam Bingkai Kesatuan” ini menerusi Friendship Group for Inter-faith Services (FGIS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM); melalui penglibatan anak muda di kampus mahupun di negeri.

Read 1038 times
Rate this item
(0 votes)

Wisma Darul Hikmah ABIM Jengka Dibuka Featured

Jan 30, 2018
Hit: 806
Written by
Wisma Darul Hikmah ABIM Jengka Dibuka

28hb Januari 2018 (Ahad): Alhamdulillah, Ketua Biro Kesihatan ABIM, Dr. Zhafri Ismadi telah merasmikan Wisma Darul Hikmah, ABIM Jengka, Pahang. Beliau hadir dan mengendalikan pertemuan di antara para Alumni Tahfiz serta Aktivis ABIM dengan matlamat memberdayakan lagi gerakan WADAH-ABIM-IKATAN di kawasan Jengka.

Read 806 times
Rate this item
(0 votes)
Mendepani Trauma Psikologi Dengan Menghayati Kisah Maryam 'Alaihassalam

22hb Januari 2018 (Isnin): Alhamdulillah, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden ABIM telah memberi pengisian dalam Program Iltizam Staf kepada para petugas Sekretariat ABIM Pusat dan agensi-agensi Jamaah di Dewan Belia Islam, Taman Cemerlang, Gombak. Beliau menekankan berkenaan kepentingan menangani, mengurus dan menghadapi tekanan khususnya ketika di tempat kerja.

Kebelakangan ini, kita digegarkan dengan berita-berita malang lantaran tekanan (depression), kemurungan, kegelisahan (anxiety), dan seumpamanya, yang tak jarang meragut nyawa. Sdr. Raimi turut mengesyorkan kepada semua untuk membeli buku Psikoterapi Rabbani: Mendepani Trauma Psikologi Dengan Menghayati Kisah Maryam 'Alaihassalam, karya Dr. Fawziyah Salih al-Khulayfi dan diterjemah oleh Ustaz Mohammad Syafiq Ismail.

Naskah ini memberi kita gambaran bahawa rawatan bukan sekadar rohani & jasmani, tapi psikologi juga, terdapat di dalam alQuran, buat seluruh insan. Ini bukan buku ruqyah. Tetapi membongkar tips bagaimana menangani ujian-ujian psikologi, agar bisa bertahan dan kembali sihat seperti sediakala, melalui penghayatan kisah Maryam, ibu Nabi Isa ‘Alaihimassalam. Untuk tempahan, sila hubungi 013-3117560 atau http://www.wasap.my/+60133117560

 

Read 806 times
Rate this item
(0 votes)
Sukarelawan ABIM Redah Banjir Bantu Mereka Yang Memerlukan

7 Jan 2018 - Misi Bantuan Banjir 2018 Abim Pahang digerakkan untuk misi ke-2 di Kampung Pasir Panjang, Pekan. Misi bantuan kali ini turut disertai oleh Abim Pusat dan Global Peace Malaysia (GPM) yang diketuai oleh Sdr. Syahrir Azfar Al-Halabi II (Setiausaha Kewangan ABIM Pusat).

Selain itu, misi kali ini digerakkan bersama Ikatan Pelajar Islam Pahang, Mra Pahang Chapter, Kelab Perkim Kuipsas Rasmi, JKKK Pasir Panjang, Guru Besar dan guru-guru SK Pasir Panjang, wakil PPD Pekan, Jabatan Bomba, DRB-Hicom University dan Pasukan Pengakap SMK Seri Pekan.

Misi dimulakan dengan membersihkan SK Pasir Panjang selepas semua penduduk terjejas banjir pulang ke rumah. Sekolah perlu dibersihkan supaya boleh dibuka untuk sesi persekolahan. Selepas selesai membersih sekolah, misi bantuan diteruskan dengan ziarah dari rumah ke rumah untuk menyantuni penduduk terjejas banjir terutama warga emas dan terlantar sakit.

Read 630 times
Rate this item
(0 votes)

Filem "Buang" Didik Kepentingan Mengundi Featured

Jan 22, 2018
Hit: 712
Written by
Filem "Buang" Didik Kepentingan Mengundi
Read 712 times
Rate this item
(0 votes)
Baitul Maqdis: Presiden ABIM Seru Dunia Bangkit Menentang Kezaliman Rejim Zionis Dan Sekutunya!

15hb Disember 2017: Alhamdulillah, bersama barakah hari Jumaat, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim bersama pimpinan dan aktivis ABIM telah turut serta dalam “Himpunan Intifada Baitul Maqdis: Keadilan Untuk Palestin” di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

ABIM percaya bahawa tindakan biadab dan kurang ajar Donald Trump yang mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara haram Zionis-Israel, akan membawa kesan berbahaya dan buruk terhadap kestabilan dan keselamatan rantau ini. Tindakan dangkal ini juga berkemungkinan menyuburkan lagi unsur-unsur dan kegiatan keganasan serta ekstremisme yang memusnahkan.

Kekejaman dan kezaliman berterusan rejim Zionis-Israel dan pentadbiran Trump terhadap rakyat Palestin, perlu dikecam, dikutuk dan ditentang dengan apa jua cara. Amatlah jelas dan nyata, rakyat Palestin sudah terlalu lama dipinggirkan tanpa pembelaan sewajarnya. Kehidupan mereka berterusan dhaif dan derita dalam banyak perkara. Pidato Presiden ABIM ketika Himpunan tersebut boleh ditonton di sini:- 

 

Read 670 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

P.E.R.U.B.A.H.A.N
ramailah yang membincangkan tentang P.E.R.U.B.A.H.A.N. Saya belajar dari Dr Zainab Alwani, untuk ...
Menangani Gelombang
Oleh:- Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) “We cannot get away ...
Feminisme Talbiah :
Disediakan oleh Raja Nurul Balqis Raja Mohd Ariff Wanita Dalam Karya. Pernah dengar teori ...
Bahasa Jiwa Bangsa! Para
3 hb April 2019: Allhamdulillah, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz telah ...
Kisah Subra & ABIM
Tersenyum kami sejak Subra datang ke ABIM. Saja nak kongsikan kisah Subra dan macam mana Subra ...
Tamrin Qiyadiy
Syukur alhamdulillah, telah berlangsung Tamrin Qiyadi (Latihan Kepimpinan) Kebangsaan ABIM (TQK) ...
Bunga Raya-Fern Leaf
Ummu Noura Ummu Sofea It was not pre-arranged. It was a coincidence. My very intention ...
Hibiscus-Fern Leaf
At the solidarity event organized by Abim Pusat & FGIS - Friendship Group to express support to ...

ABIM Negeri

P.E.R.U.B.A.H.A.N
ramailah yang membincangkan tentang P.E.R.U.B.A.H.A.N. Saya belajar dari Dr Zainab Alwani, untuk ...
Menangani Gelombang
Oleh:- Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) “We cannot get away ...
Feminisme Talbiah :
Disediakan oleh Raja Nurul Balqis Raja Mohd Ariff Wanita Dalam Karya. Pernah dengar teori ...
Bahasa Jiwa Bangsa! Para
3 hb April 2019: Allhamdulillah, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz telah ...
Kisah Subra & ABIM
Tersenyum kami sejak Subra datang ke ABIM. Saja nak kongsikan kisah Subra dan macam mana Subra ...
Tamrin Qiyadiy
Syukur alhamdulillah, telah berlangsung Tamrin Qiyadi (Latihan Kepimpinan) Kebangsaan ABIM (TQK) ...
Bunga Raya-Fern Leaf
Ummu Noura Ummu Sofea It was not pre-arranged. It was a coincidence. My very intention ...
Hibiscus-Fern Leaf
At the solidarity event organized by Abim Pusat & FGIS - Friendship Group to express support to ...