ABIM Pusat

Street Dakwah Ketengah Kemurnian Amalan Kewangan Islam & Keburukan Riba'

11 Mei 2016, Port Dickson;- ABIM Negeri Sembilan dengan kerjasama Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM pelajar Fiqh dan Fatwa Tahun 3 berjaya menganjurkan program dakwah jalanan kemurnian amalan kewangan Islam di samping mengetengahkan kesedaran mengenai riba.Inisiatif pelajar Fiqh dan Fatwa Tahun 3 USIM.

Dakwah Jalanan Mengenai Larangan Riba di Pantai Teluk Kemang Port Dickson sebagai salah satu aktiviti pembelajaran subjek kewangan Islam. Selalu menekankan kepada pelajar untuk menyampaikan ilmu dan berkongsi pengetahuan dengan masyarakat. Terima kasih USIM al Naqiy BIMB Affin Islamic ABIMN9 dan semua yang terlibat menjayakan program ini. Moga diterima sebagai amal soleh.

Program dakwah jalanan ini dimulakan dengan kata alu-aluan oleh PM Dr. Zulkifli Hasan dan juga semua wakil penaja. Kemudian ia diteruskan dengan dakwah secara langsung terhadap pengunjung, flashmob, ceramah jemputan khas oleh daei Fuad, permainan kanak-kanak, sesi soal jawab agama, edaran brosur dan banyak lagi. Program berakhir pada jam 2.30 pm.

Read 216 times
Rate this item
(0 votes)
Madrasah Tarbiyyah Kampung Bandar Dalam Banyak Berjasa Kepada Umat

8 Mei 2016, Kampung Bandar Dalam, Kuala Lumpur:- ABIM bersama masyarakat Kampung Bandar Dalam, ahli kariah Madrasah Tarbiyah dan anak-anak kariah dari pasukan "Padu United" Sabtu lalu dalam membersih serta menceriakan Madrasah Tarbiah yang sekian lama berjasa kepada masyarakat marhein. Alhamdulillah turut sama menjayakan program ini kumpulan dari tokoh pejuang bahasa Shamsudin Osman pak Kassim Muhamad Hasni Abas Dato Tarmizi Mohd Jam dll. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakannya khususnya Ketua Kampung Bung Ishak (Tuan Haji Ishak Bin Surin), dan AJK Madrasah. Semoga kita terus bersama mengangkat martabat umat dan rakyat marhein.

Read 233 times
Rate this item
(0 votes)
Dalam Dakwah Kita Tidak Boleh Hanya Melarang! :- Pak Misbach

“Tatkala kita mengaku ‘Ana Muslim’ (Saya Seorang Muslim), ada dua risiko (dan tanggungjawab) yang perlu kita santuni. Pertama; tanggungjawab dalam kalimah itu: bebanan yang sangat besar. Keduanya; musuh Islam pasti takkan diam.” “Dalam berjuang itu yang diperlukan ialah kualiti. Kita tidak boleh hanya melarang, tetapi memberikan alternatif dan jalan keluar.” “Menanam padi semua orang bisa. Tapi untuk memagari juga melindungi padi hingga dituai itu tidak; mudah. Sama juga dengan mendidik anak. Pembelaan akhir itu yang paling penting.” “Mobilisasi orang harus ada. Dewan Da’wah menyedarkan orang secara ilmiah. Kita tidak boleh jadi penakut. Jangan jadi kambing, harus jadi harimau!” 3hb Mei 2016: Demikianlah antara perkongsian yang dibuat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Drs. H. Misbach Malim, wakil Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia. Beliau yang juga merupakan bekas Setiausaha kepada Almarhum Pak Natsir ‘Si Hati Nurani Umat’; hari ini melakukan kunjungan hormat ke Sekretariat ABIM Pusat (SAP) di Taman Cemerlang, Gombak. Turut meraikan beliau ialah Presiden Abim Pusat, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim, Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (AJKP) ABIM Pusat serta para kakitangan SAP. Sdr. Raimi turut menghadiahkan majalah terbaharu terbitan ABIM -- PANJI kepada Pak Misbach. Semoga banyak manfaatnya kunjungan ini, dalam mempererat hubungan strategik dua hala antara ABIM dan Dewan Da’wah tersebut. Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!

Read 176 times
Rate this item
(0 votes)
Aktivis Muda ABIM Negeri Sembilan Juara Tilawah Al-Qur'an Asia Tenggara.

4 Mei 2016, Bangkok, Thailand:-Seluruh warga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat saudara Muhamad Husaini Mahmur kerana dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat ASEAN di Bangkok, Thailand. Beliau adalah aktivis muda ABIM Abim Negeri Sembilan yang giat berdakwah menerusi cabang kesenian seperti qasidah di samping menjadi sukarelawan dakwah ke Pulau Kokos, Australia, pada tahun 2014. Beliau yang merupakan pemenang tempat ketiga pada Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun Ini.

Read 247 times
Rate this item
(0 votes)
Presiden ABIM Di Temu Ramah Agensi Berita NHK Jepun

28 Mac 2016, Kuala Lumpur:- Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim, menerima kunjungan daripada agensi berita dari Jepun, NHK, di Sekretariat ABIM Pusat (SAP). Disusuli dengan sessi temuramah bersama Presiden, yang antara lain membicarakan mengenai kesan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) terhadap masa depan negara ini terutama sekali dalam aspek sosio-ekonomi.

Read 174 times
Rate this item
(0 votes)

Karnival Pendidikan Tinggi ABIM Di Sik Featured

Apr 23, 2016
Hit: 171
Written by
Karnival Pendidikan Tinggi ABIM Di Sik

30 Mac 2016, Sik:- Sekitar Karnival Pendidikan Tinggi, Kerjaya, Teknologi dan Sains di Sekolah Menengah Agama Sik. Karnival ini dianjurkan bersama oleh ABIM Daerah Sik dan Majlis Belia Sik.

 

Read 171 times
Rate this item
(0 votes)
Aktivis Muda ABIM Sertai Persidangan Pemimpin Muda Islam OIC Di Istanbul

Alhamdulillah, salah seorang aktivis muda HELWA ABIM, Wan Fadhilah Wan Ibrahim telah menyertai Organisation of Islamic Cooperation (OIC) Young Leaders Summit di Istanbul sepanjang 11-13 April 2016 yang dianjurkan bersama ICYF-DC. "Betapa negara-negara OIC yang lain begitu mengambil berat untuk sama-sama mempertingkatkan kerjasama antara negara Islam dan meningkatkan pimpinan generasi belia. Sekarang inilah waktunya masa yang sesuai untuk belia bergerak lebih aktif dan menonjolkan diri walau di mana sahaja," jelas Wan Fadhilah yang bertugas di agensi kemanusiaan Global Peace Mission (GPM) Wakil kami sempat juga bertemu pelajar Malaysia dan "merasai" pengalaman menjadi pelajar di Turki. Wan Fadhilah serta delegasi Malaysia juga berkesempatan menemui pelarian Syria yang kebanyakan mereka banyak berkumpul di Mesjid Fatih.

Read 250 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Buku "Masa Depan
8 Mei 2017, Pesta Buku Kuala Lumpur 2017 (PBAKL):- Alhamdulillah. Haza Min Fadhli Rabbi. Buku "Masa ...
Wanita & Gerakan
7hb Mei 2017 (Ahad): Alhamdulillah, bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017, telah ...
ABIM Lancar Buku "Masa
1hb Mei 2017 (Isnin): Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Peluncuran Buku "Masa Depan Strategik ...
Vaksinasi MMR Untuk
ISNIN | 24 APRIL 2017 | Vaksinasi MMR Komuniti Rohingya Kuantan. Ia bertujuan mencegah dari ...
RUU 164 & Fiqh
Sesetengah kelompok menilai agama hari ini sebagai punca kepada keretaan institusi keluarga, ...
ABIM Gesa Hentikan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat penyiaran karikatur monyet menggambarkan ...
Ustaz Naim Wakili ABIM
Ucapan Penghormatan kepada Syeikh Dr. Hassan At-Turabi, di Majlis Memperingati Pemergian beliau ...
KAMAR Mula Dianjurkan Ke
1 April 2017, Kuala Terengganu; Helwa ABIM Terengganu dengan kerjasama LPPKN Negeri Terengganu ...

ABIM Negeri

Buku "Masa Depan
8 Mei 2017, Pesta Buku Kuala Lumpur 2017 (PBAKL):- Alhamdulillah. Haza Min Fadhli Rabbi. Buku "Masa ...
Wanita & Gerakan
7hb Mei 2017 (Ahad): Alhamdulillah, bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017, telah ...
ABIM Lancar Buku "Masa
1hb Mei 2017 (Isnin): Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Peluncuran Buku "Masa Depan Strategik ...
Vaksinasi MMR Untuk
ISNIN | 24 APRIL 2017 | Vaksinasi MMR Komuniti Rohingya Kuantan. Ia bertujuan mencegah dari ...
RUU 164 & Fiqh
Sesetengah kelompok menilai agama hari ini sebagai punca kepada keretaan institusi keluarga, ...
ABIM Gesa Hentikan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat penyiaran karikatur monyet menggambarkan ...
Ustaz Naim Wakili ABIM
Ucapan Penghormatan kepada Syeikh Dr. Hassan At-Turabi, di Majlis Memperingati Pemergian beliau ...
KAMAR Mula Dianjurkan Ke
1 April 2017, Kuala Terengganu; Helwa ABIM Terengganu dengan kerjasama LPPKN Negeri Terengganu ...