ABIM Pusat

ABIM Hadiri Seminar Risalah An-Nur & Bediuzzaman Said Nursi

27 Mei 2012 - Exco Undang-undang ABIM, Saudara Khairul Anwar Ismail sedang menghadiri  Simposium Antarabangsa Bediuzzaman Said Nursi & Risalah an-Nur kali ke-5 di Ankara, Turki. Seminar ini diadakan untuk menghayati ibrah di sebalik perjuangan Bediuzzaman Said Nursi serta karya agungnya, Risalah An-Nur.

Apa yang menarik sempena dengan seminar ini ialah penganjur telah berbesar hati menjemput Ahmad Azam Ab Rahman (Presiden ABIM 1997-2005) untuk turut sama memberikan ucapan aluan setelah majlis dirasmikan oleh Huseyin Celik, Timbalan Pengerusi AK Parti yang mewakili Perdana Menteri Turki; Recep Tayyib Erdogan.

Read 1294 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Terima Kunjungan Pemerintah Kota Gorontalo Indonesia

25 Mei 2012:-Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menerima kunjungan Badan Pemuda Remaja Masjid Indonesia serta wakil dari Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Kota Gorontalo Sulawesi Utara, di Kolej Dar Al-Hikmah pada 25 Mei yang lalu

Dalam lawatan yang disertai wakil walikota Gorontalo, kedua-dua pihak berpeluang berkongsi-kongsi pengalaman berhubung isu pembangunan belia serta pendidikan di kedua-dua negara. Naib Presiden Antarabangsa ABIM, Jufitri Joha serta Setiausaha Agung ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim telah menyambut delegasi ini serta memberikan penerangan ringkas mengenai sejarah serta gerak kerja ABIM. Delegasi turut berkesempatan mengadakan dialog dengan Tuan Haji Mahyuddin Ashaari selaku pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) ABIM, berkenaan dengan sejarah serta pencapaian YTP yang menguruskan rangkaian Taski, SERI, dan SEMI ABIM di seluruh negara.

Read 1049 times
Rate this item
(0 votes)
Waspada Jerat Cinta Muka Buku!: Fadhlina Siddiq

21 Mei 2012 - Naib Presiden HELWA ABIM, Puan Fadhlina Dato’ Dr Siddiq telah dijemput selaku salah seorang panelis untuk mengisi slot Forum Perdana: Cinta Muka Buku Realiti atau Fantasi pada 16 Mei yang lalu. Forum ini dianjurkan sempena Karnival Mesra Belia Peringkat Negeri Melaka, yang merupakan rentetan daripada penganjuran Hari Belia Kebangsaan pada ketika ini.

Selaku panelis, Puan Fadhlina menasihatkan agar memanfaatkan perkembangan teknologi maklumat selaku medium dakwah dan interaksi pertukaran maklumat antara satu sama lain.

Read 1535 times
Rate this item
(1 Vote)
ABIM Kendali Latihan Dakwah Lapangan

18-20 Mei 2012 - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan program latihan sukarelawan muda ABIM di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Sepanjang program latihan, para sukarelawan muda ABIM didedahkan dengan pengalaman sebenar bergaul dengan pelbagai jenis golongan masyarakat seperti mana yang diakui sendiri oleh salah seorang sukarelawan muda ABIM:.

sudah tercatat satu lagi dalam diari hidup saya..pengalaman dakwah yang REAL! bertemu secara langsung gelandangan di sekitar kuala Lumpur dimana latar hidup mereka pernah menjadi pekerja seks,penagih dadah dan bekas banduan,begitu indah rasanya penerimaan mereka setelah kami hadir sebagai "keluarga" mereka dikala masyarakat memandang mereka dengan pandangan yang jijik..insyaAllah saya akan mempertingkatkan skill saya untuk menjadi aktivis yang bukan sahaja tahu berusrah dan bertamrin tetapi sanggup berkorban untuk lapangan "jalanan" bersama golongan yang bekeperluan.."

Read 1334 times
Rate this item
(1 Vote)
Etika Kewartawanan Luhur Jamin Masa Depan Media Arus Perdana

19 Mei 2012 - Kegagalan mematuhi etika kewartawanan yang luhur akan hanya menjejaskan masa depan media arus perdana di negara ini. Begitulah antara garapan yang dikemukakan para panelis Seminar Etika Kewartawanan dan Masa Depan Media Arus Perdana di Kajang sebentar tadi. Para panelis Datuk Abdul Jalil Ali, Fathi Aris Omar serta Ahmad Lutfi Othman telah mengetengahkan pelbagai sisi berbeza berhubung etika kewartawanan di negara ini. Antara sisi tersebut ialah hakikat bahawa para pengamal media terikat dengan situasi persaingan di antara mereka yang dibayangi kengkangan komersial mahupun politik.

Read 52378 times
Rate this item
(1 Vote)
Mini Karnival Gaya Hidup Sihat Bersama Masyarakat Kampung Selayang Indah

29 April 2012:- Angkatan Belia Islam (ABIM) dengan kerjasama JKKK KG Selayang Indah, Kumpulan Perangsang Selangor, Pusat Aktiviti Kokorikulum UIAM dan Hospital Al-Islam telah menganjurkan Mini Karnival Gaya Hidup Sihat yang diadakan di perkarangan Surau Al-Hidayah Kg Selayang Indah. Mini Karnival Gaya Hidup Sihat ini turut memperlihatkan kerjasama erat antara pihak ABIM dan pelajar-pelajar UIAM.

Read 2533 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Terus Agih
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
COVID-19: ABIM Seru Umat
SERUAN MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakātuh. Di saat ...
Manusia, Kekayaan dan
Oleh:-  Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...
Jadilah Wanita Istimewa
   Oleh: Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...

ABIM Negeri

ABIM Terus Agih
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
COVID-19: ABIM Seru Umat
SERUAN MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakātuh. Di saat ...
Manusia, Kekayaan dan
Oleh:-  Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...
Jadilah Wanita Istimewa
   Oleh: Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...
Year 2020: Charting the
DMC Firewall is a Joomla Security extension!