ABIM Pusat

ABIM Buat Kunjungan Hormat Ke Atas YB Khairy Jamaluddin

23 Januari 2014 - Delegasi ABIM telah membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Belia & Sukan (KBS). Delegasi ABIM ini diketuai oleh Presiden, Amidi Abdul Manan, banyak membicarakan mengenai situasi semasa sosio ekonomi di kalangan generasi muda. Antara perkara adalah mengadakan syarahan umum belia persis ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi Menteri Belia menganjurkan syarahan bersama Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi. Kali ini kami mencadangkan syarahan bersama anak murid Prof. Dr Yusuf al- Qaradhawi iaitu Dr. Jasser Auda bertajuk 'Maqasid for Youth' untuk mencerahkan belia Islam akan kerahmatan dan keluasan Islam. Program ini disambut baik atas dasar menyuburkan budaya ilmu dan pemikiran tinggi, InsyaAllah pada bulan 5 sempena Hari Belia Negara.

Read 1488 times
Rate this item
(4 votes)

HELWA ABIM Anjur "Seanggun Bidadari"

Jan 16, 2014
Hit: 1251
Written by
HELWA ABIM Anjur "Seanggun Bidadari"

Seanggun Bidadari bersama penggerak ABIM Wanita hari ini. Sesi sedang berlangsung. Sedang membincangkan mengapa sesebuah mesej dakwah tidak diterima oleh pendengar dan apa solusi yang boleh dilakukan. Bengkel Pemantapan Imej Berpengaruh Pendakwah.KAMAR . penuh signifikan kepada penggerak HELWA. TOT ini sememangnya menzahirkan rasa hati yang paling dalam. mengenali setiap seorang dari anda adalah satu rahmat. tahniah buat diri sendiri dan semua sahabat. syukran jazilan buat 2 penceramah hebat puan Muna Fadzil dan prof along Nur Udzir.

Read 1251 times
Rate this item
(0 votes)
Rasulullah S.A.W Pejuangkan Keadilan Sosial:-Presiden ABIM

14hb Januari 2014:-Satu forum telah dianjurkan oleh National Oversight & Whistleblowers (NOW) dengan tajuk “Hidup Melampaui Kemampuan: Perspektif Undang-Undang”. Forum ini telah dijalankan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur (KLSCAH). Moderator untuk forum ini ialah Pengarah Eksekutif NOW, YB Rafizi Ramli menakala ahli-ahli panelnya adalah Saudara Haji Amidi Dato’ Abdul Manan (Presiden ABIM); Dato’ Akhbar Satar (Presiden TI Malaysia); YB N. Surendran (Ahli Parlimen) dan Saudara Richard Wee (Setiausaha Majlis Peguam). Menjawab soalan yang diutarakan oleh moderator, Saudara Amidi menyatakan bahawa sejelasnya, rakyat cukup mengambil berat terhadap gejala rasuah yang berlaku dalam negara kita.

Read 989 times
Rate this item
(0 votes)
Back To School: ABIM Raikan Anak Yatim Sempena Cuti Sekolah

17 Disember 2013:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),Infaq Saya dan Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, telah meraikan warga anak yatim dari, Rumah Pengasih Warga Prihatin dan Warga Asnaf sekitar daerah Gombak, sempena progam Back To School di Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Read 1369 times
Rate this item
(2 votes)
Presiden ABIM Ketua Misi Pasca Banjir Di Pahang

15 Disember 2013:-(Kuantan) Kerja pembersihan di Sungai Isap Murni, membantu rumah seorang warga emas yang mempunyai masalah kesihatan. SUKAR untuk mengemas rumah yang dinaiki air hampir 4 ke 5 kaki di rumahnya. Hampir semua barang rumahnya rosak. Presiden Abim, Amidi Abd Manan turut bersama dilapangan.

Read 1335 times
Rate this item
(3 votes)
ABIM Gerakkan Misi Pasca Banjir Di Kemaman Terengganu

14 Disember 2013:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menerusi tim sukarelawan Active-FAST Center telah ke Kampung Mat Lagam, Kemaman Terengganu pada hari ini. Misi ini merupakan sebahagian daripada misi pasca banjir yang dilancarkan ABIM mulai 13 Disember (Jumaat) sehingga 15 Disember (Ahad) 2013. Sepanjang di Kampung ini, misi ini telah mengagihkan 50 pek makanan untuk diberikan kepada mangsa banjir di sana.

Read 1193 times
Rate this item
(1 Vote)
Kedutaan Myanmar Biadap! NGO-NGO Gesa Boikot Sukan SEA Di Myanmar!

29 November 2013:- Naib Presiden ABIM, Mohamad Raimi Abd Rahim telah menghadiri sidang media dengan barisan NGO-NGO Islam yang diketuai Cikgu Azmi Abd Hamid mengutuk keganasan terhadap rohingya dan kebisuan kerajaan myanmar untuk mengekang puak ekstremis ke atas umat Islam di Rakhine, Myanmar. Delegasi tersebut telah menerima layanan tidak baik daripada pegawai kedutaan Myanmar apabila mereka enggan keluar untuk menyambut memorandum yang dikemukakan. "Penerimaan Memorandum paling tidak terhormat pernah dilakukan oleh mana-mana kedutaan asing di Malaysia," jelas Mohamad Raimi kepada Media ABIM.

Read 1150 times
Rate this item
(1 Vote)

Berita ABIM

SELAMAT HARI DOKTOR
  10 OKTOBER: ABIM UCAP SELAMAT HARI DOKTOR SEMALAYSIA. Angkatan Belia Islam Malaysia ...
Hormati Hak Orang Kurang
  BELAJARLAH MENGHORMATI HAK ORANG KURANG UPAYA1. Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah ...
The Dalai Lama Will Be
  The forum will discuss on “Compassion & Mercy As The Common Values Between Islam & ...

ABIM Negeri

SELAMAT HARI DOKTOR
  10 OKTOBER: ABIM UCAP SELAMAT HARI DOKTOR SEMALAYSIA. Angkatan Belia Islam Malaysia ...
Hormati Hak Orang Kurang
  BELAJARLAH MENGHORMATI HAK ORANG KURANG UPAYA1. Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah ...
The Dalai Lama Will Be
  The forum will discuss on “Compassion & Mercy As The Common Values Between Islam & ...
Solidarity With The
Supervised Visit To
DMC Firewall is a Joomla Security extension!