ABIM Pusat

Stop Persecuting the Uyghur Communities: Recognize their Freedom of Religion and Rights to Live

We, the undersigned organisations wish to affirm the fundamental rights of every human being to the right to life and the freedom of religion and belief. This affirmation is recognised in the charters, declarations and covenants of the international community. Specifically, we affirm Article 6.3 of the Asian Human Rights Charter which states that “the freedom of religion and conscience is particularly important in Asia where most people are deeply religious; many find their primary identity in religion”. The article together with other express provisions in other International Conventions of Human Rights are the necessary rights and conditions that serve to protect every human life and interest and make this world a better place to live in.

On this day 5 July 2019, as the world commemorates the 10th anniversary of the July 5th 2009 Urumqi Massacre, we wish to highlight the critical situation of human rights abuses of the Uyghur people and many other minority groups across the Xinjiang (East Turkestan) area. We note that the human rights violations of the Uyghurs people and their respective communities have increased significantly resulting in the rapid deterioration of the welfare and wellbeing of the Uyghur people.

In February 2019, the United Nations Human Rights Council released a report which documented Chinese authorities as having detained people without the due process of the law and placed them in “political education” camps for their perceived disloyalty to the government. It is reported that detainees in these camps are subjected to force political indoctrination, renunciation of their faith, mistreatment, and in some cases torture. Such acts could certainly be deemed as persecution on the basis of one’s faith and religion. It is contemptuous and should never be tolerated. In recent months, other UN officials, human rights organizations, and independent journalists have also supported such findings.

There are also restrictive legislation, suppression of the highest order and repressive policies in placed which the Uyghurs people routinely find themselves subjected to. Uyghurs are not allowed to peacefully practice their religion, to speak or move freely or even to be to be educated in their native language. This is all the worst when many Uyghurs are arbitrarily detained, confined in “political re-education” camps or made to disappear while in custody of Chinese authorities. These are grave human rights violations on the right to life and freedom of religion and belief.

For these reasons, we, the undersigned organisations strongly urge and demand the Chinese government to do as follows:

Read 647 times
Rate this item
(0 votes)
Berdakwahlah Dengan Hikmah Dan Hemah, Bukan Paksa Dan Marah.

Oleh: Zairudin Hashim, Penolong Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Berdakwah merupakan tanggungjawab setiap Muslim. Hal ini dinyatakan dengan jelas dalam Surah Ali Imran (Ayat 110), “Kalian adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah SWT.” Namun, penting juga untuk difahami bahawa dakwah sangat memerlukan kelembutan serta kebijaksanaan, sebagaimana yang disebut dalam Surah An-Nahl (Ayat 125), “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan telunjuk yang baik dan ajarlah mereka dengan cara yang baik.”

Kelembutan itu indah, sedangkan hilangnya kelembutan membuatkan sesuatu perkara menjadi tidak lagi indah. Rasulullah SAW mendidik kita untuk berdakwah dengan begitu indah. Baginda tidak pernah memaksa mana-mana orang bukan Islam untuk masuk ke dalam agama Islam. Sebaliknya, Baginda menarik mereka kepada Islam dengan menzahirkan kasih sayang serta kebaikan kepada mereka. Hal inilah yang menyentuh jiwa mereka, tatkala melihat keindahan Islam seterusnya mahu mendekati dan mengenali agama tersebut.

Hari ini, ramai yang menolak dakwah Islam kerana didakwah dengan paksaan serta marah-marah. Kita mesti memikir serta memahami emosi serta sensitiviti golongan yang ingin didakwah, memandangkan mereka juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Sejelasnya, keberhasilan dakwah sangat sangat bergantung kepada penggunan bahasa dakwah yang tepat, jitu, efektif serta berkualiti untuk mencapai sasaran seterusnya mempunyai pengaruh terhadap hati dan akal fikiran. Dakwah yang berkesan juga berlegar di sekitar pemikiran yang rasional, sistematik, harmonis, serta berstrategi. Para pendakwah perlu menggunakan kata-kata yang memberi penerangan tentang manfaat atau bahaya sesuatu perkara, tanpa menggunakan bahasa yang kasar atau kesat.

Read 1369 times
Rate this item
(1 Vote)

ABIM Jalin Semula Hubungan Dengan Rakyat Bosnia Featured

Jun 27, 2019
Hit: 730
Written by
ABIM Jalin Semula Hubungan Dengan Rakyat Bosnia

21hb Jun 2019 (Jumaat): Alhamdulillah, Sekretariat ABIM Pusat (SAP) telah menerima kunjungan daripada Waqaf Bosnia dan Badan Masyarakat Madani (CSO) kemanusiaan dari Bosnia and Herzegovina, International Forum of Solidarity-Emmaus (IFS-Emmaus). ABIM turut mengiringi delegasi Bosnia ini sepanjang lawatan mereka ke Malaysia bermula 17hb Jun – 22hb Jun 2019.

Mereka kini dalam siri lawatan kali pertama ke Malaysia untuk bertemu dan membina ruang kerjasama terutama dalam bidang kemanusiaan. ABIM dan agensi kemanusiaannya, Global Peace Mission (GPM) Malaysia seterusnya menandatangani MOU persefahaman, melantik GPM sebagai rakan kerjasama lapangan di kedua-dua negara.

Objektif bagi MOU dalam menyelaraskan dan kerjasama dalam penyampaian bantuan dan pengendalian projek kemanusiaan. Hadir sama adalah Dr. Emir Hadžikadunić (Duta Besar Bosnia) serta Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim (Presiden ABIM). Kedua-duanya merupakan alumni Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM).

Di Malaysia, ABIM ialah antara pertubuhan terawal yang membangkitkan keprihatinan masyarakat dan kerajaan persekutuan terhadap nasib yang menimpa masyarakat Bosnia. Pada Jun 1992, ‘Tabung Bosnia’ dilancarkan dengan kerjasama Berita Harian dan Utusan Malaysia.

Sumbangan kewangan dan perubatan berkenaan ialah petanda sokongan moral rakyat Malaysia terhadap penderitaan masyarakat Bosnia ketika itu.

ABIM telah terlibat secara langsung membangunkan belia Bosnia sewaktu dan selepas perang meletus di negara tersebut. Ramai pelarian Bosnia bersekolah di Sekolah Bosnia ABIM di Bangi dan UIAM.

Read 730 times
Rate this item
(0 votes)
Krisis Kemerosotan Institusi Politik Dan Kepercayaan Sejagat

 Oleh Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

"Sistem politik moden berasaskan tiga paksi utama, iaitu sebuah negara yang moden, undang-undang yang berdaulat dan kebertanggungjawaban demokrasi. Negara berperanan untuk mengumpul dan menggunakan kuasa, manakala undang-undang dan kebertanggungjawaban bertujuan untuk mengawal dan menyalurkan kuasa. Jika paksinya tidak seimbang dan condong ke mana-mana arah, sesebuah negara akan terjerumus sama ada ke dalam pemerintahan diktator atau menjadi sebuah kerajaan yang lemah atau, paling teruk, kerajaan yang gagal. Sistem politik kerajaan patrimonial atau neopatrimonial yang pemerintahnya menganggap negara sebagai harta persendirian untuk mereka meraih keuntungan peribadi wujud di mana-mana di seluruh dunia yang sedang membangun ini. Malah, ia merupakan salah satu punca utama kemunduran dan kemiskinan" (Francis Fukuyama, 2014:550)

Seperti yang diamati oleh Francis Fukuyama dalam karyanya Political Order and Political Decay: From the Industrial Revolution to the Globalization of Democracy, dunia hari ini sedang mengalami kemerosotan politik (political decay) yang bercirikan dua elemen penting, iaitu ketegaran institusi (institutional rigidity) dan penguasaan kelompok elit dalam aspek kepimpinan (capture of the state by elites).

Akibat dari itu, tiga elemen tonggak yang mendukung dan menentukan kejayaan demokrasi dalam tatacara negara moden, iaitu kerajaan, kedaulatan undang-undang dan akauntabiliti menjadi semakin tegar di negara maju, manakala terus merosot integritinya di negara membangun. Institusi asasi yang sepatutnya mewakili suara dan kepentingan rakyat dalam sistem demokrasi sebaliknya lebih cenderung mewakili suara dan menjaga kepentingan sekelompok elit penguasa yang rakus memanipulasi institusi pseudo-demokratik untuk kepentingan sendiri.

Rumusan Fukuyama ini diperkukuhkan lagi oleh Larry Diamond melalui artikel beliau “Democracy in Decline” (Foreign Affairs, edisi Julai-Ogos 2016) dan dalam buku terbarunya In Search of Democracy (2016). Beliau menyimpulkan bahawa punca utama kepada kemerosotan tahap demokrasi dan kebebasan secara mendadak sejak 2006 disebabkan oleh “…weak rule of law and the abuse of power by ruling executives who originally came to office via competitive democratic elections”.

Natijah kepada kemerosotan politik (political decay) telah menyumbang kepada satu trend global yang utama, iaitu peningkatan krisis kepercayaan dalam kalangan rakyat. Laporan strategik Outlook on the Global Agenda (2015), telah menyenaraikan krisis kepimpinan (lack of leadership) sebagai salah satu trend utama dalam senarai 10 trend utama global. 86% peratus daripada responden kaji selidik laporan bersetuju bahawa dunia hari ini sedang mengalami krisis kepimpinan.

Kegagalan pemimpin negara menangani isu-isu domestik dan kebuntuan dalam menyelesaikan isu global seperti konflik Timur Tengah, ISIS, krisis pelarian Syria, pencemaran alam sekitar dan pemanasan global tambah mengesahkan krisis keyakinan ini. Tambah mengukuhkan, laporan Elderman Barometer Trust 2016 yang mengukur tahap kepercayaan di 28 buah negara merumuskan bahawa tahap kepercayaan umum rakyat kepada institusi kerajaan berada di tahap paling rendah berbanding dengan tiga institusi lain, iaitu badan bukan kerajaan (NGO), dunia perniagaan dan media.

 

Read 1280 times
Rate this item
(1 Vote)
Turki Hargai Usaha Malaysia Bantu Pelarian Di Negara Ini

23hb Mei 2019 (Khamis): Majlis berbuka puasa bersama-sama anak-anak pelarian Rohingya dan Syria telah diadakan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (International Institute of Islamic Thought and Civilization - ISTAC), Jalan Duta, Kuala Lumpur.Program ini dianjurkan oleh Kedutaan Turki serta Turkish Cooperation and Coordination Agency (TIKA), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Global Peace Mission Malaysia.

Read 904 times
Rate this item
(1 Vote)
ABIM Raikan Anak-Anak Asnaf Dan Yatim Menjelang Aidilfitri

Pada 28hb Mei 2019 (Selasa): Alhamdulillah, ABIM telah menganjurkan “Program Membeli-belah Aidilfitri Bersama Anak-anak Asnaf dan Yatim” di Pasar raya Mydin USJ, Subang Jaya. Sumbangan telah disampaikan oleh Setiausaha Kewangan ABIM, Sdr. Syahrir Azfar Saleh. Seramai 40 orang anak-anak yatim dan asnaf telah terlibat dalam program ini. Semoga ALLAH SWT merahmati semua penyumbang yang sudi memberikan senyuman serta kebahagiaan buat anak-anak syurga ini.

 

Read 685 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Sarawak Pertubuhan Belia Terbaik Ketiga Kebangsaan

Bangi, 15 Mei 2019: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak telah dinobatkan sebagai salah satu pertubuhan belia terbaik peringkat kebangsaan apabila meraih tempat ketiga dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Kategori Pertubuhan.

Anugerah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, dalam acara gilang-gemilang bersempena Sambutan Hari Belia Negara 2019, di Dewan Tunku Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia, dekat sini.

Acara ini diadakan serentak dengan Sambutan Hari Belia Negara 2019, Majlis Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia kali ke-68 dan Konvensyen Belia Kebangsaan 2019, juga di lokasi sama.

Johan bagi Anugerah Perdana Belia Negara 2019 kategori pertubuhan adalah Persatuan Belia Beliawanis Bukit Kuda Labuan, manakala Persatuan Belia Felda Jelai Negeri Sembilan meraih tempat kedua.

Turut hadir dalam acara penyampaian Anugerah tersebut adalah Yang Berhormat Tuan syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia; Encik Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia; Tan Sri Wahid Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, dan beberapa orang dalam kalangan Menteri dan Timbalan Kabinet serta dif-dif kehormat.

ABIM Sarawak membawa pulang trofi khas, wang tunai bernilai RM 10,000.00 dan sijil penyertaan. Sebelumnya, ABIM Sarawak telah dinobatkan sebagai pertubuhan belia terbaik bagi Negeri Sarawak setelah memenangi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2019 Peringkat Negeri Sarawak.

Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) telah mula diperkenalkan pada tahun 1988. Tujuan Anugerah ini adalah untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan organisasi yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan belia di Malaysia.

Read 975 times
Rate this item
(1 Vote)

Berita ABIM

Kerajaan Perlu Ambil
Jaringan NGO Pelbagai Agama Menangani Isu Perubahan Iklim – Malaysian Climate Change Interfaith ...
Muktamar ABIM Dalam
  26hb Disember 2020 (Sabtu): Alhamdulillah, ABIM Pusat mengucapkan penghargaan yang tidak ...
ABIM Serah Dana RM10,000
    3hb Disember 2020 (Khamis): Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam ...
SELAMAT HARI DOKTOR
  10 OKTOBER: ABIM UCAP SELAMAT HARI DOKTOR SEMALAYSIA. Angkatan Belia Islam Malaysia ...

ABIM Negeri

Kerajaan Perlu Ambil
Jaringan NGO Pelbagai Agama Menangani Isu Perubahan Iklim – Malaysian Climate Change Interfaith ...
Muktamar ABIM Dalam
  26hb Disember 2020 (Sabtu): Alhamdulillah, ABIM Pusat mengucapkan penghargaan yang tidak ...
ABIM Serah Dana RM10,000
    3hb Disember 2020 (Khamis): Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam ...
SELAMAT HARI DOKTOR
  10 OKTOBER: ABIM UCAP SELAMAT HARI DOKTOR SEMALAYSIA. Angkatan Belia Islam Malaysia ...
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd