ABIM Pusat

Kekalkan Stamina Yang Dibina Sempena Ramadhan:- Ustaz Mohd Shazni Abdullah

15hb Jun 2016 (Rabu): Alhamdulillah, semalam Exco Dakwah ABIM, Al-Fadhil Ustaz Mohd Shazni Abdullah telah membuat perkongsian di Surau Muwafiqin, Magnaville Selayang, Lebuhraya Selayang-Kepong, Batu Caves (berhampiran Hospital Selayang). Beliau menekankan kepentingan menjaga kesihatan bagi menjalani ibadah puasa dengan lebih baik dan ikhlas. Bulan Ramadhan, menurut beliau, bukanlah alasan untuk kita menjadi lesu serta bermalas-malasan. Sebaliknya, “…Kegembiraan menyambut Ramadhan seharusnya diterjemahkan dengan banyak menunaikan ibadah.” “Tazkirah silih berganti. Berjilid-jilid peringatan kita dapat sebagai motivasi untuk menunaikan ibadah. Tetapi apa yang lebih penting; adalah untuk kita menzahirkan dan melaksanakan amal ibadah tersebut.” Ustaz Shazni turut menyeru kepada masyarakat supaya menyumbang dan memperbanyakkan sedekah serta infaq di bulan Ramadhan.

Read 159 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Mula Agihkan Sumbangan Ramadhan; Sasar Bantu 10,000 Penerima

12 Jun 2016, Selayang:- ABIM telah menyalurkan bantuan kepada 30 keluarga yang memerlukan di Kampung Sungai Kertas, Selayang, Selangor. Sumbangan Kempen Seorang Sekampit Beras ini telah disampaikan oleh Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim. "ABIM mengalu-alukan sumbangan daripada masyarakat. Sumbangan ini boleh disalurkan menerusi akaun Bank Islam (1402-3010-0305-52 ). ABIM mensasarkan sumbangan minimum bernilai RM 80 kepada setiap penerima," jelas Mohamad Raimi sambil menjelaskan bahawa selain daripada sumbangan beras,

ABIM juga mensasarkan sumbangan dalam bentuk barang-barang keperluan asas seperti gula, tepung, susu serta bahan-bahan makanan lain. "Selain daripada itu, ABIM juga mengalukan-alukan masyarakat untuk menyumbang di 122 cawangan ABIM di seluruh negara." tambah beliau lagi sambil menjelaskan ABIM mensasarkan sumbangan kepada 10,000 penerima di seluruh negara.

                                                   

Read 195 times
Rate this item
(0 votes)
Gerakan Islam Perlu Belajar Daripada Sejarah:- Dr Zulkifli Hasan

30 Mei 2016, Restoran Amjal:- Dr Zulkifli Hasan, Exco Shariah & Kewangan Islam ABIM, telah mengisi wacana Bedah Buku Generasi Kedua Politikal Islam di Restoran Amjal, Universiti Malaya. Program ini dianjurkan secara bersama oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMI-UM) dan Ilham Books Press selaku penerbit buku terbabit. Beliau tampil bersama Wanji Wan Hussain (Pengasas Lepak Maqasid & Sekolah Pemikiran As-Syatibi) & Dr Zulkefly Ahmad (Pengarah Strategi Parti AMANAH).

Dr Zulkifli antara lain menegaskan kepentingan kepada generasi-generasi baru aktivis gerakan Islam untuk belajar daripada pengalaman sejarah generasi terdahulu.“Generasi terdahulu telah melakukan berusaha menerusi pelbagai eksperimen. Contoh seperti kelemahan perlaksanaan hudud yang dilaksanakan di beberapa negara Islam. Oleh itu generasi kedua gerakan Islam sudah mempunyai model ataupun fakta yang boleh dijadikan pengajaran!” jelas beliau yang prolifik dengan beberapa bahan penerbitan seperti Hudud Di Malaysia: Cabaran & Perlaksanaan, Revolusi Intelektual serta Islam Di Barat Muslim Di Timur.

 

 

 

 

“Generasi Kedua Gerakan Islam perlu komited untuk menggerakkan politik perubahan bukan semata-mata menumpukan perhatian kepada perubahan politik. Mereka perlu merangka sebuah model baru politik Islam yang lebih efisyen terutama sekali dalam bidang urus tadbir, dengan mengambil kira pengalaman generasi-generasi terdahulu.”

Di akhir pembentangannya, penerima Fulbright Scholarship (program zamalah ilmu terkemuka di Eropah) ini menegaskan dalam konteks geo-politik juga perlu bersedia untuk menangani pelbagai perubahan semasa yang mempengaruhi persekitaran mereka. Antaranya fenomena Post-American World yang mana peranan Amerika Syarikat sebagai kuasa utama dunia akan diambil alih oleh kuasa-kuasa lain.

Read 579 times
Rate this item
(0 votes)
Tekadkan Azam Perbanyak Membaca Al-Qur'an Ketika Ramadhan:- Ustaz Khairul Anwar Basri

Rasulullah saw, Ramadhan dan al-Qur'an Oleh Ustaz Khairul Anuar Basri al Hafiz

✔ Bulan Ramadhan dikenali sebagai Bulan al- Qur'an; bukan bulan puasa sahaja. Justeru, yang terbaik adalah iltizam memasuki Ramadhan dengan memperbanyak bacaan al Qur'an.

✔ TIPS konsisten dalam membaca al- Qur'an; ➡ SET masa dan target berapa juzu' / jumlah ayat bacaan; dan gerak!

✔ Antara lain objektif Ramadhan - madrasah melahirkan orang bertaqwa. Juga melahirkan insani seorang insan. Yang susah sama dibantu, perbanyak bersedeqah dan saling merasa susah dengan mempermudah meringankan beban.

✔ Galakan menghidupkan malam dengan ibadah, "Sesungguhnya orang yang menghidupkan malamnya dengan al-Qur'an), jiwanya akan kental dan kata-katanya lebih bernas" - al Muzzammil :     6

 

Read 207 times
Rate this item
(0 votes)
Hayati Bacaan Ayat-Ayat Al-Qur'an Ketika Tarawikh:- Ustaz Ikmal Zaidi Hashim

Al Qur'an dan Penghayatannya dalam Solat Terawikh oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim ✅ Menurut pandangan Imam al-Suyuti (al-Masabih fi solat al-Tarawikh), tiada sebarang ketetapan yang jelas tentang bilangan rakaat; (justeru mengelak khilaf - sekiranya ada adalah lebih baik). ✅ Saranan untuk fokus memperbanyak bacaan Qur'an dan menghidupkan malam dengan ibadah. ✅ Menghayati al- Qur'an tidak semestinya dalam solat Terawikh semata -mata. Tetapi menjadi satu kerugian jika kita tidak dapat memanfaatkan solat Terawikh dengan menghayati ayat Qur'an yang dibaca.

Read 274 times
Rate this item
(0 votes)

Ramadhan Istiqamah Kita Istiqamah Dalam Beribadah Featured

May 30, 2016
Hit: 184
Written by
Ramadhan Istiqamah Kita Istiqamah Dalam Beribadah

Al Qur'an selepas Ramadhan oleh Dr. Khairul Anuar Mohamad Perkara -perkara yang boleh didapati dalam Ramadhan dan harus diteruskan;

✅ Memperbanyak Istighfar dan Rasa Syukur Diriwayatkan satu ketika Imam Ahmad menumpang bermalam di rumah seorang lelaki yang kerjanya membuat roti. Dari bermula awal malam,lelaki ini menguli roti dan pada setiap satu roti diuli akan mengucapkan "astaghfirullah al Azhim" berulang pada setiap roti yang diuli. Lalu ditanya oleh Imam Ahmad : " Apakah yang kamu perolehi dari ibadat zikir yang kamu lakukan?". Lelaki : Aku perolehi semua hajat (dunia) yang aku mahukan kecuali satu. Imam Ahmad : Apakah ia? Lelaki : Aku mahu sangat bertemu Imam Ahmad. Imam Ahmad : Wahai lelaki, demi zikir yang kamu baca, Allah telah menarik dan mendatangkan aku kepada kamu. Akulah Imam Ahmad. Antara lain;

✅ Apa yang kita patutnya dapat dari madrasah Ramadhan? ➡ TAQWA & SABAR

✅ Istiqamah - konsisten dalam ketaatan Allah, tetap teguh berpegang kepada syariatNya dan sentiasa mengikuti agamaNya. - solat sunat, puasa sunat, membaca al Quran Imam Hassan al Basri berkata, "Aku tidak tahu amal yang paling hebat kecuali menghidupkan malam dan infaq/ sedeqah pada jalanNya. Ditanya kepada Imam Hassan, "Apakah yang jadikan wajah orang yang bersungguh-sungguh beramal berseri-seri? Imam Hassan menjawab, "Kerana mereka sering bersendiri dengan Allah, maka Allah hiaskan bagi mereka cahaya dari cahaya Allah."

Read 184 times
Rate this item
(0 votes)

Mulakan Sohibul Qur'an Mulai Ramadhan Ini Featured

May 30, 2016
Hit: 160
Written by
Mulakan Sohibul Qur'an Mulai Ramadhan Ini

Amalan Tadarus dalam Masyarakat Melayu oleh Dr. Surul Shahbudin Hassan al- Hafiz

✅ Catatan awal tujuan TADARUS al-Qur'an adalah bagi mengkhatamkan al-Qur'an; tetapi yang lebih baik adalah yang disebutkan Rasulullah saw bagi menjadi seperti "al -Hal ar Murtahil" - iaitu Sohibul Qur'an (pembacanya) yang membaca al-Qur'an dari awal hingga ke akhirnya kemudian dari akhir ke awalnya semula; setiap kali selesai, ia akan memulakannya semula - [galakkan membaca dan mengkhatam Al-Qur'an secara berterusan].

✅ Anjuran tadarus dan khatam berkumpulan; seorang sejuzu' sehari- dengan menghabiskan setiap satu juzu' setiap satu orang setiap satu hari dari setiap ahli kumpulan.

✅ Ayat al-Qur'an menjelaskan 3 amalan yang akan dilimpahi pahala dan pengamalnya TIDAK AKAN RUGI mengerjakannya;

1. Orang yang selalu membaca al-Qur'an

2. Tekun mengerjakan Solat

3. Sentiasa bersedeqah ☝cukup baik untuk diamalkan bermula Ramadhan ini, in syaa Allah.

Read 160 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

RUU 164 & Fiqh
Sesetengah kelompok menilai agama hari ini sebagai punca kepada keretaan institusi keluarga, ...
ABIM Gesa Hentikan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat penyiaran karikatur monyet menggambarkan ...
Ustaz Naim Wakili ABIM
Ucapan Penghormatan kepada Syeikh Dr. Hassan At-Turabi, di Majlis Memperingati Pemergian beliau ...
KAMAR Mula Dianjurkan Ke
1 April 2017, Kuala Terengganu; Helwa ABIM Terengganu dengan kerjasama LPPKN Negeri Terengganu ...
ABIM Anjur Forum
29hb Mac 2017 (Rabu): Kongres FAM ke-53, pada 25hb Mac 2017 menyaksikan perubahan pucuk pimpinan ...
Pembentangan RUU 355:
Angkatan BeIia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak ...
Peserta Young ABIM Camp
Alhamdulillah, Young ABIM Camp (YAC) kembali, dengan konsep santai. Bertemakan ‘Ibrah Seorang ...
Mengapa Pencerahan
Saya merujuk kepada kritikan sesetengah pihak yang mempertikai usaha baik golongan yang membawa ...

ABIM Negeri

RUU 164 & Fiqh
Sesetengah kelompok menilai agama hari ini sebagai punca kepada keretaan institusi keluarga, ...
ABIM Gesa Hentikan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat penyiaran karikatur monyet menggambarkan ...
Ustaz Naim Wakili ABIM
Ucapan Penghormatan kepada Syeikh Dr. Hassan At-Turabi, di Majlis Memperingati Pemergian beliau ...
KAMAR Mula Dianjurkan Ke
1 April 2017, Kuala Terengganu; Helwa ABIM Terengganu dengan kerjasama LPPKN Negeri Terengganu ...
ABIM Anjur Forum
29hb Mac 2017 (Rabu): Kongres FAM ke-53, pada 25hb Mac 2017 menyaksikan perubahan pucuk pimpinan ...
Pembentangan RUU 355:
Angkatan BeIia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak ...
Peserta Young ABIM Camp
Alhamdulillah, Young ABIM Camp (YAC) kembali, dengan konsep santai. Bertemakan ‘Ibrah Seorang ...
Mengapa Pencerahan
Saya merujuk kepada kritikan sesetengah pihak yang mempertikai usaha baik golongan yang membawa ...