ABIM Pusat

Rasulullah S.A.W Pejuangkan Keadilan Sosial:-Presiden ABIM

14hb Januari 2014:-Satu forum telah dianjurkan oleh National Oversight & Whistleblowers (NOW) dengan tajuk “Hidup Melampaui Kemampuan: Perspektif Undang-Undang”. Forum ini telah dijalankan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur (KLSCAH). Moderator untuk forum ini ialah Pengarah Eksekutif NOW, YB Rafizi Ramli menakala ahli-ahli panelnya adalah Saudara Haji Amidi Dato’ Abdul Manan (Presiden ABIM); Dato’ Akhbar Satar (Presiden TI Malaysia); YB N. Surendran (Ahli Parlimen) dan Saudara Richard Wee (Setiausaha Majlis Peguam). Menjawab soalan yang diutarakan oleh moderator, Saudara Amidi menyatakan bahawa sejelasnya, rakyat cukup mengambil berat terhadap gejala rasuah yang berlaku dalam negara kita.

Read 336 times
Rate this item
(0 votes)
Back To School: ABIM Raikan Anak Yatim Sempena Cuti Sekolah

17 Disember 2013:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),Infaq Saya dan Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, telah meraikan warga anak yatim dari, Rumah Pengasih Warga Prihatin dan Warga Asnaf sekitar daerah Gombak, sempena progam Back To School di Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Read 511 times
Rate this item
(2 votes)
Presiden ABIM Ketua Misi Pasca Banjir Di Pahang

15 Disember 2013:-(Kuantan) Kerja pembersihan di Sungai Isap Murni, membantu rumah seorang warga emas yang mempunyai masalah kesihatan. SUKAR untuk mengemas rumah yang dinaiki air hampir 4 ke 5 kaki di rumahnya. Hampir semua barang rumahnya rosak. Presiden Abim, Amidi Abd Manan turut bersama dilapangan.

Read 563 times
Rate this item
(3 votes)
ABIM Gerakkan Misi Pasca Banjir Di Kemaman Terengganu

14 Disember 2013:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menerusi tim sukarelawan Active-FAST Center telah ke Kampung Mat Lagam, Kemaman Terengganu pada hari ini. Misi ini merupakan sebahagian daripada misi pasca banjir yang dilancarkan ABIM mulai 13 Disember (Jumaat) sehingga 15 Disember (Ahad) 2013. Sepanjang di Kampung ini, misi ini telah mengagihkan 50 pek makanan untuk diberikan kepada mangsa banjir di sana.

Read 451 times
Rate this item
(1 Vote)
Kedutaan Myanmar Biadap! NGO-NGO Gesa Boikot Sukan SEA Di Myanmar!

29 November 2013:- Naib Presiden ABIM, Mohamad Raimi Abd Rahim telah menghadiri sidang media dengan barisan NGO-NGO Islam yang diketuai Cikgu Azmi Abd Hamid mengutuk keganasan terhadap rohingya dan kebisuan kerajaan myanmar untuk mengekang puak ekstremis ke atas umat Islam di Rakhine, Myanmar. Delegasi tersebut telah menerima layanan tidak baik daripada pegawai kedutaan Myanmar apabila mereka enggan keluar untuk menyambut memorandum yang dikemukakan. "Penerimaan Memorandum paling tidak terhormat pernah dilakukan oleh mana-mana kedutaan asing di Malaysia," jelas Mohamad Raimi kepada Media ABIM.

Read 411 times
Rate this item
(1 Vote)

Sumbangan Korban Untuk Rakyat Syria

Oct 12, 2013
Hit: 571
Written by
Sumbangan Korban Untuk Rakyat Syria

12 Oktober 2013- Alhamdulillah, pasukan Pekerja Kemanusiaan Malaysia Life Line for Syria sudah berlepas ke Istanbul, Turki pada 12.30 pagi, 12 Oktober 2013 dari KLIA sebelum memulakan perjalanan ke Syria bagi menyempurnakan amanah Qurban dan Aqiqah yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia dan Singapura kepada rakyat Syria berjumlah 166 ekor kambing di samping sumbangan bantuan makanan, perubatan dan pendidikan yang berjumlah hampir RM480,000. Marilah sama-sama kita panjatkan doa agar Allah merancangkan apa yang terbaik kepada semua pekerja kemanusiaan ini dan dikurniakan keselamatan dan kesejahteraan sepanjang permusafiran mereka menyempurnakan misi. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penderma yang budiman di atas kepercayaan dan juga sokongan serta doa yang tidak putus buat kami. Untuk sebarang info lanjut mari sama-sama share dan like page rasmi Malaysia Life Line For Syria.

Read 571 times
Rate this item
(0 votes)
Aktivis HELWA ABIM Terima Anugerah Tokoh Pendakwah Wanita

Shah Alam, 8 Oktober 2013:- Penerima Anugerah Tokoh Pendakwah Wanita, Datin Aminah Zakaria (di tengah-tengah) berkata usaha gigih Kerajaan Negeri bagi memperbanyakkan program keIslaman wajar dicontohi negeri-negeri lain. “Saya harap Kerajaan Negeri dapat meningkatkan usaha mengilmukan masyarakat Selangor ini dan saya doakan segala langkah, perbelanjaan yang digunakan Kerajaan Negeri untuk menyebar dakwah ini mendapat ganjaran maksima dari Allah dan minta Allah terima segala amal pihak pentadbir Kerajaan Negeri, pegawai, kakitangan dan rakyat Selangor semua, semuga dapat keberkatan Allah,” kata beliau.

Read 616 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Gesa Kaji Potongan
[Kenyataan Media ABIM] 6hb November 2018 Bersamaan 28 Safar 1440 H ISU PTPTN: ABIM GESA ...
Penjenayah Perang Israel
[Kenyataan Media] ABIM DESAK MASYARAKAT ANTARABANGSA KECAM SERANGAN ISRAEL KE ATAS PESERTA ...
Dato' Dr Siddiq bin
Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah di atas perlantikan YBhg. ...
Video: Seminar Fiqh
Tonton video Seminar Fiqh Kewarganegaraan (Fiqh Al-Muwatanah) Dalam Naratif Malaysia Baharu Di ...
Fiqh al-Muwatanah Dalam
Sesungguhnya dunia pada hari ini berada dalam era perubahan yang penuh dengan cabaran. Di era ...

ABIM Negeri

ABIM Gesa Kaji Potongan
[Kenyataan Media ABIM] 6hb November 2018 Bersamaan 28 Safar 1440 H ISU PTPTN: ABIM GESA ...
Penjenayah Perang Israel
[Kenyataan Media] ABIM DESAK MASYARAKAT ANTARABANGSA KECAM SERANGAN ISRAEL KE ATAS PESERTA ...
Dato' Dr Siddiq bin
Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah di atas perlantikan YBhg. ...
Video: Seminar Fiqh
Tonton video Seminar Fiqh Kewarganegaraan (Fiqh Al-Muwatanah) Dalam Naratif Malaysia Baharu Di ...
Fiqh al-Muwatanah Dalam
Sesungguhnya dunia pada hari ini berada dalam era perubahan yang penuh dengan cabaran. Di era ...