ABIM Pusat

HELWA Anjur Forum Wanita-Wanita Hebat Di Sisi Rasulullah S.A.W

26 Januari 2014:-  HELWA ABIM Daerah Bangi, telah menganjurkan Forum Maulidurrasul: Wanita-wanita Hebat di Samping Rasulullah SAW. Program ini diadakan bersempena program sambutan Maulidurrasul ABIM Daerah Bangi. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah pertandingan mewarna, pertandingan khat dan sesi bersama kanak - kanak di Masjid As-Solihin, Teras Jernang Bangi.

Read 714 times
Rate this item
(0 votes)
Menghayati Al-Qur'an Memahami Al-Kitab

Alhamdulillah, pada tanggal 25hb Januari 2014M bersamaan 24hb Rabiulawal 1435H, sekitar jam 9 pagi, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor telah menganjurkan ‘Seminar Pemerkasaan Aqidah di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam’ dan ‘Bengkel Persada di Sekretariat ABIM Selangor’.

Seminar Pemerkasaan Aqidah yang dianjurkan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam menyaksikan Ybhg. Ustaz Mohd Naim Mohd Noor(Timbalan Presiden ABIM) tampil mengutarakan pandangan dan pencerahan sebelum wakil daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hadir memberikan penerangan kepada para hadirin.

Read 282 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Kunjungi Transparency International

20 Jun 2012 - Setiausaha Agung ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim dan Naib Presiden Antarabangsa ABIM, Jufitri Joha, telah mengadakan kunjungan hormat ke Transperancy International (Malaysian Chapter). Sepanjang pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah membincangkan tentang pelbagai aspek Rasuah di Malaysia mahupun peringkat antarabangsa. Menerima kunjungan ABIM ialah Josie Fernandez, Setiausaha Agung Transparency International (Malaysian Chapter), dan Alan Kirupakaran, Pengarah Eksekutif TI.

Read 201 times
Rate this item
(0 votes)
Misi Kemanusiaan ABIM Santuni Pelarian Syria Di Beynuyogun, Turki

4-7 Jun 2012 - Delegasi Misi Kemanusiaan ABIM telah mengagihkan bantuan ke perkhemahan rakyat Syria di Beynuyogun,kira-kira 30 kilometer dari Antakya, ibu negeri Hatay. Perjalanan mengambil masa 45 minit menempatkan 510 buah khemah dengan 1700 orang penghuni 400 daripadanya kanak-kanak. Kem ini dikendalikan oleh Bulan Sabit Merah Turki dan terletak kurang 1 kilometer daripada sempadan Syria- Turki.

Kerajaan Turki tidak membenarkan kem ini dilawati oleh sesiapa dan dikawal rapi oleh tentera. Kami hanya dibenarkan berada di pejabat Bulan Sabit Merah Turki dan menemuramah 2 orang rakyat Syria di pejabat tersebut, seorang daripadanya melarikan diri daripada Syria ke kem tersebut 3 bulan yang lepas dan seorang daripadanya merupakan seorang rakyat Syria (Kristian) yang bekerja di New York dan ingin mencari jalan pulang ke Syria untuk bersama dalam kebangkitan rakyat.

Read 313 times
Rate this item
(1 Vote)
Mantan Presiden ABIM Dipilih Ahli Majlis NGO Islam Antarabangsa

4 Jun 2012 - ABIM telah menyertai persidangan tahunan Union of Ngos of the Islamic World (UNIW) yang berlansung di Istanbul baru-baru ini. Turut menyertai persidangan adalah wakil Wadah Pencerdasan Umat (WADAH), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia. ABIM diwakili saudara Jufitri Joha, Naib Presiden Antarabangsanya. Tahun ini merupakan tahun pemilihan dan UNIW telah mendapat Setiausaha Agung yang baru iaitu Ali Kurt. Beliau menggantikan Necmi Sadikoglu yang telah tamat tempoh berkhidmat selama dua penggal.

Read 261 times
Rate this item
(1 Vote)
Grup Peguam ABIM Kembangkan Jaringan Antarabangsa di Turki

31 Mei 2012 - Kunjung hormat ke pejabat Insani Yardim Vakfi (IHH), iaitu badan hak asasi dan kemanusiaan berpusat di Istanbul Turki. Mereka yg bertanggungjawab menganjurkan misi Freedom Flotila menghantar bantuan kemanusiaan ke Palesti melalui ekspedisi kapal Mavi Marmara yg akhirnya diserang oleh tentera Israel yg telah mengorbankan 9 nyawa pd 31 Mei 2010.

Di Istanbul, setiap 31 Mei diadakan majlis peringatan bagi memperingati peristiwa tersebut, di mana kapal Mavi Marmara telah dibawa naik ke daratan bagi mengenang tragedi tersebut. Kami tambah teruja apabila menjumpai seorang warga emas dtg drpd Scotland semata2 mahu menghadiri majlis ulangtahun memperingati peristiwa ini, dan lebih mengujakan lagi beliau salah seorang yg berada dlm kapal yg diserang tentera Israel tersebut.

Read 1238 times
Rate this item
(1 Vote)

Syria: The Inside Story

May 28, 2012
Hit: 218
Written by

SHAH ALAM 28 Mei 2012:– Gabungan Selamatkan Syria dengan kerjasama ABIM, IKRAM, HALUAN dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah mengadakan Kuliah Maghrib Khas yang membincangkan tajuk "Syria : The Inside Story". Kuliah telah disampaikan oleh Sheikh Dr. Khaled Hendawi dan Sheikh Dr. Amir Abu Salamah dan diterjemahkan oleh Ustaz Abdul Muhaimin Mohd Sahar (IKRAM). Kuliah telah bermula sekitar jam 7.50 malam dan lebih daripada 1000 orang muslimin dan muslimat telah hadir bagi mengikuti program yang penuh dengan pengajaran dan keinsafan ini.

Read 218 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

RUU 164 & Fiqh
Sesetengah kelompok menilai agama hari ini sebagai punca kepada keretaan institusi keluarga, ...
ABIM Gesa Hentikan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat penyiaran karikatur monyet menggambarkan ...
Ustaz Naim Wakili ABIM
Ucapan Penghormatan kepada Syeikh Dr. Hassan At-Turabi, di Majlis Memperingati Pemergian beliau ...
KAMAR Mula Dianjurkan Ke
1 April 2017, Kuala Terengganu; Helwa ABIM Terengganu dengan kerjasama LPPKN Negeri Terengganu ...
ABIM Anjur Forum
29hb Mac 2017 (Rabu): Kongres FAM ke-53, pada 25hb Mac 2017 menyaksikan perubahan pucuk pimpinan ...
Pembentangan RUU 355:
Angkatan BeIia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak ...
Peserta Young ABIM Camp
Alhamdulillah, Young ABIM Camp (YAC) kembali, dengan konsep santai. Bertemakan ‘Ibrah Seorang ...
Mengapa Pencerahan
Saya merujuk kepada kritikan sesetengah pihak yang mempertikai usaha baik golongan yang membawa ...

ABIM Negeri

RUU 164 & Fiqh
Sesetengah kelompok menilai agama hari ini sebagai punca kepada keretaan institusi keluarga, ...
ABIM Gesa Hentikan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat penyiaran karikatur monyet menggambarkan ...
Ustaz Naim Wakili ABIM
Ucapan Penghormatan kepada Syeikh Dr. Hassan At-Turabi, di Majlis Memperingati Pemergian beliau ...
KAMAR Mula Dianjurkan Ke
1 April 2017, Kuala Terengganu; Helwa ABIM Terengganu dengan kerjasama LPPKN Negeri Terengganu ...
ABIM Anjur Forum
29hb Mac 2017 (Rabu): Kongres FAM ke-53, pada 25hb Mac 2017 menyaksikan perubahan pucuk pimpinan ...
Pembentangan RUU 355:
Angkatan BeIia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak ...
Peserta Young ABIM Camp
Alhamdulillah, Young ABIM Camp (YAC) kembali, dengan konsep santai. Bertemakan ‘Ibrah Seorang ...
Mengapa Pencerahan
Saya merujuk kepada kritikan sesetengah pihak yang mempertikai usaha baik golongan yang membawa ...