ABIM Pusat

Hayati Bacaan Ayat-Ayat Al-Qur'an Ketika Tarawikh:- Ustaz Ikmal Zaidi Hashim

Al Qur'an dan Penghayatannya dalam Solat Terawikh oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim ✅ Menurut pandangan Imam al-Suyuti (al-Masabih fi solat al-Tarawikh), tiada sebarang ketetapan yang jelas tentang bilangan rakaat; (justeru mengelak khilaf - sekiranya ada adalah lebih baik). ✅ Saranan untuk fokus memperbanyak bacaan Qur'an dan menghidupkan malam dengan ibadah. ✅ Menghayati al- Qur'an tidak semestinya dalam solat Terawikh semata -mata. Tetapi menjadi satu kerugian jika kita tidak dapat memanfaatkan solat Terawikh dengan menghayati ayat Qur'an yang dibaca.

Read 243 times
Rate this item
(0 votes)

Ramadhan Istiqamah Kita Istiqamah Dalam Beribadah Featured

May 30, 2016
Hit: 172
Written by
Ramadhan Istiqamah Kita Istiqamah Dalam Beribadah

Al Qur'an selepas Ramadhan oleh Dr. Khairul Anuar Mohamad Perkara -perkara yang boleh didapati dalam Ramadhan dan harus diteruskan;

✅ Memperbanyak Istighfar dan Rasa Syukur Diriwayatkan satu ketika Imam Ahmad menumpang bermalam di rumah seorang lelaki yang kerjanya membuat roti. Dari bermula awal malam,lelaki ini menguli roti dan pada setiap satu roti diuli akan mengucapkan "astaghfirullah al Azhim" berulang pada setiap roti yang diuli. Lalu ditanya oleh Imam Ahmad : " Apakah yang kamu perolehi dari ibadat zikir yang kamu lakukan?". Lelaki : Aku perolehi semua hajat (dunia) yang aku mahukan kecuali satu. Imam Ahmad : Apakah ia? Lelaki : Aku mahu sangat bertemu Imam Ahmad. Imam Ahmad : Wahai lelaki, demi zikir yang kamu baca, Allah telah menarik dan mendatangkan aku kepada kamu. Akulah Imam Ahmad. Antara lain;

✅ Apa yang kita patutnya dapat dari madrasah Ramadhan? ➡ TAQWA & SABAR

✅ Istiqamah - konsisten dalam ketaatan Allah, tetap teguh berpegang kepada syariatNya dan sentiasa mengikuti agamaNya. - solat sunat, puasa sunat, membaca al Quran Imam Hassan al Basri berkata, "Aku tidak tahu amal yang paling hebat kecuali menghidupkan malam dan infaq/ sedeqah pada jalanNya. Ditanya kepada Imam Hassan, "Apakah yang jadikan wajah orang yang bersungguh-sungguh beramal berseri-seri? Imam Hassan menjawab, "Kerana mereka sering bersendiri dengan Allah, maka Allah hiaskan bagi mereka cahaya dari cahaya Allah."

Read 172 times
Rate this item
(0 votes)

Mulakan Sohibul Qur'an Mulai Ramadhan Ini Featured

May 30, 2016
Hit: 149
Written by
Mulakan Sohibul Qur'an Mulai Ramadhan Ini

Amalan Tadarus dalam Masyarakat Melayu oleh Dr. Surul Shahbudin Hassan al- Hafiz

✅ Catatan awal tujuan TADARUS al-Qur'an adalah bagi mengkhatamkan al-Qur'an; tetapi yang lebih baik adalah yang disebutkan Rasulullah saw bagi menjadi seperti "al -Hal ar Murtahil" - iaitu Sohibul Qur'an (pembacanya) yang membaca al-Qur'an dari awal hingga ke akhirnya kemudian dari akhir ke awalnya semula; setiap kali selesai, ia akan memulakannya semula - [galakkan membaca dan mengkhatam Al-Qur'an secara berterusan].

✅ Anjuran tadarus dan khatam berkumpulan; seorang sejuzu' sehari- dengan menghabiskan setiap satu juzu' setiap satu orang setiap satu hari dari setiap ahli kumpulan.

✅ Ayat al-Qur'an menjelaskan 3 amalan yang akan dilimpahi pahala dan pengamalnya TIDAK AKAN RUGI mengerjakannya;

1. Orang yang selalu membaca al-Qur'an

2. Tekun mengerjakan Solat

3. Sentiasa bersedeqah ☝cukup baik untuk diamalkan bermula Ramadhan ini, in syaa Allah.

Read 149 times
Rate this item
(0 votes)

Infaq Ramadhan ABIM Sasar Bantu 8,000 Keluarga Featured

May 26, 2016
Hit: 206
Written by
Infaq Ramadhan ABIM Sasar Bantu 8,000 Keluarga

20 Mei 2016, Kuala Lumpur:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hari ini melancarkan program tahunannya, Infaq Ramadhan @ ABIM bertemakan 'Membina Keluarga dan Generasi Al-Quran'.

Tema ini diketengahkan kerand ABIM sentiasa memandang tinggi kepentingan pembentukan generasi muda berteraskan Al-Quran. Program utama ialah Seminar Al-Quran Bergerak (SAQB3) dengan tema, 'Aku, Ramadan dan Al-Quran' bagi menyingkap peranan Al-Quran menjadi pemangkin kepada amalan soleh berkualiti serta berterusan. Program ini menyasarkan penyertaan seramai 500 orang peserta.

Dijadual berlangsung pada 28 Mei ini, SAQB3 dianjurkan bersama Al-Anwar Resources, Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) dan Malaysia Life Line For Syria. Antara program yang akan dijalankan termasuk Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB), Forum Belia Cinta Al-Quran, Dialog dan Majlis Berbuka Puasa Antara Agama, Kempen Ramadan Al-Habeeb Syria, Iftar For The Needy, Smart Q dan Ziarah Hospital.

Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun ABIM; 1402 3010 0325 27 (Bank Islam) atau 5642 2161 0116 (Maybank) atau menerusi atas talian www.billplz.com/infaqramadhanabim.

 

Read 206 times
Rate this item
(0 votes)
Presiden Raikan Hari Guru Bersama Warga Pendidik SERI & SEMI ABIM Kajang

16 Mei 2016, SERI Sungai Ramal Dalam, Kajang:- Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim telah meluangkan masa untuk meraikan sambutan Hari Guru bersama seluruh warga pendidik SERI/SEMI ABIM Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor Darul Ehsan. Dalam perutusan bersempena dengan sambutan Hari Guru tahun ini, Mohamad Raimi antara lain mengatakan;

"Sesungguhnya pengorbanan masa, tenaga , keringat malah harta benda yang telah guru-guru curahkan memang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Berhadapan dengan generasi anak-anak murid yang mencabar . Generasi Z dan alpha membuatkan kita lebih kraetif dan inovatif dalam mendidik. Namun kita percaya dan yakin , dengan iltizam dan semangat yang ada, para guru mampu untuk meneruskan misi dan visi rabbaniy seperti yang pernah diungkapkan oleh Ibn Abbas : Jadilah rabbaniyin iaitu orang-orang yang penyantun, bijaksan dan faham betul dengan agama. Rabbani yang dimaksudkan adalah yang mengurus dan mendidik manusia dengan pelbagi ilmu sejak awal usia lagi".

ABIM menerusi Yayasan Takmir menguruskan rangkaian Institusi Pendidikan ABIM di seluruh negara yang antara lain setiap daripadanya melakar keistimewaanserta kejayaan yang berbeza di antara satu sama lain. Alhamdulillah; pencapaian ini diiktiraf serta menerima dukungan daripada masyarakat serta pihak-pihak berkuasa yang berkenaan.

Read 188 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Perkenal ADAB Youth Garage Sebagai Inovasi Untuk Generasi Baru

13-15 Mei 2016, Serdang, UPM :- ADAB Youth Garage yang merupakan produk inovasi sosial ABIM Daerah Bangi telah menarik ramai pengunjung ketika Sambutan Hari Belia Negara pada 2016 yang lalu. ADAB Youth Garage adalah pusat kegiatan komuniti yang digerakkan oleh generasi muda. Alhamdulillah, konsep ADAB YOuth Garage sedang dikembangkan di sekitar kawasan Lembah Klang. Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin, turut singgah serta sempat berselfie dengan pengunjung ADAB Youth Garage yang diraikan dalam suasana santai.   

Read 293 times
Rate this item
(0 votes)
Street Dakwah Ketengah Kemurnian Amalan Kewangan Islam & Keburukan Riba'

11 Mei 2016, Port Dickson;- ABIM Negeri Sembilan dengan kerjasama Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM pelajar Fiqh dan Fatwa Tahun 3 berjaya menganjurkan program dakwah jalanan kemurnian amalan kewangan Islam di samping mengetengahkan kesedaran mengenai riba.Inisiatif pelajar Fiqh dan Fatwa Tahun 3 USIM.

Dakwah Jalanan Mengenai Larangan Riba di Pantai Teluk Kemang Port Dickson sebagai salah satu aktiviti pembelajaran subjek kewangan Islam. Selalu menekankan kepada pelajar untuk menyampaikan ilmu dan berkongsi pengetahuan dengan masyarakat. Terima kasih USIM al Naqiy BIMB Affin Islamic ABIMN9 dan semua yang terlibat menjayakan program ini. Moga diterima sebagai amal soleh.

Program dakwah jalanan ini dimulakan dengan kata alu-aluan oleh PM Dr. Zulkifli Hasan dan juga semua wakil penaja. Kemudian ia diteruskan dengan dakwah secara langsung terhadap pengunjung, flashmob, ceramah jemputan khas oleh daei Fuad, permainan kanak-kanak, sesi soal jawab agama, edaran brosur dan banyak lagi. Program berakhir pada jam 2.30 pm.

Read 195 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Sedia Bantu Atasi
PETALING JAYA: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkata peningkatan jumlah orang yang datang ...
Exco Penerangan ABIM
18hb Disember 2016 (Ahad): Alhamdulillah, bersesuaian dengan agenda Kebangkitan Islam Jilid 2 yang ...
Penerangan Cakna Syria
7hb Januari 2017 (Sabtu): Alhamdulillah, semalam Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim ...
Aktivis Prota Menyamar
"Bukan dilarang membuat cita-cita yang baru tetapi berfikirlah dengan wajar, yang akan datang itu ...
Mendepani Gelombang
Nukilan Oleh:- Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden ABIM 2015 / 2017 There has never been a time of ...
Sukarelawan Muda ABIM
5hb Disember 2016 (Isnin): Alhamdulillah, sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa 2016 yang disambut ...
Masyarakat Melayu Cocos
5hb Disember 2016 (Isnin): Alhamdulillah, hari ini Sekretariat ABIM Pusat menerima kunjungan hormat ...
Sempena Piala AFF Suzuki
24hb November 2016 (Khamis): Alhamdulillah, telah dijalankan Pelancaran Kempen ...

ABIM Negeri

ABIM Sedia Bantu Atasi
PETALING JAYA: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkata peningkatan jumlah orang yang datang ...
Exco Penerangan ABIM
18hb Disember 2016 (Ahad): Alhamdulillah, bersesuaian dengan agenda Kebangkitan Islam Jilid 2 yang ...
Penerangan Cakna Syria
7hb Januari 2017 (Sabtu): Alhamdulillah, semalam Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim ...
Aktivis Prota Menyamar
"Bukan dilarang membuat cita-cita yang baru tetapi berfikirlah dengan wajar, yang akan datang itu ...
Mendepani Gelombang
Nukilan Oleh:- Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden ABIM 2015 / 2017 There has never been a time of ...
Sukarelawan Muda ABIM
5hb Disember 2016 (Isnin): Alhamdulillah, sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa 2016 yang disambut ...
Masyarakat Melayu Cocos
5hb Disember 2016 (Isnin): Alhamdulillah, hari ini Sekretariat ABIM Pusat menerima kunjungan hormat ...
Sempena Piala AFF Suzuki
24hb November 2016 (Khamis): Alhamdulillah, telah dijalankan Pelancaran Kempen ...