ABIM Pusat

Helwa ABIM Terima Kunjungan Sister In Islam Dan Women's Centre For Change.

19hb Ogos 2016 (Jumaat): Alhamdulillah ala kulli hal. Pada hari ini, Angkatan Belia Islam Malaysia menerima kunjungan daripada Sisters in Islam (SIS) dan Women's Centre for Change (Pulau Pinang). Diskusi berkisar isu perkahwinan kanak-kanak dan isu-isu penindasan terhadap wanita dan kanak-kanak di Malaysia. Seputar isu perundangan dan hak wanita dan kanak-kanak menjadikan misi pendidikan dan advokasi menjadi fokus utama perbincangan. Aktivis undang-undang Syariah yang juga Ketua Hal Ehwal Wanita (HELWA) dan Naib Presiden ABIM, Puan Fadhlina Siddiq menyatakan bahawa, "Bagi pihak HELWA ABIM, saya mengalu-alukan lebih banyak NGO datang ke pejabat kami dan melihat hasil kerja kami dalam isu wanita, kanak-kanak dan perundangan Islam." Terima kasih juga buat Dato' Ismail Yahya yang hadir bersama SIS juga team Helwa Pusat, Helwa Abim Mesir, Hewi Pkpim dan Institut Darul Ehsan di atas sumbangan buku.

Read 316 times
Rate this item
(0 votes)
Program Dermaga Wujudkan Support System Untuk Remaja Di Perak

19hb Ogos 2016 (Jumaat): Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Hi Tea Penghargaan Trainer Diriku Permata Berharga (Dermaga) Peringkat Negeri Perak. Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim yang pada sebelah pagi menyertai pertemuan bersama Menteri Negara Kanan dari Singapura di Putrajaya, kemudiannya bertolak ke Kompleks Islam Darul Ridzuan, Perak; bagi menghadiri majlis ini. Diriku Permata Berharga (DERMAGA) lahir dari keprihatinan tinggi terhadap kesedaran dan pendidikan reproduktif dalam kalangan remaja. Program ini adalah anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan ABIM. Bermula 3 Jun 2016 - 11 Ogos 2016 dengan 2 TOT dan 20 sekolah di daerah-daerah Negeri Perak. TOT melibatkan lebih 70 jurulatih dan kumpulan sokong bantu bagi kalangan remaja dan ibubapa. Penyertaan 3,673 pelajar remaja 13-17 tahun dari pelbagai latar belakang mendapat manfaat dari maklumat yang disampaikan. Peserta lelaki 1,744 dan peserta perempuan 1,929. Modul didokong dari kerjasama dan lanjutan program pendidikan remaja khusus memastikan pendidikan reproduktif remaja dapat disampaikan kepada sejauh dan seramai mungkin kelompok sasaran. Difahamkan ini kali pertama MAIPk mengambil inisiatif program seumpamanya (sebelum ini fokus program zakat dan kebajikan) atas kebimbangan dan cakna isu sosial semasa. Objektif khusus : Penyampaian maklumat sampai kepada remaja; Bentuk kumpulan sokong bantu (support group) kepada remaja dan masyarakat, termasuk peer group/ rakan sebaya; dan Semua ahli dalam keluarga dan masyarakat berperanserta dalam isu sosial semasa terutama yang melibatkan generasi muda. Penghargaan tinggi kepada MAIPk atas kepercayaan dan sokongan tidak berbelah bahagi. Termasuk JPN yang sentiasa ada dan mendokong bersama tujuan penganjuran dermaga di semua sekolah terlibat. Komitmen ABIM dalam program-program pendidikan komuniti dan kekeluargaan sentiasa diberdaya melalui modul-modul bersesuaian. Di Peringkat ABIM Negeri Perak telah menubuhkan sekretariat DERMAGA khusus bagi modul kesihatan reproduktif remaja, keibubapaan dan pendidikan anak-anak. Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga usaha kecil yang dilakukan secara bersama mendapat keberkatan dari Allah. Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!

Read 306 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Johor Semarakkan Wacana Gelombang Baru Kebangkitan Islam

6 Ogos 2016, Johor Bahru:- ABIM Johor terus menyemarakkan wacana Gelombang Baru Kebangkitan Islam menerusi penganjuran wacana sempena Ijtimak Harakiy WADAH-ABIM-KPIJ Johor. Turut memeriahkan wacana ini ialah pembentangan Kertas Kerja Kebangkitan Islam oleh Prof. Madya Dr. Roslan Abdul Rahim di samping Forum Khas Kebangkitan Islam, Sedang berlangsung Forum Khas Kebangkitan Islam yang diisi oleh Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim, dan Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Hj. Mohd Idris Jusi, yang merupakan mantan pimpinan ABIM Johor sebelum dipilih sebagai salah seorang pimpinan ABIM sepanjang 80-an sehingga awal 90-an.

Read 245 times
Rate this item
(0 votes)

Skuad Bolasepak ABIM Tewaskan MBM 7-5 Featured

Aug 08, 2016
Hit: 314
Written by
Skuad Bolasepak ABIM Tewaskan MBM 7-5

14 Ogos 2016, Seremban:-ABIM menerima kunjungan Majlis Belia Malaysia dalam Perlawanan Persahabatan Bolasepak yang diadakan di Sri Seremban ABIM. Skuad Bolasepak ABIM yang merupakan gabungan dari pemain ABIM Pusat serta ABIM Negeri Sembilan, telah berjaya mengalahkan MBM dengan jumlah gol 7 berbalas 5. Presiden Abim saudara Muhammad Raimi turut beraksi dan bertindak selaku arkitek jentera serangan ABIM.

Naib Presiden Saudara Ahmad Fahmi dan Ustaz Shazni turut mempamerkan kemahiran individu yang berjaya mengelirukan pemain lawan. Penjaring terbanyak kali ini jatuh kepada exco ABIM Negeri Sembilan saudara Faridh Omar yang menggegar jaring dengan melakukan hatrick. Penjaga gol kental saudara Kamarul menjadi hero kerana berjaya menyelamatkan cubaan bahaya pasukan MBM yang dibarisi oleh pemain piala Presiden dan SUKMA. YDP ABIM Negeri Sembilan, Dr ZUlkifli Hasan, berjaya juga menempa antara penjaring pada perlawanan kali ini dengan gol yang menarik. Pasukan MBM diketuai oleh saudara Jufitri Joha Naib Presiden MBM.

Perlawanan persahabatan ini berjalan dengan penuh semangat kesukanan. Majlis diakhiri dengan sesi pemberian hadiah. Sebelum ini gabungan pasukan ABIM (Pusat) dan ABIM Negeri Sembilan, juga telah menundukkan beberapa pasukan dalam perlawanan sebelum ini. Semoga perlawanan ini dapat merapatkan ukhuwah dan meningkatkan persefahaman. Terima kasih semua yang menjayakan perlawanan kali ini. SYABAS ABIM DAN MBM!

Read 314 times
Rate this item
(0 votes)
Projek Wakaf Al-Qur'an Braille Bantu OKU Penglihatan Dalam Al-Qur'an

1 hb Ogos 2016 (Selasa): Dr. Professor Sheikh Wahbah Mustafa al-Zuhayli pernah menukilkan bahawa, ‘al-Karamah al-Insaniah’ atau prinsip menghormati martabat keinsanan dan maruah manusia adalah sumber hak asasi. Hal ini merangkumi hak asasi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU); yang hidup dengan penuh ujian di dunia ini; tetapi hakikatnya merupakan golongan yang sangat istimewa serta tabah.

Alhamdulillah, hari ini Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim bersama para pimpinan ABIM, berkesempatan melakukan kunjungan hormat serta menyampaikan sumbangan Projek Waqaf Al-Quran Braille (sebanyak RM12,864.39), kepada Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) di Brickfields, Kuala Lumpur.

ABIM dan PPOBM telah menjalinkan kerjasama erat dan strategik sejak 2013, sedari pimpinan Presiden terdahulu, Saudara Haji Amidi Dato’ Abdul Manan. Projek ini adalah bertepatan dengan cita-cita besar ABIM untuk melahir serta memberdayakan Generasi Al-Quran yang Unik (Jilul Quran Al-Farid). PPOBM ditubuhkan bagi mewujudkan kesempatan saksama dan pernyertaan sepenuh Orang Kelainan Upaya (OKU) Penglihatan dalam segala aspek masyarakat.

Selain itu, pertubuhan ini turut menyediakan sumber dan perkhidmatan bagi pembangunan sosio-ekonomi OKU Penglihatan di Malaysia. Selain mencetak Al-Quran Braille, pihak PPOBM turut terlibat mencetak semula buku-buku kanak-kanak serta ensiklopedia untuk tujuan bacaan serta rujukan para OKU Penglihatan.

Dalam pertemuan ini, di samping bahan bacaan Braille; kemudahan awam; serta peluang pekerjaan yang terhad, pihak PPOBM turut menyentuh berkenaan perlunya masyarakat untuk menjadi lebih prihatin dan menyantuni golongan OKU, dalam beberapa isu yang dihadapi oleh golongan tersebut. Semoga kita semua dapat berganding bahu serta menyumbang; bagi membolehkan mereka berdikari serta menyumbang kepada komuniti, di samping memahami Islam dengan lebih dekat dan jelas.

Read 305 times
Rate this item
(0 votes)

Al-Fatihah Buat Allahyarham Encik Ghazali Yusof Featured

Aug 02, 2016
Hit: 246
Written by
Al-Fatihah Buat Allahyarham Encik Ghazali Yusof

31 Julai 2016, Kajang:- Dukacita dimaklumkan Saudara Ghazali Yusof YTP, aktivis ABIM,WADAH dan PKPIM serta institusi pendidikan jamaah telah meninggal dunia jam 8:05 pada 31 Julai 2016. Sepanjang hayat beliau, Allahyarham memulakan kariernya di Sekretariat ABIM Pusat (SAP) sebelum menabur bakti di beberapa agensi pendidikan yang dikelolakan ABIM menerusi Yayasan Takmir Pendidikan (YTP). Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi, pada 1 Ogos 2016, sejurus sebelum solat Zohor. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau di atas segala jasa dan kebaktian beliau di dalam dakwah. Al-Fatihah.

 

              

Read 246 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM, MAIPk & JPN Perak Bekerjasama Anjur Program DERMAGA Di 20 Buah Sekolah Sekitar Perak

 

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di bawah agenda pembangunan sosial dan keluarga, komited memberikan pendidikan keluarga dan masyarakat keseluruhannya, agar dapat menjadi benteng kepada kebejatan sosial; yang melanda ummah pada waktu ini. “Diriku Permata Berharga” (DERMAGA) merupakan program pendidikan remaja, khusus menjauhi gejala sosial dan lebih kepada pernghargaan diri sendiri.

Program yang dianjurkan oleh ABIM dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak ini, akan menjelajah ke seluruh Perak; untuk memberi penerangan tentang cara hidup remaja yang sihat dan bersakhsiah. Program ini menekankan isu pergaulan bebas dan mengandung luar nikah pada umur remaja.

Hampir 4,000 pelajar beserta guru guru mendapat manfaat daripada perkongsian dan latihan ini. Apabila berada di lapangan, banyak kisah kisah remaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah khususnya air ketum, syabu dan ganja yang merenggut masa hadapan anak muda kita. Diharapkan pihak kerajaan dapat melihat isu dadah dan remaja sekolah ini dengan lebih fokus terutama pengurusan kewangan yang perlu ditambahbaik. Hal ini berkait rapat dengan pembinaan generasi muda dan kepimpinan akan datang.

Read 376 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Kemenangan Bantah TPPA
16 Mac 2017, Mahkamah Persekutuan Putrajaya:- Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim mendedikasikan ...
ABIM Reiterates Call To
14th of November 2016 Muslim Youth Movement Malaysia (ABIM) refers to the case of Rafizi Ramli who ...
ABIM Vehemently Condemns
16 July 2016:- The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) would like to express our deep concern ...
Kenaikan Harga Minyak
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada pengumuman kenaikan harga minyak untuk ...
Isu Pembentangan RUU 355
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian ...

ABIM Negeri

Kemenangan Bantah TPPA
16 Mac 2017, Mahkamah Persekutuan Putrajaya:- Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim mendedikasikan ...
ABIM Reiterates Call To
14th of November 2016 Muslim Youth Movement Malaysia (ABIM) refers to the case of Rafizi Ramli who ...
ABIM Vehemently Condemns
16 July 2016:- The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) would like to express our deep concern ...
Kenaikan Harga Minyak
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada pengumuman kenaikan harga minyak untuk ...
Isu Pembentangan RUU 355
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian ...