ABIM Pusat

TQKA-17 Di Gua Musang Uji Ketahanan Daie Haraki Featured

Sep 07, 2017
Hit: 33
Written by
TQKA-17 Di Gua Musang Uji Ketahanan Daie Haraki

Alhamdulillah, telah berlangsung Tamrin Qiyadi Kebangsaan ABIM 2017 di Gua Musang, Kelantan pada 25-28hb Ogos 2017. . Pihak penganjur TQKA-17 GM merakamkan kesyukuran kepada ALLAH SWT, yang telah mempermudahkan banyak urusan. Tim Pelaksana TQKA-17 GM juga ingin menzahirkan jutaan penghargaan, kepada semua yang terlibat: Sekretariat ABIM Pusat (SAP), Biro Tarbiah, Pendidikan dan Latihan ABIM (TARPEL), Tim Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB), Islamic Outreach ABIM Centre (IOAC), ABIM Kelantan, ABIM-ABIM Negeri, Para Penyumbang.

 Tidak lupa, Masjid Tengku Muhammad Faiz Gua Musang, Masyarakat Orang Asal Pos Tuel dan Hanir, Para Chef yang bertugas menambah selera dan semangat para peserta, para pemandu bas dan lori; serta seluruh peserta yang memberi komitmen tinggi. . Partisipati anda amat kami hargai, malah menjadi sebahagian dari kenangan TQKA-17 ini. . Semoga jasa kalian diganjari ALLAH SWT dengan sebaik-baiknya. Amin. .

Pengalaman di Gua Musang, memperlihatkan pada kita betapa rindunya masyarakat, kepada santunan dan kasih sayang kita selaku pendakwah. . Maka, sentiasalah turun padang, menjalankan tanggungjawab kita menyebarkan rahmah pada ummat. . Selamat Menyambut Aidil Adha al-Mubarak. Semoga pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. menjadi ibrah berguna dalam kehidupan kita. . Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah.

 

Hidup biar berjasa!

Read 33 times
Rate this item
(0 votes)
Budaya Membaca Harus Memberikan Impak Kepada Masyarakat

5hb September 2017 (Selasa): Alhamdulillah, Naib Presiden ABIM, Sdr. Mohd Khairul Anwar Ismail telah membuat pengisian dalam sesi Usrah Qiyadah ketika Induksi Kelab Bimbingan Mahasiswa, Universiti Putra Malaysia (KBM-UPM). . Induksi ini dijalankan sempena Program Latihan Kepimpinan (LAKEPO) Pimpinan KBM/UPM Sesi 2017/2018, yang berlangsung di Kolej dar al-Hikmah (KDH), Sungai Ramal Dalam, Kajang. 

Sdr. Anwar menyatakan, “Rutin membaca yang radikal harus mendatangkan impak kepada diri lantas menjurus ke arah perubahan masyarakat. Harus juga disulami dengan hikmah melalui perjalanan-perjalanan mencari ilmu (al-rihlah fii tholabil ilmi) yang sememangnya kerapkali dipandang enteng oleh sebahagian besar para pembaca.”

Memahami dan meyakini bahawa setiap individu itu mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin yang berkualiti, cemerlang akademiknya dan mulia sahsiahnya dan daya kepimpinan mereka perlu diterjemahkan melalui siri latihan dan bimbingan yang bersistematik selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara, maka KBM-UPM ditubuhkan pada tahun 1990. .

Read 24 times
Rate this item
(0 votes)
Ekonomi Pesat Tumbuh, Tapi Rakyat Tak Terasa Kesannya:- Dr Muhammed Abdul Khalid

KERAJAAN mengatakan ekonomi bertumbuh lebih daripada 5% untuk suku pertama 2017 dan situasi ini perlu diraikan. Pada masa yang sama, jurang antara keluarga terkaya dan termiskin negara ini semakin merapat, bermaksud yang situasi rakyat Malaysia hari ini lebih baik berbanding situasi 10 tahun lepas.

Tetapi realitinya, trend itu tidak membantu kebanyakkan rakyat Malaysia berdepan dengan peningkatan kos sara hidup, kata ahli ekonomi dan penulis Dr Muhammed Abdul Khalid. Realitinya ketika ekonomi sedang berkembang, kesenjangan atau jurang upah antara rakyat Malaysia terkaya dan pekerja biasa masih kekal luas, kata Muhammed.

Kesenjangan aset seperti perbezaan antara mereka yang memiliki hartanah dan instrumen kewangan juga meluas, kata Muhammed, penulis buku “Antara Dua Darjat- Agihan Pendapatan di Malaysia” yang diterbitkan pada 2014 dan mendapat sambutan menggalakkan. Kesenjangan dalam upah dan aset disebabkan dasar buruh dan fiskal yang lebih banyak memanfaatkan pemilik kapital berbanding pekerja biasa, katanya.

“Jadi walaupun kebanyakkan berita tentang ekonomi adalah berita baik, masih ada persepsi dalam kalangan pekerja biasa di Malaysia, yang mereka tidak merasakan faedahnya,” kata Dr Muhammed kepada The Malaysian Insight. Menurut Unit Perancang Ekonomi (EPU), kesenjangan pendapatan isi rumah diukur menggunakan pekali Gini, jatuh daripada 0.44 pada 2007 kepada 0.40 pada 2014. Semakin hampir kepada 0 bermaksud kesenjangan berkurangan dan menghampiri 1 bermaksud kesenjangan bertambah.

Read 78 times
Rate this item
(1 Vote)
ABIM Perak Komited Ketengahkan Advokasi Keprihatinan Isu Al-Aqsa

1hb Ogos 2017 (Selasa): Alhamdulillah, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz telah mengupas isu Palestin dan Al-Quds di SERI Al-Ummah, Chemor, sempena Program Asyirah WADAH-ABIM-KPIP.

 Turut berkongsi pentas pidato, Sdr. Mohammad Adhwa Mazland, Exco Dakwah PKPIM. . Sementelah, turut dijalankan, sesi penyerahan bendera dan peta Palestin, sebagai simbol amanah dari ABIM Pusat kepada ABIM Perak, untuk meneruskan perjuangan dan solidariti buat bumi Palestin.  31 borang keahlian baru ABIM daripada guru dan staf SERI Al-Ummah juga disampaikan oleh Guru Besar, al-Fadhil Ustaz Mohd Fadzil kepada Sdr. Faisal.

Dengan komitmen tinggi, para pimpinan dan aktivis ABIM Perak dari Kuala Kangsar, Taiping, Manjung, Perak Tengah, selain bandaraya Ipoh dan lain-lain; turun memberikan sokongan. . ABIM sedari awal penubuhannya, komited memperjuangkan pengumpulan dana, selain kempen penerangan serta advokasi, untuk menyelamatkan bumi Al-Quds, daripada terus dijajah oleh rejim Zionis Israel.

Read 82 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM & Komuniti Melayu Cocos Meterai Usahasama Dua Hala

3hb Ogos 2017 (Khamis): Alhamdulillah, ABIM hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama delegasi komuniti Melayu Cocos (Keeling) Islands Australia dan pimpinan utama Cocos Islands Cooperative Society Ltd. Delegasi ini asalnya telah mengadakan pertemuan di Sekretariat ABIM Pusat pada 5hb Disember 2016. . Mereka kini dalam rangka membina jaringan dan meneroka bidang pendidikan, produk Halal serta kewangan Islam untuk dibangunkan bagi masyarakat Melayu Cocos.  

Terdahulu, Saudara Mohd Shazni Abdullah (kini Ketua Biro Dakwah ABIM), pernah bertugas di Pulau Cocos, Australia dalam misi menyampaikan dakwah di sana. . Penduduk Melayu Cocos datang daripada berbagai negeri dari Alam Melayu-Nusantara. Wilayah luar Australia ini terletak 350 km dari pantai selatan Pulau Jawa, 1500 km dari Johor dan sejauh 3000 km dari pantai terdekat di tanah besar Australia.

Read 94 times
Rate this item
(0 votes)
Menelusuri Kisah Maryam  Dari Perspektif Tafsir & Psikologi Al-Qur'an

Maryam alaihassalam, adalah seorang perawan solehah yang diangkat pengkisahannya di dalam al-Quran. Maryam, yang dinazarkan ibunya buat Masjid al-Aqsa, dipilih Allah untuk menerima kemuliaan mengandungkan nabi terakhir daripada Bani Israel, iaitu Isa alaihissalam.

Namun, syarat yang dikenakan Allah, bahawa nabi ini haruslah lahir tak berbapa (selaku bukti mukjizat kekuasaan Allah yang bisa mencipta semahuNya), merunsingkan jiwa sang perawan solehah kerana ia bertentangan dengan adat manusia dan kelahiran; namun imanlah yang menjadikannya mampan teguh menerima taklif dan bersabar atas dugaan, demi Allah.

Melahirkan dalam keadaan bersendirian, tanpa ada suami atau siapapun yang menemani, benar-benar mencabar keimanan dan menguji dayatahan mental, sesudah fizikal (yakni dengan melahirkan), begitu juga penerimaan kaumnya yang dikenali dengan sikap yang jahat terhadap para nabi dan mereka yang soleh, yang menuduhnya berzina dan anaknya anak zina; semua ujiannya ditangani dengan yakin kepada Allah dan tidak teragak-agak dengan bantuanNya, bantuan yang datang dalam bentuk bayi kecil bersuara mempertahankan ibunya yang siddiqah. Betapa mulianya kedudukan beliau, sehinggakan beliau digelar ‘wanita yang sempurna’ oleh Rasulullah SAW.

Read 98 times
Rate this item
(0 votes)

ABIM Gerakkan Kempen #NaikMRTIngatPalestin Featured

Jul 27, 2017
Hit: 93
Written by
ABIM Gerakkan Kempen #NaikMRTIngatPalestin

20 Julai 2017, Kuala Lumpur:- Alhamdulillah, hari ini ABIM meneruskan momentum Kempen #NaikMRTIngatPalestin, di Stesen MRT Muzium Negara dan Stesen Pasar Seni  pada jumaat lalu. Turut mendapat liputan media daripada Sinar TV dan Al-Jazeera, kempen pada  diketuai oleh Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz.

.

Tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi; para pengguna MRT khususnya dari Stesen MRT Kajang, menyambut baik kempen ini. . Bermula semalam, ABIM telah menjalankan kempen #NaikMRTIngatPalestin di Stesen MRT Kajang. .

Read 93 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

TQKA-17 Di Gua Musang
Alhamdulillah, telah berlangsung Tamrin Qiyadi Kebangsaan ABIM 2017 di Gua Musang, Kelantan pada ...
Budaya Membaca Harus
5hb September 2017 (Selasa): Alhamdulillah, Naib Presiden ABIM, Sdr. Mohd Khairul Anwar Ismail ...
Ekonomi Pesat Tumbuh,
KERAJAAN mengatakan ekonomi bertumbuh lebih daripada 5% untuk suku pertama 2017 dan situasi ini ...
ABIM Perak Komited
1hb Ogos 2017 (Selasa): Alhamdulillah, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz telah ...
ABIM & Komuniti
3hb Ogos 2017 (Khamis): Alhamdulillah, ABIM hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) ...
Menelusuri Kisah Maryam
Maryam alaihassalam, adalah seorang perawan solehah yang diangkat pengkisahannya di dalam al-Quran. ...
ABIM Gerakkan Kempen
20 Julai 2017, Kuala Lumpur:- Alhamdulillah, hari ini ABIM meneruskan momentum Kempen ...
Solidariti Untukmu, Ya
Ayahanda Buya Hamka Pernah Berpesan " sebagai umat kalau kita tidak lagi boleh membela Islam lebih ...

ABIM Negeri

Program Pendidikan
Pada 10hb hingga 12hb Ogos 2017 telah diadakan Training Of Trainer DERMAGA di Perbadanan ...
Manifesto Sekolah Masa
12 Oktober 2017, Klang , Selangor Darul Ehsan:- ABIM Selangor telah meluncurkan buku penerbitan ...
Imam Dari Australia
Kursus Intensif Imam: Bermula sejak 18 Julai 2017 sehingga 3 Ogos 2017, Abim Negeri Sembilan telah ...
ABIM Sabah Setia
Pelancaran Sambutan 35 Tahun ABIM Sabah oleh Tim. Pengerusi Syura (WAS) Negeri Sabah, En . Sunoto ...
Street Dakwah Smile ABIM
10 Jun 2017 - Program Sinar Ramadan 1438H ABIM Pahang disemarakkan dengan penganjuran Program SMILE ...