ABIM Negeri

Published in ABIM Negeri

Peserta KRIS Ekspresi Solidariti Untuk Masyarakat Rohingya Featured

Jun 01, 2015 Hit: 488 Written by 
Peserta KRIS Ekspresi Solidariti Untuk Masyarakat Rohingya

29 - 31 Mei 2015:- Para peserta Kem Remaja Islam (KRIS) di Kompleks Rakan Muda, Baling, Kedah, telah menunjukkan solidariti ke atas masyarakat Rohingya ketika program tersebut. Mereka telah berhimpun serta mengangkat playcard bertulis Citizenship For Rohingya (#citizenship4rohingya). ABIM sedang menggerakkan kempen Citizenship For Rohingya selaku solusi kepada kemelut kemanusiaan yang dialami masyarakat Rohinygya yang dinafikan "kewujudannya" di Myanmar. 

MediaABIM : ABIM Anjur Protes Senyap Dan Bantah Penindasan Ter...

Menurut Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan, keengganan Myanmar mengiktiraf masyarakat Rohingya sebagai rakyat mereka merupakan punca masyarakat itu dihalau."Jadi kita mendesak Myanmar terbuka untuk berbincang mengenai perkara ini, dan kita dengan jelas ingin memberikan isyarat kepada masyarakat antarabangsa bahawa kita sememangnya membenci dan ingin menghentikan satu nilai yang cukup buruk di sisi nilai kemanusiaan," katanya.Selain itu, ABIM juga menggesa pelbagai pihak termasuk kerajaan dan negara-negara ASEAN supaya menggerakkan program kesedaran serta advokasi ke arah mengangkat semula maruah masyarakat Rohingya.Creadit : Astro Awani

Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Sunday, 31 May 2015

Kempen ini adalah advokasi untuk menggesa kerajaan Myanmar mengiktiraf masyarakat Rohingya sebagai warganegara (Myanmar) yang sah serta bermaruah. Masyarakat Rohingya telah dinafikan hak mereka sebagai warganegara di bumi kelahiran mereka di Myanmar. Sebab itu mereka bergelandangan di laut serta menjadi pelarian termasuk ke Malaysia. Kempen ini mahu tragedi ini dihentikan serta tidak berulang kembali. Solusinya: mendesak kerajaan Myanmar mengiktiraf masyarakat Rohingya sebagai rakyat di negara itu (Myanmar). 

Last modified on Monday, 01 June 2015 06:20
Read 488 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

P.E.R.U.B.A.H.A.N
ramailah yang membincangkan tentang P.E.R.U.B.A.H.A.N. Saya belajar dari Dr Zainab Alwani, untuk ...
Menangani Gelombang
Oleh:- Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) “We cannot get away ...
Feminisme Talbiah :
Disediakan oleh Raja Nurul Balqis Raja Mohd Ariff Wanita Dalam Karya. Pernah dengar teori ...
Bahasa Jiwa Bangsa! Para
3 hb April 2019: Allhamdulillah, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz telah ...
Kisah Subra & ABIM
Tersenyum kami sejak Subra datang ke ABIM. Saja nak kongsikan kisah Subra dan macam mana Subra ...
Tamrin Qiyadiy
Syukur alhamdulillah, telah berlangsung Tamrin Qiyadi (Latihan Kepimpinan) Kebangsaan ABIM (TQK) ...
Bunga Raya-Fern Leaf
Ummu Noura Ummu Sofea It was not pre-arranged. It was a coincidence. My very intention ...
Hibiscus-Fern Leaf
At the solidarity event organized by Abim Pusat & FGIS - Friendship Group to express support to ...