ABIM Negeri

Published in ABIM Negeri

Rejab Umpama Muqadimah Menuju Ramadhan Featured

Mar 11, 2020 Hit: 177 Written by 

 

rejab

1hb MAC 2020, Tebobon: Siswazah Muda ABIM (SISMA) telah mengadakan Usrah Untuk Mahasiswa Kita  Siri 13 di Maktabah At-Tauhidi dengan membincangkan tentang Fiqh Rejab. Usrah pada kali ini membawakan tajuk "Fiqh Rejab".

Sedikit perkongsian mengenai usrah, makalah yang diterjemahkan oleh Ustaz Mohammad Syafiq Ismail, (Exco Dakwah ABIM Pusat dan Exco Penyelidikan ABIM Sabah) dari petikan Syekh Muhammad Soleh alMunajjid.

1) Bulan Rejab merupakan bulan ketujuh dari bulan-bulan Hijriah.

Namanya merupakan kata terbitan daripada perkataan atTarjib, yakni atTa'zim (Pengagungan).

Kerana pada bulan ini, arab Jahiliyah mengagungkannya, dan tidak akan membenarkan sebarang peperangan.

2) Bulan Rejab merupakan salah satu dari empat bulan yang terhormat. Firman Allah SWT dalam surah atTaubah ayat 36, "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati."

Di dalam hadis, "Sesungguhnya zaman itu beredar sepertimana keadaannya pada hari Allah mencipta langit dan bumi.

Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya ada empat yang terhormat. Tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, dan alMuharram. Serta Rejam, bulan Mudharr yang terletak di antara Jumada dan Sya'ban." (HR alBukhari & Muslim)

3) Pada bulan-bulan terhormat ini (yang antaranya bulan Rejab), merupakan bulan-bulan yang agung di sisi Allah Ta'ala.

Dilarang padanya sebarang bentuk kezaliman pada jiwa (samada jiwa sendiri atau orang lain). Firman Allah SWT, "Janganlah kalian menzalimi diri kalian padanya (bulan yang empat itu)." AtTaubah, 36.

4) Menjadi kewajiban ke atas setiap muslim, untuk mengagungkan bulan-bulan yang terhormat ini. Melaksakan kefardhuannya dan menunaikan kewajibannya.

(Maka pecutan kita dalam amal ibadah bukan hanya pada setakat bulan Ramadhan sahaja, tetapi mestilah pada bulan-bulan yang lain lebih-lebih lagi pada 4 bulan yang terhormat ini).

Begitu juga berwaspada daripada menzalimi dirinya sendiri dengan melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah dan yang menyebabkan kemurkaanNya, serta melanggar batas-batasNya subhanah, pada bulan-bulan ini khususnya, dan juga pada bulan-bulan lain.

5) Tidak ada sebaranghadis yang menerangkan kemuliaan bulan Rejab secara khusus. alHafiz Ibn Hajar rahimahullah, (Pengarang Kitab Sahih Bukhari) berkata, "Tidak ada sebarang hadis sahih yang boleh dijadikan hujah, berkenaan kemuliaan bulan Rejab, dan tidak pula pada puasanya (puasa Rejab secara penuh), begitu juga tidak (ada hadis sahih) berkenaan puasa pada hari-hari tertentu padanya, dan begitu juga tidak ada qiyamullail yang khas baginya."

6) Rejab ini umpama mukadimah bagi Ramadhan. Atas sebab itu, hendaklah ia dijadikan sebagai tempat persiapan dan persediaan bulan Ramadhan. Abu Bakar alBalkhi rahimahullah, "Bulan Rejab bulan menanam. Bulan Sya'ban bulan menyiram tanaman. Bulan Ramadhan bulan menuai hasil tanaman."

(Maka menanam itu umpama menggembur tanah, mencabut rumput-rumput dan juga lalang-lalang untuk ditanam suatu tumbuhan yang memberi manfaat seperti buah-buahan & sayur-sayuran)

Hebahan oleh,
Unit Media & Arkib
ABIM Sabah

Read 177 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Edar Pelitup Muka
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat perihatin dengan penguatkuasaan ...
Pulau Pinang adalah
  Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan Islam di Tanah Melayu! Itu adalah kesimpulan ...
Keistimewaan Hari-Hari
  Oleh: Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Saudara muslimku, kita akan bertemu dengan bulan ...
Sejarah Taski Dan Pasti:
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...

ABIM Negeri

ABIM Edar Pelitup Muka
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat perihatin dengan penguatkuasaan ...
Pulau Pinang adalah
  Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan Islam di Tanah Melayu! Itu adalah kesimpulan ...
Keistimewaan Hari-Hari
  Oleh: Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Saudara muslimku, kita akan bertemu dengan bulan ...
Reconversion of Hagia
Sejarah Taski Dan Pasti:
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
Our website is protected by DMC Firewall!