ABIM Negeri

Published in ABIM Negeri

Kita Meminta Dengan Cita-Cita, Allah Memberi Dengan Cinta! Featured

Feb 17, 2020 Hit: 163 Written by 

la tahzan

Oleh Nurul Hana Mohamed Khairi (HELWA ABIM Perak)

Alhamdulillah diberikan ruang dan peluang oleh Allah dan diberikan amanah untuk memberikan pengisian hati buat penghuni-penghuni rumah Perlindungan Wanita atau Rumah Singgah Kita melalui pengisian dari Kitab La Tahzan ( Jangan Bersedih ) Tulisan dari DR Aidh Al Qarni .
.
.
Kitab La Tahzan dipilih untuk menyuntik semangat dalaman wanita yang dirundung ujian khususnya supaya meletakkan Allah di tempat yang pertama di hati untuk memohon pertolongan dan penyelesaian di setiap masalah yang sedang kita hadapi . Supaya kita dapat terus bangkit dari musibah yang dilalui, supaya kita dapat mengambil pelbagai ibrah atau pengajaran daripada ujian yang ditempuh dan seterusnya bersangka baik dengan Allah, kerana di setiap ujian tersebut adanya rahmat Allah dan tanda Allah sayang.
.
.
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
.
.
Surah Azzumar ayat 53 ini memberikan kekuatan buat kita semua untuk kembali kepada Allah. Di mana Ulama’ Tafsir menyebut yang ayat ini adalah ayat yang paling memberi harapan kepada manusia dalam Al-Qur’an. Khususnya buat hamba Allah yang seperti yang berdosa setiap hari, buat hamba yang dalam kesedihan dan berputus asa dalam hidupnya .
.
.
Antara pengajaran utama ayat ini.
.
.
1. Allah menyebut " wahai hambaku " yang "melampaui batas " untuk kembali kepada Allah walau pun telah melakukan banyak dosa dan maksiat menunjukkan Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengampun serta Allah mengikturaf kita sebagai hambaNya yang dekat dengan Maha Pencipta.
.
.
2. Ayat kedua menyeru agar jangan berputus asa dari rahmat Allah menunjukkan Allah Maha Pemberi Rahmat bagi hamba-hamba-Nya yang ingin bertaubat dan kepada semua hamba-hamba-Nya untuk kembali kepada Allah dengan sebenar-benarnya .
.
.
Di akhir kuliah saya berkongsi sedikit sebanyak tips untuk menghadapi ujian agar kita lebih bersemangat menempuh hari-hari yang mendatang .
.
.
1. Fokus kepada nikmat yang Allah berikan lebih banyak dari ujian yang Allah berikan .
.
.
2. Pahala ujian lebih banyak jika kita bersabar, berusaha dan berdoa untuk bangkut semula .
.
.
3. Ujian mendekatkan diri kita kepada Allah , tanda Allah sayang .
.
.
4. Serah diri dan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah, redakan stress atau kesedihan dengan bertahajjud. Insha'Allah mendapat ketenangan yang luar biasa dan penyelesaian di setiap masalah tanpa disangka-sangka.
.
.
5. Allah memakbulkan doa bukan apa yang kita mahu tapi apa yang kita perlu keranakita meminta doa dengan cita-cita tetapi Allah memberikan dengan CINTA kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita . In sha Allah .
.
.
Teruslah bangkit ???
.
.
Jom dapatkan kekuatan dari Surah At Taubah (09) : Ayat 40 : لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعَنَا
.
.
“Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita”

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:


“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.


Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya”.

(Hadis Riwayat Muslim)

 

Last modified on Monday, 09 March 2020 03:54
Read 163 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Edar Pelitup Muka
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat perihatin dengan penguatkuasaan ...
Pulau Pinang adalah
  Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan Islam di Tanah Melayu! Itu adalah kesimpulan ...
Keistimewaan Hari-Hari
  Oleh: Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Saudara muslimku, kita akan bertemu dengan bulan ...
Sejarah Taski Dan Pasti:
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...

ABIM Negeri

ABIM Edar Pelitup Muka
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat perihatin dengan penguatkuasaan ...
Pulau Pinang adalah
  Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan Islam di Tanah Melayu! Itu adalah kesimpulan ...
Keistimewaan Hari-Hari
  Oleh: Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Saudara muslimku, kita akan bertemu dengan bulan ...
Reconversion of Hagia
Sejarah Taski Dan Pasti:
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd