ABIM Negeri

Published in ABIM Negeri

ABIM Kuala Muda Kumpul Barang Keperluan Sekolah Terpakai. Featured

Jan 02, 2020 Hit: 58 Written by 

sinar harian abim kuala muda         

 

SUNGAI PETANI - Bagi menyantuni golongan kurang berkemampuan membuat persiapan persekolahan, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kuala Muda menganjurkan kempen mengumpul barang keperluan sekolah terpakai.

Yang Dipertua ABIM Kuala Muda, Dr Amir Mohd Nason berkata, kempen bermula 15 Disember lalu itu menempatkan dua lokasi pengumpulan barangan sekolah terpakai iaitu di Stesen Minyak Shell Taman Sejati dan Pasaraya Econsave Bandar Puteri Jaya.

Menurutnya, antara barangan sekolah yang dikumpulkan termasuklah beg, kasut, baju dan alat tulis yang masih boleh digunakan.

"Setakat ini, kita menerima sambutan menggalakkan dari masyarakat setempat sejak ia dibuka dan dijangka tamat pada 31 Disember 2019 iaitu sebelum sesi persekolahan baharu dibuka," katanya kepada Sinar Harian.

Amir berkata, selain membantu golongan kurang berkemampuan seperti pelajar asnaf dan kumpulan B40 dalam menghadapi cabaran kos sara hidup tinggi, kempen diadakan juga bertujuan menggalakkan kitar semula barangan.

"Dalam masa sama, kita menggalakkan masyarakat kitar semula barangan yang masih elok, pembuangan barangan sebegitu hanya akan menambah kesan buruk kepada alam sekitar," katanya.

Sementara itu, Pengurus Econsave Wilayah Utara, Zamzuri Mansor berkata, pihaknya sentiasa memberi sokongan terhadap program kemasyarakatan seumpama itu bagi membantu golongan memerlukan. Akhbar:- Sinar Harian.

Last modified on Thursday, 02 January 2020 03:20
Read 58 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Solidariti Untuk Umat
*ABIM Gesa Tolak Sebarang Usaha Normalisasi Kekejaman Terhadap Etnik Uighur*   Pada 31 Mei ...
Malaysia Baharu
Sudah lebih setahun berlalu semenjak tercetusnya detik keramat 9 Mei 2018 yang merobah tampuk ...

ABIM Negeri

Hentikan Polemik Pongal
Bengkel Tadabbur Perluas
Solidariti Untuk Umat
*ABIM Gesa Tolak Sebarang Usaha Normalisasi Kekejaman Terhadap Etnik Uighur*   Pada 31 Mei ...
Malaysia Baharu
Sudah lebih setahun berlalu semenjak tercetusnya detik keramat 9 Mei 2018 yang merobah tampuk ...
Apresiasi Naib Presiden
Hormati Sensitiviti :
Solidariti Rakyat
Our website is protected by DMC Firewall!