ABIM Negeri

Published in ABIM Negeri

Buku Teks Tulisan Siti Nuur Afiqah Jadi Rujukan. Featured

Dec 12, 2019 Hit: 95 Written by 

Afiqah Saleh buku teks

 

Antara buku-buku teks yang ditulis oleh Siti Nuur Afiqah.

Semoga langkah pertama ni menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih bermakna. Menulis bukanlah suatu yang mudah, namun menulis punya banyak kelebihan. Menulis juga medium luahan emosi dan ilham, serta berkongsi idea dan pengalaman yang akan kekal sepanjang zaman.

Menulis buku latihan pelajar juga suatu usaha yang tidak mudah kerana perlu kepada asas ilmu dan kefahaman topik. Tahniah dan syabas untuk Siti Nuur Afiqah Saleh kerana menulis beberapa teks yang dijadikan rujukan dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Antara buku latihan nukilan beliau diterbitnya menerusi siri buku latihan Praktis Gold dan pentaksiran bilik darjah khusus untuk pendidikan Islam.

"Menulis sememangnya antara cita-cita saya dari kecil. Maka,saya pun bertatih-tatih menulis buku latihan dulu," jelas beliau yang aktif dalam aktiviti dakwah di sekitar negeri Johor. Beliau pernah diamanahkan sebagai Ketua Helwa ABIM Negeri Johor selama dua penggal 

afiqah saleh

 

Siti Nuur Afiqah juga adalah warga pendidik Sekolah Seri ABIM Johor Bahru bersama suaminya yang juga pimpinan ABIM Negeri Johor. Bagi wanita lulusan Ijazah Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini,  mengatakan:

"Allah tidak memerlukan kita untuk menjaga agamaNya, tetapi kita lah yang memerlukan Allah untuk menjaga nikmat iman dan Islam dalam diri kita. Kami lakukan ini bukan kerana kami lebih baik daripada kalian, tapi kami lakukan kerana kami mahu jadi baik di mata Tuhan". Menerusi akaun media sosial peribadinya: beliau juga berkongsi petikan madah kata-kata berikut. 

Berjuang bukan sahaja menyerang

Salah serang kita tempang

Berjuang bukan sahaja berperang

Asyik perang syaitan gembira tepuk girang

Berjuang mesti ada prinsip yang dipegang

mempertahankan segala tanpa tersisa walau sehelai sepinggang

Berjuang boleh dengan wang

Bukan diminta infaq lari tak nampak bayang

Berjuang perlu sabar walau disepak terajang

perlu banyak bertenang

Tidak terlalu kenyang

Tidak Ada bersenang-senang

tidak bangga dengan pujian menjulang

Tidak tertipu dek cabaran yang tak diundang

Tidak tersentak dengan kritikan bertandang

Tidak bertangguh apabila seruan berkumandang

Berjuang lah dengan hikmah Dan Kasih sayang

Berjuang hasilnya tak semestinya sekarang

Beburung pun tak segera nak hasilkan sarang

 

Last modified on Thursday, 12 December 2019 09:48
Read 95 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Solidariti Untuk Umat
*ABIM Gesa Tolak Sebarang Usaha Normalisasi Kekejaman Terhadap Etnik Uighur*   Pada 31 Mei ...
Malaysia Baharu
Sudah lebih setahun berlalu semenjak tercetusnya detik keramat 9 Mei 2018 yang merobah tampuk ...

ABIM Negeri

Hentikan Polemik Pongal
Bengkel Tadabbur Perluas
Solidariti Untuk Umat
*ABIM Gesa Tolak Sebarang Usaha Normalisasi Kekejaman Terhadap Etnik Uighur*   Pada 31 Mei ...
Malaysia Baharu
Sudah lebih setahun berlalu semenjak tercetusnya detik keramat 9 Mei 2018 yang merobah tampuk ...
Apresiasi Naib Presiden
Hormati Sensitiviti :
Solidariti Rakyat
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd