Print this page

ABIM Negeri

Published in ABIM Negeri

Undi 18: Bagaimanakah Masa Depan Malaysia? Featured

Jul 30, 2019 Hit: 726 Written by 
Undi 18: Bagaimanakah Masa Depan Malaysia?

26 Julai 2019, Kota Kinabalu - Alhamdulillah. Siswazah Muda ABIM (SISMA) Negeri Sabah telah menganjurkan progrm 'FORLOT Undi 18: Masa Depan Malaysia?' telah berlangsung dengan jayanya di Youth Lounge Rumah KAMI, Kota Kinabalu. 

FORLOT kali ini menjemput Saudara Abqaree Fawaz, Timbalan Presiden MBS dan Saudara Asraf Sharafi, Koordinator BERSIH 2.0 Sabah, dan tidak lupa juga Saudara Muhd Madani Bin Hj Mustapha, Naib YDP SISMA selaku moderator forum. 

Ringkasnya, penurunan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun telah menimbulkan pelbagai persepsi dan persoalan dalam minda masyarakat terutamanya dari kalangan anak muda. 

Para panel berpendapat, antara perkara yang perlu ditekankan dalam proses mempersiapkan anak muda ialah peranan guru-guru di sekolah sebagai pintu intelektual masyarakat dan menjelaskan kepada pelajar tentang konsep asas demokrasi. 

Kegiatan intelektual perlu dikembangkan seperti memperbanyakkan bahan bacaan dan perkara ini wajarlah bermulanya di sekolah kerana masalah yang dikenalpasti di Malaysia ialah, kurangnya pemimpin intelektual. 

Selain itu, panel juga menekankan tentang pemaknaan politik yang sebenar dalam kalangan anak muda khususnya pelajar sekolah untuk mengelakkan pemahaman mereka terhadap politik bukannya berdasarkan sentimen semata-mata. Diucapkan ribuan terima kasih kepada para panel yang sudi hadir dan berkongsi pendapat masing-masing.

Semoga FORLOT kali ini mampu memberi input serta sedikit penjelasan berkenaan Undi 18.

Read 726 times
Rate this item
(0 votes)

Latest from editor-media

DMC Firewall is a Joomla Security extension!