ABIM Negeri

Published in ABIM Negeri

PMG Jadi Titik Mula, Ukhuwah Sesama Kita, Untuk Berbakti Pada Semua Featured

Mar 01, 2019 Hit: 1054 Written by 
PMG Jadi Titik Mula, Ukhuwah Sesama Kita, Untuk Berbakti Pada Semua

Menara, menjadi titik bermula, ukhwah sesama kita, untuk berbakti pada semua."

Alhamdulillah Perkampungan Menara Gading Sabah (PERMAGAS) 2019 yang disertai 56 orang peserta lepasan SPM yang diadakan selama 3 hari 2 malam di Permai D'Valley Ratau, Sabah telah selamat melabuhkan tirai.

Menariknya, PERMAGAS kali ini disertai oleh 4 orang peserta non-Muslim yang turut mengambil semangat untuk menjadi mahasiswa berjaya pada masa akan datang. Antara aktiviti dan pengisian yang dikongsikan adalah mock interview, universiti medium pembinaan karakter, jelajah siswa, townhall bersama presiden Majlis Belia Negeri Sabah, saudara Ahmad Farid Sainuri dan banyak lagi aktiviti yang menarik.

Turut hadir di majlis penutupan PERMAGAS kali ini adalah saudara Jaafar Mahmud, Yang Dipertua Angkatan Belia Islam (ABIM) Sabah selaku perasmi, saudara Lukman Nurhakim Kamazan, Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) serta Balqis Staffy Mojutal, Timbalan Yang Dipertua Siswazah Muda ABIM Sabah (SISMA).

Aspirasi yang telah disajikan ini kelak inshaAllah pastinya mampu melahirkan bakal Mahasiswa Bitara yang berjiwa kental dan berketerampilan dalam mendepani arus globalisasi yang kian mencabar dalam membentuk jasmani, emosi, rohani dan intelek yang mantap dalam kehidupan. Tahniah diucapkan kepada semua penggerak dan peserta PERMAGAS kerana telah menjayakan program ini.

Semoga manfaatnya dapat dikongsikan pada masa hadapan dan semoga kehadiran membuahkan pertemuan yang baik dan menzahirkan pengetahuan & ilmu yang bermanfaat buat diri dan Umat, insyaa-Allah. 

Jika berminat untuk mengadakan program/kursus/kem bersama PKPIM di peringkat institusi anda sama ada di sekolah, IPT, masjid mahupun komuniti, boleh hubungi : Bro Luqmanul : 013-210 2589 Atau Sis Hanani : 011-3838 9594

Read 1054 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Terus Agih
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
COVID-19: ABIM Seru Umat
SERUAN MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakātuh. Di saat ...
Manusia, Kekayaan dan
Oleh:-  Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...
Jadilah Wanita Istimewa
   Oleh: Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...

ABIM Negeri

ABIM Terus Agih
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
COVID-19: ABIM Seru Umat
SERUAN MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakātuh. Di saat ...
Manusia, Kekayaan dan
Oleh:-  Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...
Jadilah Wanita Istimewa
   Oleh: Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...
Year 2020: Charting the
Our website is protected by DMC Firewall!