ABIM Negeri

Alhamdulillah, pada 15hb Ogos 2020, Sdr. Mohammad Fazril Mohd Saleh (Setiausaha Agung ABIM Pusat) menziarahi teman-teman dengan menghadiri Usrah Gabungan WADAH-ABIM-KPIJ di Kulai, Johor. Hadir sama, mantan Naib Presiden ABIM yang juga kini Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha.
Tema perbincangan utama adalah perihal sejarah peradaban Kesultanan Johor dan konsep Bangsa Johor. Dibentangkan oleh Prof Dr Kassim Thukiman.
Pada 16hb Ogos 2020, Sdr. Fazril bertukar-tukar pandangan berhubung isu-isu antarabangsa dan umat sejagat bersama Sdr. Azril Mohd Amin, Ketua Eksekutif Centre for Human Rights Research & Advocacy (Centhra) di Thistle Johor Bahru.
Sdr. Fazril turut menziarahi Sekolah Sri ABIM Johor Bahru, bersama murid tua sekolah tersebut, Sdr. Zainudin Zakaria (Yang Dipertua ABIM Johor).
Beliau merupakan angkatan awal pelajar SRI Johor Bahru, kemudiannya melanjutkan pelajaran peringkat sekolah menengah di Maahad al-Ummah, Chemor (Perak) yang juga merupakan institusi pendidikan ABIM.
Mereka turut bergambar (atas) di hadapan bangunan Istana Mustika Embun, Jalan Abdul Rahman Andak, Johor Bahru, yang diniatkan sebagai wakaf untuk perjuangan pendidikan Islam oleh Almarhumah Tuanku Ampuan Mariam binti Almarhum Sultan Abu Bakar.
Sdr. Fazril turut melawati Sekolah Menengah Islam (SEMI) ABIM Johor Bahru. Diiringi pengetua sekolah yang juga aktivis ABIM Johor, Ustaz Farhan Ashari.
Selain itu, beliau mengunjungi Taska dan Pusat Jagaan Kanak-kanak Mustika Embun di kawasan Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru bersama pengurus pusat tersebut, Sdr. Mohammad Tirmizi Abd Manaf, aktivis ABIM Johor yang berjasa.
Pada 17hb Ogos 2020, Sdr. Fazril juga mengunjungi Pusat Tahfiz Sains Darul Ilmi, di Segamat (Johor). Kehadiran mereka disambut oleh pengasas-mudir Haji Ishak Idris, Puan Hajah Norani Saring dan Ustaz Ahmad Idris al-Hafiz. Mereka adalah senior ABIM yang banyak berkorban untuk umat.
Beliau juga mengunjungi kompleks Tadika TASKI ABIM al-Hidayah, Muar. Diiringi oleh sahabat ABIM Johor, Sdr. Muazan Mahbol, bersama Puan Zu dan Dr. Kassim.

Melawat sahabat-sahabat di Machang (Kelantan).
Meninjau perkembangan aktiviti pertanian dan perternakan ABIM Machang yang diketuai oleh Ustaz Tarmizee.
Anak-anak muda di Machang bercita-cita mengembangkan program penternakan mereka sehingga mampu menjadikannya sebagai suatu karier anak muda di kawasan desa.
Direncanakan dalam masa terdekat, penambahan kandang kambing dan biri-biri, dan pembukaan taman arnab.
*09 Ogos 2020 | Machang, Kelantan
#TerimaKasihABIM
#ABIMdiHatiku @ Machang,Kelantan


Semoga syiar dakwah terus tersebar meluas tanpa dibatasi dengan sempadan.
"Jelajah Islah Tanpa Sempadan"
.............
Hebahan oleh,
Unit Media & Arkib
ABIM Sabah

29hb Julai 2020: Alhamdulillah, sekitar Ziarah Rahmah Aidiladha dan Bantuan Asas Keperluan Harian oleh ABIM Sabah dan ABIM Sandakan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan kepada Sdr. Arianto Kasiman, yang menjalani pembedahan buah pinggang, baru-baru ini.
Penerima telah berhenti kerja atas sebab penyakit strok dan isteri suri rumah, serta berteduh kasih dengan mertua.
Beliau tiada pendapatan harian dengan tanggungan 3 orang anak dan 2 daripadanya masih bersekolah.
Terima kasih atas sumbangan orang ramai. Jom hayati ibadah korban. Terima kasih kepada Sdr. Gary Hardin Lugard di atas keprihatinan beliau, berkongsi info atas kesulitan Sdr. Arianto dan isteri, Puan Ardah.
Semoga Tuhan mengurniakan kebaikan atas keprihatinan Sdr. Gary.

15hb Julai 2020: Alhamdulillah, bantuan asnaf Fasa Pertama di Kuala Kuang disampaikan oleh Ketua Biro Guaman ABIM Perak, Sdr. Khairul Anuar Musa. Pada 16hb Julai pula, bantuan Fasa Kedua untuk asnaf dan OKU disampaikan di Desa Tambun, Batu 8, Tanjung Rambutan. Sumbangan turut disalurkan kepada para asnaf kariah Masjid An-Nur Batu 8, Ulu Kinta. Sumbangan daripada USAID dan diselaraskan oleh pihak MARI. Penerima bantuan terdiri daripada pelbagai etnik, agama, jantina dan peringkat umur.

13hb Julai 2020: Alhamdulillah, Sdr. Khairul Anuar Musa, Ketua Biro Guaman ABIM Perak berkesempatan menyerahkan sumbangan ‘non-contact forehead thermometer’ kepada SMK Jati, SK Jelapang dan Seri Al Ummah Chepor. Ini juga merupakan salah-satu CSR daripada Tetuan Khairul & Syuhada bagi membantu sekolah-sekolah menangani Covid-19 ini. Didoakan semua pelajar dapat kembali ke sekolah dengan norma baharu, jaga jarak pakai pelitup muka insyaAllah membendung Covid-19. Turut bersama, Puan Jayanthi dari SIC+ PPD Kinta Utara.