ABIM Negeri

Galeri Al-Hikmah Abadikan Legasi Dakwah ABIM Negeri Kedah

17hb Mac 2018 (Sabtu): Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim telah merasmikan Galeri Al-Hikmah, Kedah Darul Aman di Kompleks Pendidikan Al-Hikmah, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Galeri ini menampilkan sejarah serta perkembangan gerakan ABIM serta sumbangannya, khususnya di negeri Kedah Darul Aman.

Read 389 times
Rate this item
(0 votes)

ABIM Besut Buka Pusat Pengajian Al-Qur'an Featured

Feb 07, 2018
Hit: 499
Written by
ABIM Besut Buka Pusat Pengajian Al-Qur'an

Majlis Kesyukuran, Solat Hajat, Bacaan Al-Quran 30 juzuk dan Doa Selamat Sempena Pembukaan Pusat Pengajian Al-Quran di Sekretariat ABIM Besut. Turut hadir Ustaz Ahmad Shakir Sofian, YDP ABIM Daerah Besut bersama pimpinan yang lain. Semoga Islam terus berkembang mekar; harum mewangi menyebarkan keamanan dan kesejahteraan ke sekalian alam.

Read 499 times
Rate this item
(0 votes)

Sri Seremban ABIM NS Lebarkan Sayap Ke Nilai Featured

Jan 30, 2018
Hit: 1004
Written by
Sri Seremban ABIM NS Lebarkan Sayap Ke Nilai

27 Januari 2018, Sabtu, Nilai:- Majlis Perasmian Sekolah Sri Seremban (Cawangan Nilai) telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad Raimi Presiden ABIM. Sekolah ini telah beroperasi sejak awal Januari 2018 dan telah memulakan sesi pembelajaran pada tahun ini. Turut hadir adalah Tuan Hj Abdul Rahman Yasin (Ketua Pengarah YTP), Tn Hj Khalil Jali CEO Sekolah Sri Seremban & Tn Hj Mohd Mazlan Suleiman dari LPS Sekolah Sri seremban yang juga turut menyampaikan sumbangan untuk pembangunan prasarana sekolah ini.

Tahniah buat pimpinan jemaah ABIM N.9, WADAHN9 dan PPINS atas komitmen semua bagi merealisasikan hasrat penubuhan sekolah ini. Tidak lupa juga penghargaan kepada LPS sekolah ini serta warga pendidik sekolah yang begitu komited dengan tugasan serta ucapan terima kasih kepada ibubapa penjaga yang sering menghulurkan bantuan untuk membangunkan sekolah ini. Syabas buat semua.

Read 1004 times
Rate this item
(0 votes)

Fasilitator Tunas Dermaga Johor Siap Berkhidmat! Featured

Jan 30, 2018
Hit: 497
Written by
Fasilitator Tunas Dermaga Johor Siap Berkhidmat!

Hari ini, 25 Januari 2018 (Khamis) Team DERMAGA Johor telah mengadakan Kursus Kejurulatihan Fasilitator di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Peserta dari kalangan pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, MARSAH. Mereka dilatih dengan ilmu-ilmu Kesihatan Reproduktif bagi peringkat kanak-kanak. Bagaimana cara untuk mengetahui statistik terkini, tahu bahagian badan yang tidak selamat untuk disentuh, tip 3M bagaimana hendak larikan diri jika ada orang nak buat perkara tidak baik pada diri kita dan juga kenali siapa individu-individu yang kita percaya untuk kita laporkan tentang perbuatan-perbuatan yang tidak baik orang pada diri mereka. Semoga kursus ini dapat membantu peserta mendapat ilmu-ilmu baru dan diberkati Allah.

Read 497 times
Rate this item
(0 votes)

BKA Pahang Bantu Warga Emas Terjejas Banjir Featured

Jan 22, 2018
Hit: 464
Written by
BKA Pahang Bantu Warga Emas Terjejas Banjir

6 Jan 2018 - Misi Bantuan Banjir 2018 yang pertama digerakkan ke Perkampungan Sungai Isap Damai, Kuantan. Tumpuan bantuan mencuci dan mengemas rumah penduduk warga emas yang terjejas banjir baru-baru ini dan baru pulang ke rumah selepas berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara. Biro Kesihatan Abim (BKA) Pahang juga membuat pemeriksaan kesihatan di lokasi bantuan. Misi Bantuan digerakkan bersama-sama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Pahang, KRT Sungai Isap Damai, MRA Pahang dan Kelab PERKIM KUIPSAS. Terima kasih kepada para penyumbang. Misi ini lebih lancar dengan bantuan yang dihulurkan.

Read 464 times
Rate this item
(0 votes)
Tujuh Belas Belia ABIM Ranau Bakal Dalami Islam Di Kedah

ABIM RANAU MENGHANTAR SERAMAI 17 ORANG BELIA KE KEDAH SELAMA 4 BULAN MENGIKUTI KURSUS PENGAJIAN ISLAM ========= Seramai 17 orang belia ( 9 orang lelaki & 8 orang wanita) diberi peluang mengikuti Kursus Pengajian Islam selama 4 bulan di salah sebuah pondok di Negeri Kedah. Para belia tersebut sempat diberikan taklimat akhir dan motivasi oleh Tn Hj Sainuri Yahmin, Mantan YDP ABIM Sabah dan Pengerusi Ngo Islam Sabah Concern. Semoga Islam terus berkembang mekar; harum mewangi menyebarkan keamanan dan kesejahteraan ke sekalian alam.

Read 500 times
Rate this item
(0 votes)

Diriku Permata Berharga ABIM PJ Featured

Jan 19, 2018
Hit: 418
Written by
Diriku Permata Berharga ABIM PJ

18.01.18,SMK Puchong Permai :- Alhamdulillah..selesai program Diriku permata berharga siri kedua dari ABIM PJ.pelajar tingkatan 2 seramai 200 orang pelajar. Program Dermaga di jalankan untuk tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran pendidikan berkaitan kesihatan reproduktif sosial dan remaja.. Pengisian slot di sampaikan oleh wakil-wakil dari ABIM PJ di mana mereka telah di latih sebagai jurulatih DERMAGA.Pengisi slot : Slot 1- Saudara Nabil Slot 2 - Saudara Syaifusyafiq Slot 3- Saudari Siti Khaulah

Read 418 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Backs Syed Saddiq's
KUALA LUMPUR: The Malaysian Islamic Youth Movement (ABIM) lauded the strong position opted by Syed ...
ABIM calls for mutual
ABIM calls for mutual respect and tolerance to avoid being trapped in racial prejudice. KUALA ...
ABIM Gesa Kaji Potongan
[Kenyataan Media ABIM] 6hb November 2018 Bersamaan 28 Safar 1440 H ISU PTPTN: ABIM GESA ...
Penjenayah Perang Israel
[Kenyataan Media] ABIM DESAK MASYARAKAT ANTARABANGSA KECAM SERANGAN ISRAEL KE ATAS PESERTA ...
Dato' Dr Siddiq bin
Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah di atas perlantikan YBhg. ...

ABIM Negeri

ABIM Backs Syed Saddiq's
KUALA LUMPUR: The Malaysian Islamic Youth Movement (ABIM) lauded the strong position opted by Syed ...
ABIM calls for mutual
ABIM calls for mutual respect and tolerance to avoid being trapped in racial prejudice. KUALA ...
ABIM Gesa Kaji Potongan
[Kenyataan Media ABIM] 6hb November 2018 Bersamaan 28 Safar 1440 H ISU PTPTN: ABIM GESA ...
Penjenayah Perang Israel
[Kenyataan Media] ABIM DESAK MASYARAKAT ANTARABANGSA KECAM SERANGAN ISRAEL KE ATAS PESERTA ...
Dato' Dr Siddiq bin
Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah di atas perlantikan YBhg. ...