ABIM Negeri

31.05.2017 - Infaq&Prihatin bersama Wadah Sabah, IFG Sabah dan RAY Nur Taqwa, Kg.Kayu Putih, Kota Belud, Menyampaikan Sumbangan Sekampit Beras kepada 100 orang di beberapa kampung spt Kg.Kayu Putih, Kg.Rampaian Laut dan kampung sekitarnya. Sumbangan ini adalah sebagai tanda persaudaraan seislam untuk mereka sempena Ramadhan Al Mubarak 1438H.
Iftar@Sungkai Sekampung turut diadakan sempena aktiviti ini yang dihadiri lebih 150 orang.
Sumbangan Ramadhan Mula Diagihkan Featured

Majlis Perasmian Sinar Ramadhan ABIM Kelantan dan agihan sumbangan di Kompleks Masjid al-Hikmah Tanjung Mas. Ayuh sejahterakan Malaysia dengan dakwah! ------------------------------- Sumbangan anda untuk INFAQ/SEDEKAH RAMADHAN kepada para asnaf seperti anak yatim, mualaf, fakir miskin, pelarian dan lain-lain boleh disalur melalui : ================== DEPOSIT KE AKAUN : ------------------------------ ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA 1402 - 3010- 0305- 52 (BIMB) -------------------------------- ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA 564221610116 (MAYBANK) ========================= Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB): https://www.billplz.com/kssb ========================= Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur. -------------------------- Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui: Tel: +603 - 4108 4500 Fax: +603-4108 2400 Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. ------------------------------- * Resit pengecualian cukai akan diberikan selepas penyumbang melampirkan bukti pembayaran. Sebarkan!

29.4. 2017, Sabtu, Ipoh:-Usai sudah Karnival Muslimah anjuran bersama Salwa Wadah, HELWA ABIM, Hewi KPIP dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) pada Sabtu, 29.4.17 yang berjalan sehari suntuk di Mydin Hypermarket Bandar Meru Raya . Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YABhg Datin Seri Diraja Saripah Zulkifli, isteri Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak.
Antara acara yang telah dianjurkan ialah:- pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, Forum Santai Ilmu - Sekeluarga Tolak Pornografi , Nasyid cabutan bertuah, Diskusi Ilmu - My Supermom and I, Tutorial Shawl dan Hijab dari Butik Inspirasihana, Forum -Anakku dan Cintanya dan pemeriksaan kesihatan Tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga partisipasi yang ikhlas bagi menjayakan karnival ini diganjari sebaik-baiknya oleh Allah Swt. Amin.

Alhamdulillah, berakhir Latihan Kejurulatihan Dermaga yang dianjurkan secara bersama oleh ABIM WP dan ABIM Selangor pada 6-7 Mei lalu. Mengumpulkan lebih 20 jurulatih yang bersedia turun lapangan bagi proses pendidikan tidak formal dalam isu pendidikan reproduktif remaja. Oh ya, ABIM menawarkan khidmat program pendidikan ini kepada mana-mana sekolah mahupun pusat tumpuan komuniti termasuklah masjid atau surau dalam zon Selangor dan WP yang besar hati untuk bersama dalam program pendidikan remaja masing-masing. Hubungi kami ya! Fakta tentang DERMAGA - Diriku Permata Berharga.¤ DERMAGA diilhamkan bagi membantu mengukuh kefahaman dan menyampai maklumat yang betul berkaitan kesihatan reproduktif kanak-kanak dan remaja. ¤ DERMAGA membantu memahamkan bahawa remaja juga punya tanggungjawab menjaga diri sendiri. ¤ DERMAGA datang dengan pakej ABSTINEN bagi membantu remaja mengenal pasti tingkah laku berisiko atas sebab diri atau orang lain yang boleh mendekatkan diri pada risiko keselamatan diri. ¤ DERMAGA hadir menyantuni keperluan pendidikan dan pencegahan - 'informal social control' melalui perkongsian dan pesan yang lebih dekat dengan anak-anak. ¤ DERMAGA hadir dengan mempersiap kumpulan sokong- bantu dalam proses pemberdayaan peranan dan pengetahuan sesama ahli salam masyarakat.

2hb April 2017 (Ahad): Alhamdulillah, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz hadir dalam Upacara Perasmian Hari Keluarga Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI) ABIM Bagan Serai. Beliau turut mengedarkan buletin edisi khas PANJI, terbitan ABIM Pusat dalam program tersebut. Program penuh ceria ini berjalan di Tehno Village Resort, Bukit Gantang, di mana 4 buah TASKI ABIM terlibat iaitu TASKI An-Najah, TASKI As-Solihin, TASKI Bestari, dan TASKI As-Siddiq, dengan 110 orang pelajar diasuh di empat TASKI tersebut. Yang Dipertua ABIM Bagan Serai, Ustaz Johari Yusof turut hadir, menyaksikan para ibu bapa dan anak-anak bersaing dalam suasana yang sihat; penuh meriah serta semangat kekeluargaan.
ABIM Johor Raikan Ahli-Ahli Baru Featured

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan ABIM kepada ahli-ahli baru dan masyarakat tentang gerakan Islam yang kami terajui. Menerangkan berkenaan sejarah, misi visi, institut, agensi & aktiviti ABIM serta khususnya ABIM Johor. Maklumbalas dari peserta yang hadir sangat bagus dengan memberi idea, pandangan dan cadangan. Program ini akan diadakan setiap bulan.
Sesiapa sahaja yang berminat untuk kenal ABIM sangat dialukan untuk hadir ke program ini.
Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah! Sebarkan! ------------------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: http://kaderisasijohor.blogspot.my/?m=1 -----------------------------------------
Sekretariat ABIM Johor : Wisma ABIM Johor, No.10A, Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor Hubungi
Sekretariat ABIM Johor melalui: Tel: +607 - 221 6355 Fax: +6015 - 4840 4820
Hotline: +6011 - 199 52 548 WhatsApp : +6013 - 714 4020 Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
FB : AbimJohor https://www.facebook.com/AbimJohor ---------------------------------------
#AkuAhliABIM
#Bangkit
#AyuhDakwah #45TahunABIM #SebarkanSalam #SebarkanSenyuman #IslamItuDamai
#EkstremismeMusuhSemuaKeyakinan #NextLevelTeam #MaraMunJangan