ABIM Negeri

ABIM KL Anjur Program Ramah Mesra Dengan Masyarakat

23 Mac 2015:- ABIM Wilayah Persekutuan (ABIM KL) telah menganjurkan ziarah ramah mesra bersama warga PPR Cochrane. Antara program yang digerakkan ialah program motivasi bersama anak-anak remaja di PPR Cochrane Perkasa yang digerakkan oleh sukarelawan muda ABIM KL. Terima kasih diucapkan kepada penggerak-penggerak program motivasi bersama anak-anak remaja di PPR Cochrane Perkasa. 

Read 598 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Latih Pendakwah Muda Di Kaki Gunung Kinabalu

22 Mac 2015:- Setiausaha Agung ABIM,Muhammad Faisal Abdul Aziz serta Naib Presiden, Khairul Ariffin Mohd Munir, telah mengisi program latihan pendakwah muda negeri Sabah. Program latihan ini menghimpunkan para penggerak dakwah dari seluruh negeri Sabah. Program latihan ini diadakan di daerah Ranau  di mana para peserta berkesempatan menikmati keindahan Gunung Kinabalu.

 

Read 595 times
Rate this item
(0 votes)
Wacana Memahami Pengurusan Khalifah Umar Abdul Aziz

18 Mac 2015: ABIM Negeri Pahang (ABIM Pahang) telah menganjurkan Wacana Belia Islam ABIM siri 1. Wacana sulung ini mengangkat tema 'Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz' yang disampaikan oleh Prof. Madya Ustaz Rasid Muhamad, seorang penulis best seller. Berikut adalah kesimpulan yang diketengahkan menerusi wacana ini:-

1) Apa yang Allah dan Rasul perintah wajibkan buat, kita buat

2) Apa yang Allah dan Rasul haramkan, kita tinggalkan

3) Selain buat yang wajib, tambahkan yang sunat

4) Tinggalkan yang makruh

5) Memulakan sesuatu perbuatan dengan Bismillah

Seramai 60 peserta daripada pelbagai jabatan kerajaan dan persendirian yang menghadiri siri 1 wacana belia ini. ABIM Pahang mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga pengisian dapat dipraktikkan dalam organisasi dan kehidupan seharian. Siri wacana ini akan diteruskan ke daerah-daerah negeri Pahang yang lain. 

Read 613 times
Rate this item
(0 votes)
Pertandingan Bercerita Nabi Muhammad S.A.W Anjuran ABIM Sarawak

12 hingga 14 Mac 2015:- Selesai sudah Program Pertandingan Bercerita Kisah Nabi Muhammad SAW dan Program Berkhatan beramai-ramai sempena cuti sekolah 3 hari berturut-turut dari 12 hingga 14 Mac 2015 Anjuran Bersama Kelab Kebajikan Dewan Suarah Kuching serta beberapa NGO lain termasuk Abim Sarawak serta dibantu oleh agensi2 dan jabatan kerajaan yang lain, antaranya PDRM, Hospital Umum Sarawak dan lain-lain.

Penghargaan tidak terhingga kepada Tuan Haji Jumaat Hj. Ibrahim dan Tuan Hj. Sirat Hj. Ibrahim, Kelab Kebajikan Dewan Suarah, yang telah memberi peluang Abim Sarawak untuk bekerjasama diwakili oleh Biro Ikhtisas ABIM Sarawak, Ustaz Haji Husaini Hamdan Al Husaini beserta dengan rakan-rakan kumpulan NGO yang lain, berhempas pulas bagi merealisasikan Program Pertandingan Bercerita Kisah Nabi Muhammad saw bertempat di Dewan Suarah Kuching Sarawak dan Majlis Khatan beramai-ramai bersempena cuti sekolah di Hospital Umum Sarawak yang berlangsung dari 12hb Mac hingga hari ini.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah juga disempurnakan dan diserikan lagi dengan kehadhiran YA Berbahagia Datin Patinggi Dato' Hjh. Jamilah Hj. Anu, isteri kepada Ketua Menteri Sarawak, yang begitu tinggi naluri keibuannya dan sarat dengan nasihat dan amanat tulus dari hati kepada semua ibu bapa, guru-guru dan anak-anak pelbagai peringkat umur serta para hadirin.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua badan NGO yang menjayakan program dan terima kasih buat penganjur yang sudi menjemput barisan pimpinan EXCO ABIM Sarawak untuk sama-sama memeriahkan majlis dan diberi penghormatan untuk menyampaikan cenderahati kepada YA Berbahagia Datin Patinggi Dato' Hjh. Jamilah Hj. Anu oleh YDP ABIM SAR Ustaz Suharman Edward Edward. Semoga berkat kerjasama yang baik atas penganjuran program sebegini akan berterusan di masa2 yang akan datang.

Read 1123 times
Rate this item
(0 votes)

Rehlah ABIM Negeri Sembilan Di Port Dickson Featured

Feb 26, 2015
Hit: 677
Written by
Rehlah ABIM Negeri Sembilan Di Port Dickson

Suasana meriah rihlah ABIM Negeri Sembilan dan PPINS di Pantai Teluk Kemang Port Dickson. Pelbagai juadah beraneka rasa yang dibawa dari rumah masing-masing menambahkan lagi kemeriahan rihlah kali ini. Rihlah dimulakan dengan alu-aluan Yang Di Pertua ABIM Negeri Sembilan dan Penerangan ringkas pengarah program, Puan Nuratikah Exco ABIM Negeri Sembilan.

Adik-adik PPINS membantu menguruskan acara sukaneka kanak-kanak. Kanak-kanak begitu teruja dengan acara meniup belon dan memenuhkan air dalam botol. Acara diselangi dengan mandi manda dan sesi ringkas teknik berenang secara betul oleh YDP ABIM Negeri Sembilan. Rihlah kemudiannya disambung dengan pertandingan Membina Kota Pasir oleh semua ahli keluarga yang hadir termasuk adik-adik PPINS.

Perlawanan bolasepak Pantai memeriahkan lagi suasana rihlah yang disusuli dengan sesi menaiki ‘banana boat’ beramai-ramai. Rihlah diakhiri dengan makan tengahari dan majlis penyampaian hadiah kepada semua yang hadir. ABIM Negeri Sembilan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang menjayakan rihlah kali ini. Semoga ukhuwah yang dibina menjadi pencetus kepada semangat untuk lebih berjasa kepada umat.

Read 677 times
Rate this item
(1 Vote)

OPS Prihatin Banjir Di Sarawak Featured

Jan 25, 2015
Hit: 786
Written by
OPS Prihatin Banjir Di Sarawak

24 Januari 2015:- ABIM Sarawak telah menggerakkan OPS Prihatin banjir di Sarawak yang pada 24 Januari 2015. Misi misi meliputi membersihkan rumah penduduk dan masjid terjejas banjir di Kampung Sorak Melayu Serian. dan penghantaran barang sumbangan untuk mangsa banjir di sekitar Kampung Tebakang Melayu.

 
 
Read 786 times
Rate this item
(0 votes)

Hari Terbuka Rapatkan Tautan Ukhuwwah Featured

Dec 22, 2014
Hit: 684
Written by
Hari Terbuka Rapatkan Tautan Ukhuwwah

21 Disember 2014:-Rangkaian TASKI-TAHFIZ-TASKA ABIM Pahang telah menganjurkan hari terbuka di Gading Seri Villa, Teluk Chempedak, Kuantan. Hari terbuka ini diadakan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara penggerak TASKI-TAHFIZ-TASKA ABIM Pahang serta ibu bapa para pelajar. Sempena dengan program ini, sessi penerangan juga diadakan kepada ibu bapa berkenaan silibus dan perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh ABIM Pahang.

 

 

 
Read 684 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

P.E.R.U.B.A.H.A.N
ramailah yang membincangkan tentang P.E.R.U.B.A.H.A.N. Saya belajar dari Dr Zainab Alwani, untuk ...
Menangani Gelombang
Oleh:- Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) “We cannot get away ...
Feminisme Talbiah :
Disediakan oleh Raja Nurul Balqis Raja Mohd Ariff Wanita Dalam Karya. Pernah dengar teori ...
Bahasa Jiwa Bangsa! Para
3 hb April 2019: Allhamdulillah, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz telah ...
Kisah Subra & ABIM
Tersenyum kami sejak Subra datang ke ABIM. Saja nak kongsikan kisah Subra dan macam mana Subra ...
Tamrin Qiyadiy
Syukur alhamdulillah, telah berlangsung Tamrin Qiyadi (Latihan Kepimpinan) Kebangsaan ABIM (TQK) ...
Bunga Raya-Fern Leaf
Ummu Noura Ummu Sofea It was not pre-arranged. It was a coincidence. My very intention ...
Hibiscus-Fern Leaf
At the solidarity event organized by Abim Pusat & FGIS - Friendship Group to express support to ...

ABIM Negeri

P.E.R.U.B.A.H.A.N
ramailah yang membincangkan tentang P.E.R.U.B.A.H.A.N. Saya belajar dari Dr Zainab Alwani, untuk ...
Menangani Gelombang
Oleh:- Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) “We cannot get away ...
Feminisme Talbiah :
Disediakan oleh Raja Nurul Balqis Raja Mohd Ariff Wanita Dalam Karya. Pernah dengar teori ...
Bahasa Jiwa Bangsa! Para
3 hb April 2019: Allhamdulillah, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz telah ...
Kisah Subra & ABIM
Tersenyum kami sejak Subra datang ke ABIM. Saja nak kongsikan kisah Subra dan macam mana Subra ...
Tamrin Qiyadiy
Syukur alhamdulillah, telah berlangsung Tamrin Qiyadi (Latihan Kepimpinan) Kebangsaan ABIM (TQK) ...
Bunga Raya-Fern Leaf
Ummu Noura Ummu Sofea It was not pre-arranged. It was a coincidence. My very intention ...
Hibiscus-Fern Leaf
At the solidarity event organized by Abim Pusat & FGIS - Friendship Group to express support to ...