ABIM Negeri

ABIM Sabah Anjurkan Kuliah Tafsir Maudhuiyy: "Fitnah Seksual Dalam Pengkisahan Qur'ani"

9 Mei 2015:- ABIM Sabah meneruskan penganjuran Siri Kuliah Tafsir Maudhuiy (KTM) Siri Ke-23. KTM merupakan siri syarahan yang dibimbing oleh Dato' Dr Siddiq Fadzil. KTM telah dianjurkan dengan jayanya semenjak 1998 dan kini melangkaui 70 siri. Perkongsian oleh Y.Bhg Dato' Dr. Siddiq Fadzil kali ini mengangkat tema "Fitnah Seksual Dalam Pengkisahan Qur'ani".

Tema ini membawa para hadirin menghayati 3 kisah fitnah seksual yang melanda para nabi. Ketiga-tiga kisah fitnah tersebut membabitkan fitnah ke atas Nabi Yusuf a.s oleh Siti Zulaikha, diikuti Kisah Musa a.s dan Kisah fitnah ke atas Aishah r.a menerusi peristiwa Hadirth al-Ifk. KTM sebelum ini mengangkat tema kepimpinan para Nabi seperti Nabi Daud serta Sulaiman, di samping ketabahan para nabi seperti Yusuf dan Musa dalam menyampaikan risalah dakwah mereka. Dan pastinya KTM turut mengangkat kisah serta ibrah perjuangan junjungan besar Rasulullah S.A.W.

Read 620 times
Rate this item
(0 votes)

Progam Sukarelawan Baru Hospital Visit ABIM Pahang Featured

May 11, 2015
Hit: 707
Written by
Progam Sukarelawan Baru Hospital Visit ABIM Pahang

7 Mei 2015:- Sesi Suaikenal Penggerak Hospital Visit (HOSPIV) Negeri Pahang bertempat di Wisma Belia, Kuantan pada 7 Mei lepas. ABIM Pahang telah menjemput Pn. Rosnani, aktivis Islamic Outreach ABIM Pusat berkongsi pengalaman dalam bidang kesukarelawanan. Peserta-peserta yang hadir telah diperkenalkan dengan program-program kesukarelaan ABIM yang mana HOSPIV adalah salah satunya. Peserta juga turut didedahkan dengan kepentingan utk terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan. Program ini diakhiri dgn sesi menandatangani borang keahlian Sukarelawan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan sesi soal jawab daripada peserta. Program yang akan menyusul ialah Bengkel Latihan HOSPIV.

Read 707 times
Rate this item
(0 votes)

Hari Sukan Taski ABIM Pahang Meriah Featured

Apr 27, 2015
Hit: 811
Written by
Hari Sukan Taski ABIM Pahang Meriah

26 April 2015:- Alhamdulillah, Hari Sukan TASKI ABIM Pahang kali ke-25 berjalan dengan lancar. Program ini dianjurkan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat terutama bermula dari usia kanak-kanak. Pelbagai telatah serta aksi yang menghiburkan telah memeriahkan penganjuran Hari Sukan Rangkaian TASKI ABIM Negeri Pahang. Terima kasih kepada guru-guru, urusetia, Ibu bapa, anak-anak, dan semua yang menjayakan program ini.

 

Alhamdulillah, Hari Sukan TASKI ABIM Pahang kali ke-25 berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada guru-guru, urusetia,...

Posted by TASKI.TAHFIZ.TASKA ABIM Pahang on Sunday, April 26, 2015
Read 811 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Sarawak Dicalonkan Untuk Anugerah Belia Perdana Tahun Ini

17 April 2015, Jumaat, ABIM;- Sekretariat Abim Sarawak dikunjungi 4 orang rombongan penilai Anugerah Perdana Belia Kategori Pertubuhan dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Alhamdulillah, banyak perkongsian dan komentar yang diperolehi sepanjang bersama dari pukul 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

Read 596 times
Rate this item
(0 votes)

"Dream Team" Anjur Mukhayyam Dai'e Muda Featured

Apr 16, 2015
Hit: 701
Written by
"Dream Team" Anjur Mukhayyam Dai'e Muda

Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN) dan Mahasiswa UIAM (kampus Kuantan) telah menganjurkan perkhemahan Mukhayyam Dai'e Muda yang mengangkat tema “MENDIDIK PEMIMPIN, MENERAJU LEGASI”. Tokoh Belia ASEAN 2014, Jufitri Joha, turut dijemput untuk mengisi program tersebut. Mukhayyam ini mengetengahkan bakat-bakat terpendam di kalangan generasi baru IKATAN, yang merupakan sebahagian dari Badan Gabungan PKPIM.

Keterujaan ini dikongsi Jufitri yang menyifatkan bakat-bakat terpendam ini berpotensi digilap untuk mencorak masa depan kepimpinan pelajar Islam yang lebih cerah. "Saya terjumpa 'dream team' di sini," jelas beliau yang merujuk peserta-peserta tersebut dengan gelaran Dream Team. Turut dijemput mengisi ialah Naib Presiden ABIM, Khairul Ariffin Mohd Munir.

 

 

[BERITA PKPIM] "Dream Team" Anjur Mukhayyam Dai'e Muda. Baca berita penuh www.abim.org.my. ABIM Pahang Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN)

Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Thursday, 16 April 2015
Read 701 times
Rate this item
(0 votes)
HELWA KL Anjur SEKATA Didik Kepentingan Keselamatan Keluarga

11 April 2015, Petaling Jaya:- Program "Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Bersama" (SEKATA) di SMK Petaling Jaya, anjuran Helwa ABIM Wilayah Persekutuan, LPPKN dengan kerjasama PPIWP.

 

Program "Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Bersama" (SEKATA) di SMK Petaling Jaya, anjuran Helwa ABIM Wilayah...

Posted by Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan PPIWP on Monday, 13 April 2015
Read 733 times
Rate this item
(0 votes)
Didik Anak Cara Rasullulah S.A.W Dan Para Salafussoleh

12 April 2015;- ABIM Pahang telah menganjurkan program SABDA : Didik Anak Cara Rasulullah (S.A.W) DAN Para Salafussoleh. Program ini telah diisi oleh Dr Mastura Badzis (Pensyarah, Jabatan Psikologi Pendidikan Dan Kulliyyah Pendidikan, UIAM Gombak). Alhamdulillah, sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa yang hadir ke program SABDA. Terima kasih, Dr Mastura Badzis atas perkongsian tips parenting. Mendidik anak itu dengan kasih sayang tidak berbelah bahagi mulai saat janin di dalam rahim hingga ke dewasa.

 

Alhamdulillah, sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa yang hadir ke program SABDA siang tadi. Terima kasih, Dr...

Posted by ABIM Pahang on Sunday, 12 April 2015
Read 681 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

P.E.R.U.B.A.H.A.N
ramailah yang membincangkan tentang P.E.R.U.B.A.H.A.N. Saya belajar dari Dr Zainab Alwani, untuk ...
Menangani Gelombang
Oleh:- Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) “We cannot get away ...
Feminisme Talbiah :
Disediakan oleh Raja Nurul Balqis Raja Mohd Ariff Wanita Dalam Karya. Pernah dengar teori ...
Bahasa Jiwa Bangsa! Para
3 hb April 2019: Allhamdulillah, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz telah ...
Kisah Subra & ABIM
Tersenyum kami sejak Subra datang ke ABIM. Saja nak kongsikan kisah Subra dan macam mana Subra ...
Tamrin Qiyadiy
Syukur alhamdulillah, telah berlangsung Tamrin Qiyadi (Latihan Kepimpinan) Kebangsaan ABIM (TQK) ...
Bunga Raya-Fern Leaf
Ummu Noura Ummu Sofea It was not pre-arranged. It was a coincidence. My very intention ...
Hibiscus-Fern Leaf
At the solidarity event organized by Abim Pusat & FGIS - Friendship Group to express support to ...

ABIM Negeri

P.E.R.U.B.A.H.A.N
ramailah yang membincangkan tentang P.E.R.U.B.A.H.A.N. Saya belajar dari Dr Zainab Alwani, untuk ...
Menangani Gelombang
Oleh:- Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) “We cannot get away ...
Feminisme Talbiah :
Disediakan oleh Raja Nurul Balqis Raja Mohd Ariff Wanita Dalam Karya. Pernah dengar teori ...
Bahasa Jiwa Bangsa! Para
3 hb April 2019: Allhamdulillah, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz telah ...
Kisah Subra & ABIM
Tersenyum kami sejak Subra datang ke ABIM. Saja nak kongsikan kisah Subra dan macam mana Subra ...
Tamrin Qiyadiy
Syukur alhamdulillah, telah berlangsung Tamrin Qiyadi (Latihan Kepimpinan) Kebangsaan ABIM (TQK) ...
Bunga Raya-Fern Leaf
Ummu Noura Ummu Sofea It was not pre-arranged. It was a coincidence. My very intention ...
Hibiscus-Fern Leaf
At the solidarity event organized by Abim Pusat & FGIS - Friendship Group to express support to ...