ABIM Negeri

Amalkan Pendekatan Berhikmah Lindungi Belia Daripada Ekspoitasi Islamic State

14 Jun 2015:- Saudara Khairul Anwar Ismail (Exco Undang-Undang ABIM), telah diundang sebagai salah seorang panelis Seminar Pendidikan Fiqh Jihad Peringkat Negeri Kedah, Islamic State: Pejuang atau Petualang. Seminar telah berlangsung pada 14 Jun 2015 di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Kampus KUIN Mergong. Program ini adalah anjuran JAKIM dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Kedah, JHEAIK (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah), KUIN (Kolej Universiti Insaniah) dan ABIM Negeri Kedah.

Sepanjang seminar tersebut, para peserta didedahkan antara lain dengan Manhaj Wasatiyyah sebagai dasar dalam pembinaan dan perlaksaan hukum. Beberapa ketetapan penting telah ketengahkan sebagai resolusi tindakan. Resolusi utama sepakat mengangkat Islam sebagai agama rahmat dan keadilan di samping amat mementingkan persoalan nyawa, kemuliaan Karamah Insyaniah dan kebebasan beragama yang menolak sebarang fahaman ekstremis, melampau dan tidak berperikemanusiaan.

Di samping itu, seminar turut menggesa pendekatan penuh hikmah dan dakwah bil hal bagi mendekati golongan belia (yang kerap menjadi mangsa Islamic State) diamalkan untuk menyelamatkan mereka daripada dieksploitasi oleh pihak tertentu. 

 

 

RESOLUSI SEMINAR PENDIDIKAN FATWA NEGERI KEDAH 2015FIQH JIHAD: ISLAMIC STATE PEJUANG ATAU PETUALANGAHAD, 14 JUN 2015, DEWAN SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH, KAMPUS KUIN MERGONG

Posted by ABIM KEDAH on Sunday, 14 June 2015

 

Read 583 times
Rate this item
(0 votes)
Peraduan Memasak Bubur Lambuk Meriahkan Program Istiqbal Ramadhan Kedah

13 Jun 2015,Masjid Seberang Kota Kuala Kedah:- Alhamdulillah..Program Istiqbal ramadhan dan Pelancaran Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) 1436 negeri kedah telah dilaksanakan semalam yang dirasmikan oleh pengarah JBS Kedah. Hari ni, bersama-sama Kariah Kampung mengadakan gotong royong masjid dan kubur, pertandingan memasak bubur lambuk, pertandingan mewarna dan agihan KSSB kepada 50 orang asnaf sekitar Kuala Kedah. Pihak ABIM Kedah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Y Centre, UTC, Kementerian, Belia dan Sukan, pihak jawatankuasa Masjid Seberang Kota, Kuala Kedah dan semua pihak yang menjayakan program Istiqbal Ramdhan yang bermula pada malam kelmarin hingga ke hari ini.

 

 

Pihak ABIM Kedah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Y Centre, UTC, Kementeria Belia dan Sukan, pihak...

Posted by ABIM KEDAH on Friday, 12 June 2015
 

[Istimewa Ramadhan 1436H Untuk Seluruh Warga Negeri Kedah: Kempen Seorang Sekampit Beras] Ahlan ya Ramadhan!Raikan...

Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Sunday, 14 June 2015
Read 636 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Terima Anugerah Pertubuhan Belia Terbaik Negeri Sarawak

13 Jun 2015:- Tahniah buat seluruh pimpinan ABIM Sarawak kerana diiktiraf sebagai Pertubuhan Belia Terbaik Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak oleh Ketua Menteri. Terdahulu ABIM Sarawak turut menerima anugerah saguhati dalam kategori yang sama sempena sambutan Hari Belia Negara 2015 baru-baru ini.  "Alhamdulillah. Pengiktirafan yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak. Tugas dakwah masih menunggu di luar sana.. Ayuk, kita teruskan misi dakwah kita hingga ke akhir hayat untuk mendapat anugerah dan pengiktirafan daripada Allah s.w.t di sana kelak," tutur Encik Mahathir Fatimah, Setiausaha ABIM Sarawak ketika dihubungi mediabim.

Read 502 times
Rate this item
(0 votes)
Sumbangan KSSB 1436H Mula Diterima; Sumbangan Diagihkan Menjelang Ramadhan

7 Jun 2015:- ABIM Johor telah memulakan agihan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) 1436H. Pada minggu lalu, sebanyak 40 beg berupa sumbangan barang-barang keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak, serta beberapa keperluan asas telah diagihkan kepada penduduk di sekitar Kulai Jaya & Kampung. Sepakat Jaya, Skudai, Johor Darul Takzim. Sumbangan ini diterima daripada para penyumbang yang budiman.

ABIM Johor telah diamanahkan untuk menyampaikan sumbangan tersebut kepada mereka yang memerlukan di sekitar negeri Johor. Kegembiraan di kalangan jelas terpancar menerusi catatan "Bila ada makcik tua datang memeluk kami untuk pamerkan rasa terima kasih sambil mereka mengesat air mata perlahan-lahan sambil berkata terima kasih nak!". Betapa luluhnya hati kami mendengar penghargaan tersebut walaupun kami tidak mengharapkannya, jelas sukarelawan ABIM Johor terbabit.

 

 

 

Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) 2015..Hari Pertama: Membungkus barang sumbangan untuk membuat edaran pertama...

Posted by ABIM Johor on Tuesday, 9 June 2015
Read 432 times
Rate this item
(0 votes)

Bengkel Sinergi Harmoni Sabah Featured

Jun 03, 2015
Hit: 476
Written by
Bengkel Sinergi Harmoni Sabah

30 Mei 2015::- Bengkel Sinergi Harmoni pada 30 Mei 2015 (Sabtu) di Arena Belia, Kempayan anjuran Gabungan NGO-NGO Islam Sabah (CONCERN) dan Majlis Belia Sabah yang dihadiri oleh 10 orang wakil ABIM Sabah dan beberapa NGO & persatuan belia dari pelbagai kaum dan agama. Bengkel ini dikendalikan oleh Pusat Perundingan & Latihan IKIM (PPLI).

Read 476 times
Rate this item
(0 votes)

Program Kemasyarakatan Di Sabah Featured

Jun 03, 2015
Hit: 487
Written by
Program Kemasyarakatan Di Sabah

2 Jun 2015:- Program Kemasyarakatan Yayasan Sabah dengan kerjasama ABIM Daerah Ranau di Kampung Sumbilingon Ranau pada 2 Jun 2015 (Selasa).

Read 487 times
Rate this item
(0 votes)
Peserta KRIS Ekspresi Solidariti Untuk Masyarakat Rohingya

29 - 31 Mei 2015:- Para peserta Kem Remaja Islam (KRIS) di Kompleks Rakan Muda, Baling, Kedah, telah menunjukkan solidariti ke atas masyarakat Rohingya ketika program tersebut. Mereka telah berhimpun serta mengangkat playcard bertulis Citizenship For Rohingya (#citizenship4rohingya). ABIM sedang menggerakkan kempen Citizenship For Rohingya selaku solusi kepada kemelut kemanusiaan yang dialami masyarakat Rohinygya yang dinafikan "kewujudannya" di Myanmar. 

 

 
MediaABIM : ABIM Anjur Protes Senyap Dan Bantah Penindasan Ter...

Menurut Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan, keengganan Myanmar mengiktiraf masyarakat Rohingya sebagai rakyat mereka merupakan punca masyarakat itu dihalau."Jadi kita mendesak Myanmar terbuka untuk berbincang mengenai perkara ini, dan kita dengan jelas ingin memberikan isyarat kepada masyarakat antarabangsa bahawa kita sememangnya membenci dan ingin menghentikan satu nilai yang cukup buruk di sisi nilai kemanusiaan," katanya.Selain itu, ABIM juga menggesa pelbagai pihak termasuk kerajaan dan negara-negara ASEAN supaya menggerakkan program kesedaran serta advokasi ke arah mengangkat semula maruah masyarakat Rohingya.Creadit : Astro Awani

Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Sunday, 31 May 2015

Kempen ini adalah advokasi untuk menggesa kerajaan Myanmar mengiktiraf masyarakat Rohingya sebagai warganegara (Myanmar) yang sah serta bermaruah. Masyarakat Rohingya telah dinafikan hak mereka sebagai warganegara di bumi kelahiran mereka di Myanmar. Sebab itu mereka bergelandangan di laut serta menjadi pelarian termasuk ke Malaysia. Kempen ini mahu tragedi ini dihentikan serta tidak berulang kembali. Solusinya: mendesak kerajaan Myanmar mengiktiraf masyarakat Rohingya sebagai rakyat di negara itu (Myanmar). 

Read 449 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Bunga Raya-Fern Leaf
Ummu Noura Ummu Sofea It was not pre-arranged. It was a coincidence. My very intention ...
Hibiscus-Fern Leaf
At the solidarity event organized by Abim Pusat & FGIS - Friendship Group to express support to ...
New Zealand sangat
KUALA LUMPUR - “New Zealand sangat sedih,” kata Pesuruhjaya Tinggi New Zealand, Hunter Nottage ...
Masyarakat Madani &
“Masyarakat Madani yang kita bayangkan diasaskan di atas prinsip akhlak dan pemerintahan berasaskan ...
Kesaksamaan Fikiran dan
Perutusan Hari Wanita Antarabangsa 8 Mac 2019 Oleh Nor Azura Kamarudin Sohami Naib Presiden ...
Wanita Bekerjaya
Disediakan oleh;- Raja Nurul Balqis bt Raja Md Arif Ketua Helwa, Angkatan Belia Islam Malaysia ...
Generasi Muda Mahu Suara
Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim, menegaskan generasi mahukan suara mereka didengari. Beliau ...
[Video]:-Reformasi
Reformasi Sistem Pilihanraya Manfaat Untuk Generasi Muda  Ucapan Perasmian & Pelancaran Buku ...

ABIM Negeri

Bunga Raya-Fern Leaf
Ummu Noura Ummu Sofea It was not pre-arranged. It was a coincidence. My very intention ...
Hibiscus-Fern Leaf
At the solidarity event organized by Abim Pusat & FGIS - Friendship Group to express support to ...
New Zealand sangat
KUALA LUMPUR - “New Zealand sangat sedih,” kata Pesuruhjaya Tinggi New Zealand, Hunter Nottage ...
Masyarakat Madani &
“Masyarakat Madani yang kita bayangkan diasaskan di atas prinsip akhlak dan pemerintahan berasaskan ...
Kesaksamaan Fikiran dan
Perutusan Hari Wanita Antarabangsa 8 Mac 2019 Oleh Nor Azura Kamarudin Sohami Naib Presiden ...
Wanita Bekerjaya
Disediakan oleh;- Raja Nurul Balqis bt Raja Md Arif Ketua Helwa, Angkatan Belia Islam Malaysia ...
Generasi Muda Mahu Suara
Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim, menegaskan generasi mahukan suara mereka didengari. Beliau ...
[Video]:-Reformasi
Reformasi Sistem Pilihanraya Manfaat Untuk Generasi Muda  Ucapan Perasmian & Pelancaran Buku ...