ABIM Negeri

ABIM Wilayah Agih Sumbangan Kepada 100 Orang Asnaf Featured

Jun 30, 2015
Hit: 680
Written by
ABIM Wilayah Agih Sumbangan Kepada 100 Orang Asnaf

Pengagihan bantuan Kempen Seorang Sekampit Beras anjuran ABIM WILAYAH PERSEKUTUAN di PPR Sri Sarawak dan PPR Cochrane Perkasa. Seramai 100 org asnaf disantuni. Sumbangan berupa beras 5kg dan RM50 setiap seorang. Terima kasih para penyumbang budiman. Tahniah kepada semua sukarelawan ABIMWP, Kolej Instech, Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP).

Salurkan zakat, sedekah, infaq dan fidyah anda melalui ABIM WP. BANK ISLAM

Nama akaun : ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (WILAYAH PERSEKUTUAN)

No. Akaun : 14-014-01002427-6

Anda hulurkan, kami sampaikan.

 

 

 

السلام عليكم ورحمةًالله وبركاته....Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang Kempen Seorang...

Posted by ABIM Wilayah Persekutuan on Monday, 29 June 2015
Read 680 times
Rate this item
(0 votes)
Team Kembara Asnaf Agih Sumbangan Di Serian Sarawak

27 Jun 2015 | Sabtu , Serian, Sarawak:- Team kembara asnaf telah ke Kampung Tebakang Melayu,Serian. Seramai 40 orang asnaf telah menerima sumbangan sekampit beras dan set keperluan barangan dapur. majlis penyerahan sumbangan telah berlangsung di Masjid Darul Taqwa,Kampung Tebakang Melayu Serian, Sarawak.

Anda masih berpeluang untuk menghantar sumbangan.

180 KAMPIT BERAS (10 KG / KAMPIT)

180 SET BARANG ASAS DAPUR (RM50 / SET)

Untuk agihan pada: 4 & 5 Julai 2015 8 & 9 Julai 2015 11 & 12 Julai 2015

Read 637 times
Rate this item
(0 votes)

Ihya' Ramadhan Bersama Pelajar Sekolah Di Sandakan Featured

Jun 29, 2015
Hit: 670
Written by
Ihya' Ramadhan Bersama Pelajar Sekolah Di Sandakan

Program Ihya Ramdhan 1436H / 2015M di SMK Agama Tun Juhar Sandakan pada 27 Jun 2015 yang disertai seramai 112 orang pelajar dari SMKA Tun Juhar, SMK Sandakan, SMK Elopura 2 dan SMK Sandakan 2.

Read 670 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Sabah Agih Sumbangan Di Enam Daerah. Alu-alukan Sumbangan Untuk Bantu 2,000 Penerima

Setakat 10 Ramadhan 1436H, sudah 275 keluarga menerima manfaat sumbangan Infaq Dan Prihatin rakyat Malaysia sempena dengan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) dan Sekotak Kurma yang dianjurkan di seluruh negeri Sabah. Sumbangan setakat ini telah disampaikan sekitar Lahad Datu, Sandakan, Beluran, Telipol Darat, Ranau, dan Putatan. Untuk tahun ini ABIM Sabah mensasarkan penyampaian sumbangan berterusan untuk mencapai sasaran 2000 keluarga/penerima di seluruh negeri Sabah. Segala sumbangan daripada masyarakat prihatin amat dialu-alukan.

Read 610 times
Rate this item
(0 votes)

Remaja Belajar Urus Jenazah Di Program Y-Cemerlang Featured

Jun 22, 2015
Hit: 630
Written by
Remaja Belajar Urus Jenazah Di Program Y-Cemerlang

15-17 Jun 2015 : ABIM Kedah telah menganjurkan Bina Taqwa Belia (Y-Cemerlang) secara usahasama dengan Kementerian Belia & Sukan (KBS). Program yang menekankan mengenai ilmu Fardu Kifayah antaranya pengurusan jenazah serta demonstrasi sembelihan oleh para fasilitator ABIM Kedah. "Ini antara kem yang paling best. Pembentangan dalam kumpulan best sangat ! Setiap kumpulan ada keistimewaannya yang tersendiri serta menghiburkan kita," jelas salah seorang sambil mengakui banyak yang dapat dipelajari sepanjang mengikut program tersebut.

Read 630 times
Rate this item
(0 votes)
Kisah Sedih Penerima Sumbangan Sentuh Hati Sukarelawan KSSB Johor

20 Jun 2015, Johor Bahru:-  Alhamdulillah selesai pengagihan Kempen Sumbangan Sekampit Beras (KSSB) oleh ABIM Johor pada hari ini (20 Jun 20150. Kawasan yang terlibat untuk hari ini adalah sekitar Taman universiti, Kg Laut, Flat Jalan Mewah Ria, Wadi Hassan, Flat Kempas dan Jalan Sinaran Kempas. Terima Kasih kepada sukarelawan KSSB ABIM Johor. Pelbagai latar belakang kehidupan para penerima telah mereka temui.

Ada seorang nenek yang terpaksa menjaga beberapa orang cucunya yang yatim piatu, Ada warga tua yang tinggal di pondok usang serta terpaksa bergantung hidup dengan sumbangan masyarakat. Ada pasangan yang terpaksa bekerja keras untuk menyara kehidupan anak-anak seramai 10 orang (yang masih bersekolah). Anda hulurkan! Kami akan sampaikan! Untuk makluman lanjut mengenai KSSB boleh dirujuk pada www.abim.org.my.

 

 

Alhamdulillah selesai pengagihan KSSB oleh ABIM Johor pada hari ini. Kawasan yang terlibat untuk hari ini adalah sekitar...

Posted by ABIM Johor on Saturday, 20 June 2015
Read 839 times
Rate this item
(0 votes)

Mangsa Gempa Bumi Ranau Terima Sumbangan Featured

Jun 21, 2015
Hit: 695
Written by
Mangsa Gempa Bumi Ranau Terima Sumbangan

21 Jun 2015, Ranau, Sabah:-Misi Bantuan Kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi dan banjir lumpur di Ranau telah digerakkan. Misi kali ini digerakkan secara bersama dengan projek, Infaq Prihatin, WADAH-ABIM SISMA serta Global Peace Mission (GPM). Agihan sumbangan 150 set sumbangan Sekampit Beras Sekotak Kurma di 7 buah kampung daerah Ranau, sumbangan kepada mangsa gempa Ranau dan agihan 500 bubur lambuk Sungkai di Pedalaman.

Read 695 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Badar:- Jihad Pertama di
Ust. Hj. Mohammad Syafiq bin Ismail –Exco Penyelidikan ABIM Sabah- Allah (Islam) merupakan agama ...
Jelajah KSSB Ramadhan
Pagi hingga tengahari tadi bersama dengan pimpinan Abim Negeri Sembilan, sahabat-sahabat MBD Daerah ...
Kempen Seorang Sekampit
Kempen Seorang Sekampit beras (KSSB) dilancarkan ke seluruh negeri di Malaysia bagi membantu mereka ...
P.E.R.U.B.A.H.A.N
ramailah yang membincangkan tentang P.E.R.U.B.A.H.A.N. Saya belajar dari Dr Zainab Alwani, untuk ...
Menangani Gelombang
Oleh:- Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) “We cannot get away ...
Feminisme Talbiah :
Disediakan oleh Raja Nurul Balqis Raja Mohd Ariff Wanita Dalam Karya. Pernah dengar teori ...
Bahasa Jiwa Bangsa! Para
3 hb April 2019: Allhamdulillah, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz telah ...
Kisah Subra & ABIM
Tersenyum kami sejak Subra datang ke ABIM. Saja nak kongsikan kisah Subra dan macam mana Subra ...

ABIM Negeri

Badar:- Jihad Pertama di
Ust. Hj. Mohammad Syafiq bin Ismail –Exco Penyelidikan ABIM Sabah- Allah (Islam) merupakan agama ...
Jelajah KSSB Ramadhan
Pagi hingga tengahari tadi bersama dengan pimpinan Abim Negeri Sembilan, sahabat-sahabat MBD Daerah ...
Kempen Seorang Sekampit
Kempen Seorang Sekampit beras (KSSB) dilancarkan ke seluruh negeri di Malaysia bagi membantu mereka ...
P.E.R.U.B.A.H.A.N
ramailah yang membincangkan tentang P.E.R.U.B.A.H.A.N. Saya belajar dari Dr Zainab Alwani, untuk ...
Menangani Gelombang
Oleh:- Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) “We cannot get away ...
Feminisme Talbiah :
Disediakan oleh Raja Nurul Balqis Raja Mohd Ariff Wanita Dalam Karya. Pernah dengar teori ...
Bahasa Jiwa Bangsa! Para
3 hb April 2019: Allhamdulillah, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz telah ...
Kisah Subra & ABIM
Tersenyum kami sejak Subra datang ke ABIM. Saja nak kongsikan kisah Subra dan macam mana Subra ...