ABIM Negeri

Ramai Tokoh Dakwah Dilahirkan ABIM Kedah Sepanjang 45 Tahun Penubuhannya

7hb Januari 2016 (Sabtu): Alhamdulillah, telah diadakan Majlis Peluncuran Sambutan 45 Tahun ABIM Kedah bersama Presiden ABIM, dengan penuh kesyukuran di Dewan Ukir Mall, Alor Setar. Selain Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim, turut hadir ialah Dato' Ahmad Kasim (Pengerusi Majlis Syura Kedah); Ustaz Zul Azri Mohd Sani (Azri Sani) - YDP ABIM Kedah; serta para pimpinan, aktivis serta petugas jamaah WADAH-ABIM-PKPIM Kedah.

Almarhum Dato' Ustaz Haji Fadzil Muhammad Noor (bekas Presiden PAS dan pernah memangku jawatan Presiden ABIM), Almarhum Tuan Guru Syeikh Nia’mat Yusoff (antara pengasas sekolah Islam ABIM - sekadar menyebut beberapa nama) adalah antara tokoh-tokoh ABIM yang berjasa, bukan hanya kepada penduduk Kedah, tetapi kepada dakwah Islamiyyah secara umumnya.

ABIM Kedah memulakan penubuhannya dari serambi rumah Ustaz Syeikh Nia'mat Yusoff di Batu 2, Sungai Korok, Alor Star pada 1970. Sementelah, ABIM Kedah ditubuhkan pada 16hb Disember 1972 dengan menggunakan premis Balai Islam di Pengkalan Kapal, Alor Setar. Kini, Kompleks Pendidikan Al-Hikmah Alor Setar menjadi mercu tanda baru pusat gerakan jamaah di Kedah

Read 406 times
Rate this item
(0 votes)
DU:AT Inovasi Pendidikan Alternatif ABIM Selangor Untuk Masyarakat

3 Januari 2016, Sijangkang, Selangor D.E :- Darul Ummah : Akademik Tahfiz telah memulakan kembali operasi bersempena dengan sessi persekolahan baru untuk tahun 2017. Komponen Tahfiz diprogramkan untuk generasi muda berteraskan pendidikan Al-Quran dan asas agama serta bertujuan untuk menampung keperluan pendidikan Islam anak-anak. 

Prinsip pendidikan di DU:AT akan memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sentiasa dalam kerangka Keislaman, Keilmuan, Kemasyarakatan dan Kenegaraan. Empat kerangka ini akan menjadi kompas penting, guru dan murid dalam melahirkan kualiti Daie yang punya pandangan sarwa (worldview) yang kompeten dalam abad ke-21.Kurikulum DUAT mempunyai tiga komponen utama, iaitu komponen Tahfiz, komponen Akademik, dan komponen Nilai dan Kemahiran.

Ketiga-tiga komponen ini merupakan komponen wajib dipelajari melalui mata pelajaran tertentu atau merentasi komponen. Pada ketika ini, kemasukan ke DU:AT terhad dari darjah satu sehingga darjah tiga sahaja. Insya'Allah ruang pendidikan untuk masyarakat akan dikembangkan menerusi Kompleks Darul Ummah yang sedang diusahakan proses pembangunannya.

Read 278 times
Rate this item
(0 votes)

ADAB Youth Garage Anjur Program Robotik Featured

Jan 03, 2017
Hit: 322
Written by
ADAB Youth Garage Anjur Program Robotik

31 Disember 2016, Bangi:- ADAB Youth Garage (AYG) telah menganjurkan Bengkel serta Pertandingan Robotik menjelang ketibaan tahun baru 2017 yang lalu. AYG adalah salah satu cabang inovasi sosial yang sedang dikembangkan oleh ABIM Daerah Bangi. AYG menawarkan ruang untuk para belia berbakti kepada masyarakat menerusi cabang inovasi sosial. 

Sepanjang program tersebut; para peserta yang terdiri dalam kalangan kanak-kanak (dalam lingkungan umur 8-12 tahun) berpeluang mengikuti pengisian dan penerangan mengenai asas-asas robotik. Para peserta kemudian diberikan masa untuk membuat lakaran robotik secara berkumpulan sebelum mereka beradu dalam perlumbaan robotik. 

AYG sedang dalam rangka mengembangkan cawangannya dengan fokus utama sekitar kawasan Lembah Klang. Terbaru AYG Centre di Damansara sedang menganjurkan program Usahawan Sosial yang memberi ruang kepada remaja sekitar Damansara menceburi perkhidmatan gunting rambut di bawah seliaan saudara Shah dari Ron Barbershop Shah Alam.

Read 322 times
Rate this item
(0 votes)

ABIM Negeri Sarawak Lancarkan SERI & SEMI Tahfiz Featured

Jan 03, 2017
Hit: 411
Written by
ABIM Negeri Sarawak Lancarkan SERI & SEMI Tahfiz

2 Januari 2017, Kuching:- Alhamdulillah Sekolah Rendah Islam (SERI) & Sekolah Menengah Islam (SEMI) Tahfiz Ar Razi ABIM telah mula beroperasi mulai sesi persekolahan tahun 2017. Sesungguhnya adalah satu detik yang sangat bermakna memandangkan ia membuka satu lagi episod baru dakwah ABIM Negeri Sarawak menerusi lapangan pendidikan di Bumi Kenyalang. Insya'Allah mulai dari saat ini, ABIM Negeri Sarawak yang terdahulu menggerakkan rangkaian Taski di negeri tersebut akan mengorak kehadapan ke arah menawarkan platform pendidikan Islami kepada umat Islam di negeri Sarawak.

Read 411 times
Rate this item
(0 votes)
Ihtifal Taski ABIM Perak Semarakkan Iltizam Angkat Gagasan Pendidikan Al-Hikmah

Alhamdulilah, Majlis Konvokesyen Taski ABIM Daerah Kinta telah dijalankan pada 13hb November 2016 (Ahad) di Dewan Institut Tadbiran Islam (INTIM), Ipoh, Perak. Exco ABIM Pusat, Saudara Zairudin Hashim (Che Din) tampil merasmikan majlis yang penuh meriah lagi bermakna ini. Turut hadir, Saudara Abd Rahman Darus (PSU ABIM Perak); Saudara Mohd Faizal Ramli (Pengerusi, Badan Amal Dan Keluarga ABIM - BAKA); Saudara Ahmad Firdaus Mohd Noor (TYDP ABIM Daerah Kinta); serta Dr. Mior Azman Mior Said (Pengerusi, Lembaga Pengelola TASKI ABIM Daerah Kinta). Majlis konvokesyen ini diadakan dengan gabungan 10 buah TASKI di bawah ABIM Derah Kinta, di mana seramai 120 orang pelajar selamat bergraduasi. Semoga anak-anak ini terus cemerlang duniawi dan ukhrawi; bersama semangat pendidikan Darul Hikmah -- bagi melahirkan Khayra Ummah. Tahniah dan terima kasih diucapkan buat kesemua warga pendidik TASKI ABIM yang berjasa; serta para ibu bapa yang tidak putus memberikan sokongan dan harapan.

Read 187 times
Rate this item
(0 votes)

DERMAGA Dapat Sambutan Di Johor Featured

Nov 14, 2016
Hit: 228
Written by
DERMAGA Dapat Sambutan Di Johor

Jumaat lepas 11 Disember 2016 Team Helwa ABIM Johor telah mengisi salah 1 slot dari modul "Dirimu Permata Berharga" (DERMAGA) dalam Program Kem Jati Diri Siri II di Surau Flat Desa Mutiara. Program ini anjuran Majlis Belia Daerah Johor Bahru dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan lain & ABIM Johor. Pengisian bagi peserta perempuan sahaja tentang bagaimana untuk menjaga diri & teknik KATAKAN TIDAK pada zina. Respon peserta yang sangat memberangsangkan sepanjang slot dijalankan. "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)". {17:32} Surah Al Israa'.

Read 228 times
Rate this item
(0 votes)
Hargai Al-Qur'an Sebagai Mukjizat Terbesar Dalam Kehidupan Kita:- Radin Imaduddin

12 November 2016:-Majlis Khatam Quran murid Tahun 6 SRI ABIM Unit Kajang 2016. Tahniah diucapkan kepada semua. Dalam ucapan perasmian, kita nyatakan bahawa khatam Quran bererti bermulanya saat untuk menaik taraf cara kita berkomunikasi dengan Quran. Mengkaji, dan bukan sekadar mengaji; Tafsir al Quran, itu yang lebih besar tanggungjawab sebagai menghargai mukjizat terbesar baginda Rasulullah saw. Begitulah cara kita jadikan Quran sebagai panduan hidup.

Read 220 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Isu Kelulusan Bahasa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Timbalan Perdana ...
Syarat Lulus Bahasa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Kementerian ...
Memberdaya Manusia
Seluruh alam menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kedatangan bulan Ramadhan sebagai hadiah dari ...
Qatar-Gulf Crisis: Can
By: Ahmad Shahir Abdul Aziz 1) Some may choose to see Qatar as an impediment of Gulf states' ...
Pertubuhan Pelbagai
Putrajaya: Pelbagai pertubuhan mewakili agama di negara ini berpeluang merasai pengalaman berbuka ...

ABIM Negeri

Isu Kelulusan Bahasa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Timbalan Perdana ...
Syarat Lulus Bahasa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Kementerian ...
Memberdaya Manusia
Seluruh alam menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kedatangan bulan Ramadhan sebagai hadiah dari ...
Qatar-Gulf Crisis: Can
By: Ahmad Shahir Abdul Aziz 1) Some may choose to see Qatar as an impediment of Gulf states' ...
Pertubuhan Pelbagai
Putrajaya: Pelbagai pertubuhan mewakili agama di negara ini berpeluang merasai pengalaman berbuka ...