ABIM Negeri

ABIM Pahang Alukan Sumbangan Bina Kompleks Pendidikan Islam Di Indera Mahkota

Projek Pembangunan Kompleks SERI dan SEMI ABIM ini akan dimulakan dengan pembangunan Fasa 1 yang merangkumi Blok Pentadbiran, Blok Akademik Sekolah Rendah dan Surau. Fasa 1 ini dianggarkan bernilai RM 3.5 juta.

Insya-Allah, dengan sokongan anda semua, Kompleks SERI dan SEMI ABIM, Indera Mahkota akan dibangunkan di atas tanah Lot 104176 (HS(D)24949) Mukim Kuala Kuantan, Daerah Kuantan, Negeri Pahang. Keluasan tapak ini ialah 4.002 ekar (16,195 m2) bertempat di Jalan Kompleks Tun Abdul Razak, Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Tapak ini bersebelahan SBPI Kuantan.

Sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui akaun BANK ISLAM bernombor (6019010034666) atas nama PENGERUSI TABUNG PEMBANGUNAN SERI. Maklumat lanjut boleh diajukan kepada 019-2301003 (Hisyam), 017-9378125 (Shalmi), 09-5733182 (Pejabat SERI).

 

 

Blok bangunan kedua yang hendak dibina dalam Fasa 1 ini ialah Blok Akademik Sekolah Rendah. Blok ini terdiri daripada...

Posted by Pembangunan Kompleks SERI Dan SEMI ABIM Indera Mahkota Kuantan on Tuesday, 4 August 2015
 

Dalam pembangunan fasa 1 ini, salah satu blok yang akan dibangunkan ialah Blok Pentadbiran. Blok ini terbahagi kepada...

Posted by Pembangunan Kompleks SERI Dan SEMI ABIM Indera Mahkota Kuantan on Tuesday, 28 July 2015
Read 2069 times
Rate this item
(2 votes)
Muktamar Sanawi ABIM Negeri Terengganu: Memperkukuh Ukhuwwah & Memantapkan Agenda Dakwah Demi Kepentingan Ummah

8 Ogos 2015, Kuala Terengganu:- Pada 08 OGOS 2015, selesai sudah Muktamar Sanawi WADAH dan ABIM serta Jamuan Aidilfitri jemaah peringkat negeri Terengganu. Kehadiran perwakilan daripada daerah Kemaman, Besut dan Kuala Terengganu turut berkumpul dengan satu tujuan yang sama ; memperkukuh ukhwah dan memantapkan agenda dakwah demi kepentingan ummah.

Turut memeriahkan majlis dengan kehadiran pemerhati daripada Kesatuan Pelajar Islam Terengganu (KEPITAR), turut menambahkan kemeriahan hari besar keluarga jemaah ini. Syukran jazilan atas kehadiran dan komitmen semua, insya'Allah moga ketemu lagi di pertemuan mendatang. 

 

 

Read 585 times
Rate this item
(0 votes)
Sukarelawan Muda ABIM Pahang Berbakti Kepada Penduduk Tanah Putih

Rahmat Ramadhan disebarkan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Kempen Seorang Sekampit Beras diteruskan lagi dengan agihan di Kampung Tanah Putih Lama dan Kampung Tiram. 90 pek hasil sumbangan orang ramai diagihkan. Abim Pahang bersama Ikatan Pelajar Islam Pahang dan pelajar UCSA menyalurkan sumbangan anda semua.

Read 599 times
Rate this item
(1 Vote)

Pendakwah Muda Gerakkan Ihya' Ramadhan Di Ranau Featured

Jul 10, 2015
Hit: 739
Written by
Pendakwah Muda Gerakkan Ihya' Ramadhan Di Ranau

4 Julai 2015, SMK Lohan, Ranau:- Tahniah kepada penggerak ABIM di Ranau khususnya Gabungan Pelajar Islam (GPI) Ranau dan ABIM Ranau dalam merealisasikan impian masyarakat Islam di Ranau khususnya belia dan anak muda yang bakal memimpin Sabah & Malaysia Kelak. Terima Kasih kpd Ustaz Sabri Abdullah dalam memimpin belia di Ranau.

Read 739 times
Rate this item
(1 Vote)
ABIM Johor & Team Myvi Johor Raikan Keluarga Miskin Bandar

4/7/2015. Flat Impian Emas:- ABIM Johor Team Myvi Johor ke Flat Impian Emas utk edar sumbangan kepada 2 buah keluarga iaitu keluarga Pn. Naimah & En. Ahmad yang hidup dlm serba kekurangan dan kedua-dua mereka mempunyai 6 orang anak yg masih kecil dan bersekolah. Dengan kadar pendapatan yang tak seberapa: En. Ahmad hanya bekerja sebagai tukang sapu di kawasan flat tersebut dengan kadar gaji RM600 sebulan. Dengan gaji sebegitu dia perlu menghantar 4 anak yang bersekolah dan menyara keluarga.

Anak bongsunya akan dibedah pada bulan 9 tahun ini kerana mengidap sakit angin pasang. Sesi kali de kelainan kerana bukan sahaja kami hantar brg sumbangan sahaja malah Team Myvi bersama kami telah mengemas rumah mereka. Penerima menerima tikar getah dan langsir baru buat rumah mereka kerana sebelum ini hanya duduk atas lantai simen je semata tanpa langsir.

 

 

 

Seterusnya perjalanan sesi penyampaian semalam juga, 4/7/2015 bersama Team #Myvi Johor.Kami bersama-sama Team Myvi...

Posted by ABIM Johor on Saturday, 4 July 2015

Moga Ramadhan & Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat mereka..Tiada kata yang mereka dapat ucapkan selain bersyukur kepada Allah atas sumbangan yg mereka tidak jangka utk terima tahun ini. Berterima kasih juga kepada semua penyumbang, kerana tanpa anda mereka tidak akan dapat merasa semua ini. Team Myvi bersama kami dari ABIM Johor membawa kedua-dua keluarga ini berbuka puasa bersama.

Read 651 times
Rate this item
(0 votes)

Majlis Khatam Qur'an ABIM Sabah Featured

Jul 09, 2015
Hit: 536
Written by
Majlis Khatam Qur'an ABIM Sabah

5 Julai 2015, Tuaran:- WADAH-ABIM-SISMA telah menganjurkan Majlis Khatam al-Quran dan Iftar Jama'ie WAS Sabah, pada 5 Julai 2015 (Ahad) Tempat : HOME Tuaran. Program didahului dengan Majlis Khatam Al-Quran dan diikuti Pengisian Ramadhan oleh Tn. Hj. Sainuri Yahmin. Program ini diakhiri dengan majlis berbuka puasa, solat tarawih berjemaah dan jamuan moreh. Semoga dengan kehadiran semua dapat mengeratkan lagi silaturrahim keluarga besar WAS Sabah in

Read 536 times
Rate this item
(0 votes)

Sukarelawan Muda Jayakan Program KSSB ABIM Sabah Featured

Jul 09, 2015
Hit: 575
Written by
Sukarelawan Muda Jayakan Program KSSB ABIM Sabah

15 Ramadhan 1436H. Sukarelawan sedang menyediakan pek sumbangan Sekampit Beras Sekotak Kurma. Minggu ini agihan sumbangan akan disampaikan kepada penduduk daerah Kota Belud, Keningau, Likas dan Tambunan. Terima kasih kepada sukarelawan yang membantu menjayakan sumbangan ini.

Read 575 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Bunga Raya-Fern Leaf
Ummu Noura Ummu Sofea It was not pre-arranged. It was a coincidence. My very intention ...
Hibiscus-Fern Leaf
At the solidarity event organized by Abim Pusat & FGIS - Friendship Group to express support to ...
New Zealand sangat
KUALA LUMPUR - “New Zealand sangat sedih,” kata Pesuruhjaya Tinggi New Zealand, Hunter Nottage ...
Masyarakat Madani &
“Masyarakat Madani yang kita bayangkan diasaskan di atas prinsip akhlak dan pemerintahan berasaskan ...
Kesaksamaan Fikiran dan
Perutusan Hari Wanita Antarabangsa 8 Mac 2019 Oleh Nor Azura Kamarudin Sohami Naib Presiden ...
Wanita Bekerjaya
Disediakan oleh;- Raja Nurul Balqis bt Raja Md Arif Ketua Helwa, Angkatan Belia Islam Malaysia ...
Generasi Muda Mahu Suara
Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim, menegaskan generasi mahukan suara mereka didengari. Beliau ...
[Video]:-Reformasi
Reformasi Sistem Pilihanraya Manfaat Untuk Generasi Muda  Ucapan Perasmian & Pelancaran Buku ...

ABIM Negeri

Bunga Raya-Fern Leaf
Ummu Noura Ummu Sofea It was not pre-arranged. It was a coincidence. My very intention ...
Hibiscus-Fern Leaf
At the solidarity event organized by Abim Pusat & FGIS - Friendship Group to express support to ...
New Zealand sangat
KUALA LUMPUR - “New Zealand sangat sedih,” kata Pesuruhjaya Tinggi New Zealand, Hunter Nottage ...
Masyarakat Madani &
“Masyarakat Madani yang kita bayangkan diasaskan di atas prinsip akhlak dan pemerintahan berasaskan ...
Kesaksamaan Fikiran dan
Perutusan Hari Wanita Antarabangsa 8 Mac 2019 Oleh Nor Azura Kamarudin Sohami Naib Presiden ...
Wanita Bekerjaya
Disediakan oleh;- Raja Nurul Balqis bt Raja Md Arif Ketua Helwa, Angkatan Belia Islam Malaysia ...
Generasi Muda Mahu Suara
Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim, menegaskan generasi mahukan suara mereka didengari. Beliau ...
[Video]:-Reformasi
Reformasi Sistem Pilihanraya Manfaat Untuk Generasi Muda  Ucapan Perasmian & Pelancaran Buku ...